|
Moshed Mohamad, seorang usahawan yang terkenal dengan channel Youtube yang berkongsikan tentang saham dan Forex. Pernah viral beberapa bulan lepas apabila beliau membelanjakan RM1000 untuk pekerja KFC dan orang yang mengisi minyak di Petronas, kini beliau tular lagi apabila Moshed membeli kesemua nasi lemak yang tidak habis dijual oleh seorang pakcik.
Semuanya bermula apabila beliau sering ternampak seorang pak cik yang termenung semasa berniaga nasi lemak di jalan yang sering dilalui oleh Moshed.
"Saya dulu pun pernah berniaga nasi lemak, so saya tahu apa perasaan pakcik tu," ujar Moshed apabila menceritakan sebab dia berbuat sedemikian. Menurut pakcik itu, dia mula berniaga nasi lemak selepas pencen daripada menjadi pemandu lori. Mempunyai 6 tanggungan anak, pakcik ini nekad untuk mencari duit sampingan dengan mengambil upah menjual nasi lemak kerana masih mempunyai dua anak yang masih belajar. Video-video sebegini mungkin dianggap sebagai perbuatan riak oleh sesetengah pihak, namun video positif seperti ini mampu untuk memberikan contoh buat orang di luar sana untuk sentiasa berbuat kebaikan. Syabas buat Moshed! - CARI |
zeed replied at 6-8-2019 12:29 PM
Mcm ada sorang indonesian tu.. Dia gi kampung2 borong barang jualan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.631665 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.