CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Lelaki Dan Tidak Berkahwin Rahsia Warga Emas Berusia 107 Tahun

2-8-2019 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3303| Komen: 20

Baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-107 tahun, pasti membuatkan ramai tertanya-tanya apakah rahsia warga emas ini.

Ternyata Louise Signore dari Bronx, New York mempunyai rahsianya yang tersendiri untuk kekal sihat dan juga segar meskipun sudah melepasi satu abad usianya, petik laporan Metro UK.


Menurut wanita ini, antara yang diamalkan termasuklah mengelak hubungan dengan lelaki dan juga tidak berkahwin, selain mengamalkan diet seimbang dan juga kerap bersenam. 

Kredit foto: Metro UK

Memang mengagumkan kerana Signore masih boleh berjalan tanpa alat bantuan pergerakan dan mampu membeli-belah sendiri. 

"Saya fikir rahsia usia 107 tahun: saya tidak pernah berkahwin. Saya fikir itu rahsianya."


"Adik saya berkata, 'saya harap saya tidak pernah berkahwin."

Adiknya pula dilaporkan berusia 102 tahun, turut menganggap perkahwinan boleh memberi impak kurang baik kepada kesihatan seseorang. 

Mereka berdua meraikan hari lahir dalam satu majlis di Pusat Komuniti Barlow di Coop City. 

Dalam pada itu, Alelia Murphy, yang berusia 114 tahun dikatakan sebagai wanita tertua di Amerika. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berakit2kehulu 2-8-2019 05:50 PM
Adakah bermakna kawen & melayan suami memendekkan hayat wanita? Hehehe{:freak
Quote natrahn 2-8-2019 05:59 PM
nampaknya iols dah terlambat... huhu
Quote armin 2-8-2019 07:04 PM
Iyala kalau kahwin nk kena buat sume kerja hidang lauk tuangkan air laki tiba2 tak reti nak tuang air sendiri. Hari2 mcm tu mana tak penat
Quote Pink_Purple 2-8-2019 07:16 PM
anggapan dia sahaja...elak lelaki umur panjang..
Quote lilbub 2-8-2019 08:16 PM
tapi as acik Loius ni mentioned kat atas adik yang pernah berkahwin tu pun panjang je umur. Siap mencecah 102 lagi. So teori acik tak berapa tepat la kan
Quote teddykuning86 2-8-2019 08:30 PM
Ermmm... Ada bernas jugak nasihat dia ni.
Quote ikanmasin 2-8-2019 08:31 PM
uruskan diri sendiri saja..tak fikir psl laki dan anak2..
mudahkan kehidupan dia jg lah..bab2 kesihatan dia bole lah
jaga betul2.yg dah kawin ni byk benda nak buat.nampaklah
perbezaan jg..
Quote yuki812 2-8-2019 08:34 PM
boleh lah bg alasan yg ni pasni kalau dok sibuk bawang rangers tanye kenapa tak kawin lagi ye...
Quote Foxey 2-8-2019 09:55 PM
Hmmm... Something to ponder
Quote kroit92 2-8-2019 09:58 PM
hmm.. entah la.. beliau ni generasi lalu, boleh survive walau bom kambing gunung meletus sebelah rumah

generasi sekarang
berak pun pasang air paip, nak elak sunyi
tak kawen meroyan pulak
hmm.. entah la..

mana chipsmore aku hilang ni.. sape amik?
Quote shernazz 2-8-2019 10:26 PM
kroit92 replied at 2-8-2019 09:58 PM
hmm.. entah la.. beliau ni generasi lalu, boleh survive walau bom kambing gunung meletus sebelah rum ...

Nak berak kena pasang airnpaip
Kang bunyi bom jatuh..orang dengar..

Oo..dah satu jatuh

Hahahahahaha
Quote kaoru44 3-8-2019 07:01 AM
Tp bosan jgk la kn kalau sorg2..
Kalau aktif bsosial ramai kwn2 ok la..
Tp xda anak/keturunan tu msti sedih jgk..
Quote Biabetik 3-8-2019 09:07 AM
Apa guna hidup smpi 100 tahun tp x kawen
Quote makneng 4-8-2019 08:32 AM
Mujurlah granny ni x join porum.. Kalau x teruk sheolls kena dgn ipan {:thief
Quote ChildrenOfBodom 4-8-2019 03:16 PM
marriage is a great option if u are bored with single life and want to create debt, stress, and children.
Quote gigahertz 4-8-2019 03:24 PM
Biabetik replied at 3-8-2019 01:07 AM
Apa guna hidup smpi 100 tahun tp x kawen

nanti dia mati kat rumah sorang2 6 bulan berulat xde orhg tau
Quote Rob07 5-8-2019 04:51 AM
Kahwin lah best.. ada org yg boleh kita kongsi masa happy dan sedih kita.. kalau ada anak2 lagi best .. meriah giler hidup! kalau dah sampai  jodoh tu sila lah kahwin lah cepat2.. jangan lah menolak ketentuan Ilahi dan nikmat donia ini..
Quote dino 5-8-2019 06:15 AM
nenek ni mesti byk beli stok terung... haha
Quote helicornia 5-8-2019 08:04 AM
merepek la.bukan sebab tak kawin tu, maybe sebab hati dia tenang tak stres.tun m wpun skrg aku tak suka tp iols kagum masih sihat umur panjang anak cucu berderet n dia ada rumahtangga yg sejahtera

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051866 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top