Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan fesyen, ataupun sengaja "cuci mata" melihat model-model cantik dan anggun, pastinya kenal dengan jenama pakaian dalam terkenal Victoria Secret.
Victoria Secret merupakan jenama pakaian dalam yang sangat mahal, maka model-modelnya pun selama ini semuanya perempuan tulen yang cantik dan bertubuh menawan belaka. Tetapi, jenama itu membuat keputusan mengejutkan baru-baru ini apabila mengambil model mak nyah pertamanya.
Model itu bernama Valentina Sampaio, seorang model dan pelakon berasal dari Brazil. Valentina ini bukan calang-calang sebenarnya, dia juga model mak nyah pertama menghiasi kulit muka hadapan Vogue. Dalam dunia model, menjadi muka depan majalah Vogue memang pencapaian luar biasa. Hot atau tidak Valentina ni? Atau Sajat lebih lawa? - CARI
|
ADVERTISEMENT