CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Dipenjara 2 Tahun Baling Lesung Batu, Nak Kapak Bapa

5-8-2019 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2456| Komen: 19

Gara-gara membaling lesung batu ke arah bapa, seorang lelaki diperintahkan mahkamah untuk menjalani hukuman penjara dua tahun.

Memetik Sinar Harian, selain bertindak agresif, tertuduh juga mengugut mahu membunuh bapanya dalam kejadian di Kuala Besar, Kota Bharu pada 26 Julai lalu.


Mahkamah menetapkan hukuman itu selepas Mohamad Syamrizal Mohd Salleh, 23, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga nelayan itu didakwa membaling lesung batu dan mengambil kapak untuk menetak bapanya berusia 65 tahun sambil mengugut 'aku bunuh mu' di sebuah rumah jam 2.30 petang.


Gambar Hiasan

Bagi tuduhan itu, Mohamad Syamrizal didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, lelaki itu mengamuk selepas ditegur ibunya kerana nasi yang tumpah sebelum ditegur pula oleh bapanya.

Tertuduh yang 'naik hantu' mengambil lesung batu dan membaling ke arah bapanya, namun sempat dielak.

Lelaki itu kemudian mengambil kapak dan cuba menetak bapanya, namun dihalang adiknya sebelum dia meninggalkan rumah.

Tertuduh dalam rayuannya sebelum ini memohon hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath memohon supaya mahkamah memberi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam. - CARI

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 5-8-2019 11:02 AM
Bodo mat dadah la ni. Tua2 pun mkn nasi tumpah lg. Mggeletar xdpt dadah ke smpai2 tumpah2 nasi. Dah tumpah msti pmalas nk brsihkn smpai makbapak kena tegur
Quote miznora 5-8-2019 11:30 AM
Mungkin dia nak makan dadah takmo makan nasik. Sbb tu nasik ditumpahkannya. Bila kena marah dgn mak mengamuk pulak. Eh macam budak kecik. Nak baling bapak dgn lesung batu lagi. Kalau kena kepala bapak ko apa jadi??

Takyah nak kata insaf sangatlah. Bagi je dia duduk penjara. Pastu kuarga jangan tengok2. Sanggup ko nak kapak bapak ko kan?
Quote Artemesiaa 5-8-2019 11:35 AM
Hanya mat pet je berani buat macam tu pada mak pak mereka
Quote orgsepang 5-8-2019 11:40 AM
Simpati pada ibu bapa ada anak begitu. Tak dapat membantu pun janganlah menambah beban zahir dan bathin mereka
Quote awanysss 5-8-2019 12:49 PM
pendadih la ni.. tak habis2 beraksi..
Quote VioletsAre_Blue 5-8-2019 02:28 PM
Anak tak guna
Quote rospinki 5-8-2019 02:38 PM
amik lesung tu tumbuk dia lumat jadi sambal
Quote Pink_Purple 5-8-2019 02:50 PM
anak mcm ni penjara je seumur hidup..xguna ada anak mcm ni..
Quote Asdan 5-8-2019 03:01 PM

jangan tangkap ikan, ada sumpahan, boleh jadi tak betul
Quote fushimi 5-8-2019 03:19 PM
kesian betul mak ayah kalau kena bela anak penagih

baik makcik pakcik guna santau je hapuskan anak makcik pakcik tu

senang dari hidup atas muka bumi menyusahkan makcik pakcik
Quote buapakperut 5-8-2019 08:43 PM
Pasal tu nak bunuh. Sikit2 bunuh mung.  Taik dadah cilaka la ni
Quote Otaku85 5-8-2019 09:00 PM
Depa ni diesel bantuan nelayan pun jual
Quote jazaa100 6-8-2019 07:51 AM
Asdan replied at 5-8-2019 03:01 PM
jangan tangkap ikan, ada sumpahan, boleh jadi tak betul

Keling memang percaya benda pelik....

Pokok pun disembahnya.....
Quote Asdan 6-8-2019 11:23 AM
jazaa100 replied at 6-8-2019 07:51 AM
Keling memang percaya benda pelik....

Pokok pun disembahnya.....

bukan sembah, tapi kiblat sembahan
Quote nononcrux 6-8-2019 11:43 AM
time tido tu kasi je tube
Quote cikbun 8-8-2019 12:29 AM
ya allah huhuhu semoga berubah
Quote diggerr 12-8-2019 02:07 PM
Biadab ini anak
Quote periodictable99 1-7-2020 10:13 AM
This article is interesting, try to write more useful content  periodic table

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.621957 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top