CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Perkara Pelik Yang Berlaku Di Korea Utara. Biar Betul?

7-8-2019 12:00 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6539| Komen: 29|Original author: Hafiz Ahmad

Korea Utara adalah sebuah negara yang penuh dengan kontroversi dan kisah pelik. Seringkali kita mendengar perkara-perkara yang tidak masuk asal, namun berlaku dan terjadi di negara yang dipimpin oleh Kim Jong-un ini.


Berikut adalah 7 perkara yang pelik tapi benar yang berlaku di Korea Utara:

1. Fesyen Barat Adalah Dilarang

Sumber Gambar: Pexel.com
Rakyat dilarang memakai seluar jeans! Ya, mungkin kedengaran pelik bagi anda tetapi sebenarnya Korea Utara sangat menentang budaya dan pemakaian orang Barat. Mengikuti budaya dan gaya orang Barat adalah sama seperti bersekutu dengan musuh mereka, Amerika Syarikat.

2. Gaya Rambut 


Gaya rambut adalah terhad dan dikawal di Korea Utara. Rakyat Korea Utara tidak boleh sewenang-wenangnya memotong rambut mengikut gaya yang diminati mereka. Kim Jong-un hanya membenarkan 18 gaya rambut untuk wanita dan 15 gaya rambut untuk lelaki.

3. Panggilan Antarabangsa Diharamkan

Sumber Gambar: Josep Ferris III
Anggaran penduduk di Korea Utara ialah 15 juta penduduk, namun hanya lebih kurang 1 juta penduduk sahaja yang mempunyai telefon bimbit. Korea Utara juga mengenakan undang-undang yang ketat untuk rakyatnya yang mahu menggunakan teknologi 3G.

Tidak cukup dengan itu, panggilan antarabangsa juga diharamkan dan boleh dikenakan tindakan jika ditangkap oleh pihak berkuasa.


4. Rakyat Dilarang Mengkritik Kerajaan dan Pemimpin

Sumber Gambar: Wikipedia
Anda akan ditangkap dan dipenjara jika bercakap buruk dan mengkritik pemimpin Kim Jong-un dan keturunannya. Lebih mengejutkan, pelancong turut perlu hormat dan tunduk kepada pemimpin negara itu.

Jika anda mahu menunjukkan arah kepada patung pemimpin, anda perlu mengeluarkan semua jari sebagai tanda hormat. Menunjuk menggunakan satu jari adalah dianggap biadab dan tidak sopan.

5. Siaran Televisyen Dikawal Ketat

Siaran televisyen di Korea Utara adalah sangat ketat dan dijaga oleh pihak kerajaan. Mereka tidak mahu budaya dan pengaruh negara luar mempengaruhi minda rakyat negara itu. Dikatakan hanya ada 4 channel televisyen yang boleh ditonton oleh rakyat Korea Utara.

6. Keluar Negara Adalah Kesalahan yang Besar

Sumber Gambar: CNN
Ia adalah satu kesalahan yang besar untuk rakyat Korea Utara meninggalkan negara itu. Kerajaan mereka mengawal ketat proses keluar dan masuk ke negara itu. Jika anda tertangkap keluar negara, anda akan dipaksa pulang ataupun dibunuh. Ya, dibunuh!

7. Kawalan Ketat Untuk Mengambil Gambar

Sumber Gambar: StudyAbroad
Seperti yang anda tahu, Korea Utara adalah sebuah negara yang sangat menjaga privasi negara mereka. Pelancong kebiasaannya akan diberi amaran supaya tidak mengambil gambar kawasan pembinaan atau kemiskinan di situ. Anda juga perlu mengambil gambar yang penuh jika mahu mengambil gambar patung pemimpin Korea Utara


Sekarang mesti korang rasa bersyukur sebab Malaysia aman dan damai bukan? Sayangi negara kita! - CARI 

4

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 7-8-2019 12:02 PM
Boleh mati kemurungan duk kat Korea Utara nih...
Quote Andyscenes 7-8-2019 12:06 PM
Ini ke fahaman komunis?
Quote kucingitam 7-8-2019 12:16 PM
ya..drg sangat2 rigid..
Quote natrahn 7-8-2019 12:17 PM
negara komunis macam tu lah
Quote Boomibulat 7-8-2019 12:32 PM
Ada jgk org pgi melancong kat sana...?
Quote kechikchomel 7-8-2019 12:52 PM
dilarang terus ehh pkai jeans. yang iolss baca haritu tak boleh pkai jeans biru.
hitam boleh.
ehhhh...konpius lak. yang iols baca tu untuk tourist or untuk rakyat
Quote zuuu 7-8-2019 01:02 PM
Over nak mampus peraturan...takut rakyat akn bangkit mnggulingkan kerajaan agaknya kalo dberi kebebasan
Quote eLiaD 7-8-2019 01:27 PM
nk tgk life dorg  cmne search je kt utube aritu ad video wartawan indon yg melawat ke sna nk shooting un cm takot2
Quote bbbebeh 7-8-2019 01:43 PM
Insya Allah panjang umur n murah rezki rase mcm nk pegi jejak ajork korea utara nih...Nk amek pengalaman gituh..
Quote diggerr 7-8-2019 01:46 PM
Sikit lagi: bernafas dihadkan
Quote NmeeraR 7-8-2019 02:19 PM
Rasanya byk lagi...

1.kalau pakaian harian bagi wanita, mereka hanya dibenarkan memakai baju traditional koreaa.
Pakai skirt paling pendek paras lutut ( baju bekerja)
2. Wanita wajib masuk latihan tentera
3.Rakyat tak sambut  apa2 perayaan. Setiap tahun hanya menyambut hari kelahiran ibu presiden. Itu sahaja perayaan mereka.
Quote Supersirap 7-8-2019 02:27 PM
Nice info, boleh cuba melancong ke sana
Quote dekmieDandy 7-8-2019 02:31 PM
kalau tak silap kalau tengok movie espc American kene potong kepala
Quote Artemesiaa 7-8-2019 03:47 PM
Mereka dah terlalu lama lalui dan ikut peraturan tu jadi mungkin dah lali mengenainya.  Hanya segelintir je yang tak setuju dan mereka2 ni selalunya cari jalan untuk keluar dari sana.
Quote cikatilia 7-8-2019 04:48 PM
dikawal ketat askar wei

mcm pelarian plak dikawal2
kesian
Quote kualibesi 7-8-2019 05:24 PM
ptut la rmbut presiden depa pn kelakor
Quote makneng 8-8-2019 07:29 AM
Tetiba mak rasa syukur sgt tinggal kat ibu pertiwi..
Quote pokaibanktokyo 8-8-2019 08:00 AM
Namun bersepah orang korea utara jadi hamba abdi ,hamba seks di luar negara
Quote piep 8-8-2019 09:00 AM
kesian nya hidup dalam genggaman diktator

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040694 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top