CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Notis Jawatan Kosong Diskriminasi Kaum India, Kedai Pakaian Teruk Dikecam Netizen

6-8-2019 10:25 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6726| Komen: 23|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Notis jawatan kosong di cawangan Kitschen di Aeon Bukit Tinggi, Klang

Kredit foto: Facebook / Shambavi Shankar

Sebuah kedai pakaian di pusat beli-belah Aeon Bukit Tinggi, Klang dikecam netizen ekoran notis jawatan kosong yang didakwa berunsur diskriminasi perkauman terhadap kaum India.

Notis yang dipaparkan pada cermin peragaan di salah sebuah cawangan Kitschen itu secara jelas menyatakan hanya calon berketurunan Melayu dan Cina berusia 18 tahun ke atas layak memohon.

Seorang pelanggan Kitschen, Shambavi Shankar yang ternampak notis itu seterusnya bersemuka dengan kakitangan kedai terbabit dan bertanya tentang perkara tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh Shambavi melalui laman Facebook miliknya pada 4 Ogos, kakitangan wanita itu menjawab:

"Bukankah lebih baik untuk memaklumkan kepada orang India melalui notis di luar daripada membuang masa mereka, masuk ke dalam dan memohon."



Kredit foto: Facebook / Shambavi Shankar

Netizen yang berang dengan isu itu mahu amalan berunsur diskriminasi perkauman dihentikan di negara ini.

Sebahagian mereka yang merupakan pelanggan Kitschen turut menyatakan tidak akan mengunjungi mana-mana cawangan dalam rangkaian fesyen itu lagi.


Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Kitschen melalui satu kenyataan dalam Facebook pada 5 Ogos meminta maaf di atas isu tersebut dan menjelaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak terbabit.

"Pada masa yang sama, kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami tidak akan membiarkan sahaja sikap berunsur diskriminasi itu dan sedang mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) kami yang sedia ada bagi memastikan ia tidak berulang pada masa hadapan," jelas Kitschen.


Kredit foto: Facebook / Kitschen

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 6-8-2019 10:47 AM
Lain kali x pyh tulis mcm tu..interview je sape2 yg apply.ms nak hire baru tolak kaum yg tak layak tu..
Quote LadyCarefree 6-8-2019 10:49 AM
Boomibulat replied at 6-8-2019 10:47 AM
Lain kali x pyh tulis mcm tu..interview je sape2 yg apply.ms nak hire baru tolak kaum yg tak layak t ...

Xsusah bg borang je suruh isi dn ckap klau terpilih akan call utk interview
Quote Miss.H 6-8-2019 10:59 AM
Bukan ke india ramai dekat klang? Kenapa reject bangsa india untuk bekerja?
Quote Mulotkoyak 6-8-2019 11:12 AM
Br org india tau...cina pun xnk diorg ade dlm malaysia ni...die nk rampas negara ni sengsorg
Quote chinta89 6-8-2019 11:19 AM
lainkali jgn nmpk diskriminasi.

kalau nak, korang panggil iv/kerja. x nak, korang x pyh panggil2 diorg dtg iv/kerja. ape susah?
Quote Xim 6-8-2019 12:04 PM
aku memula brsangka baik maybe dah ade staff indian kot . alaaa mcm isu nak cari nurse kolej ke hospital mane tah . katenye x nk melayu dah sbb trlampau ramai staff melayu . tahla . rasenye blh je kot x yah tls situ nak bangsa ape . kan dah jd isu
Quote gigihadid 6-8-2019 12:23 PM
Alaaaa.. Konon2 je tu nk amik tindakan.. Ntah2 lps tu snyap je..
Quote krustykrab 6-8-2019 12:49 PM
Xim replied at 6-8-2019 12:04 PM
aku memula brsangka baik maybe dah ade staff indian kot . alaaa mcm isu nak cari nurse kolej ke hosp ...

Ye lah...kalau dh satu kaum je keje satu tmpt lps tu bergaduh time nk coti raya...semua nk coti semua x nk beralah...aku ada laki, aku ada anak, mentua, kucibg, kambing, ayam, itik
Quote EmaAsmadi 6-8-2019 12:58 PM
Bangsa racist
Quote RatuDunia94 6-8-2019 01:39 PM
Sebenarnya nak cina je.. tp takut melayu terasa so bubuh la melayu sekali sbg perasa je.. tup2 bangsa lg 1 plak sentap.. {:smile{:smile{:smile
Quote pakderis 6-8-2019 01:51 PM
terlajak kata tiada maaf
Quote Ina8895 6-8-2019 03:42 PM
Nak cari geng orang melayu la pulak
Quote diggerr 6-8-2019 03:56 PM
Kene banned baru ada akai aaaaa
Quote niena90 6-8-2019 04:15 PM
Iklan tu saje cari nahas. Ko interview jelah x kira apa bangsa pun. Pastu ikut suka hati ko la nak pilih bangsa kesukaan ko tanpa perlu beritahu setepek atas kertas camtu. Adoiii! Simpan la sikit kebodohan itu.
Quote mieymiey 6-8-2019 05:10 PM
Sendiri yang mengundang, padan la muka.
Quote alien88 7-8-2019 09:03 AM
kalau mall dkt Penang, berlambak ja nak salesgirl Chinese only.. tp iolls xsalahkan owner kedai sbb yg masuk kedai diorg pon mostly Chinese jugak.. cuma lg ok kalau notis xmention race apa2.. kalau yg dtg interview, kaum yg diorg xnak, xyah la hire..
Quote Meiizu 7-8-2019 09:29 AM
RatuDunia94 replied at 6-8-2019 01:39 PM
Sebenarnya nak cina je.. tp takut melayu terasa so bubuh la melayu sekali sbg perasa je.. tup2 bangs ...

yess...i pun pikir yg sama.sajer jerr tu
Quote Ina8895 7-8-2019 03:02 PM
alien88 replied at 7-8-2019 09:03 AM
kalau mall dkt Penang, berlambak ja nak salesgirl Chinese only.. tp iolls xsalahkan owner kedai sbb  ...

Nampak sangat diaorang ni rasict
Quote palmolive 7-8-2019 03:11 PM
Bangladeshi Only..
tengok 3 kaum ni buat bantahan ke tak?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.044169 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top