CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kereta Perisai Gempita VS Proton Wira, Siapa Yang Salah?

7-8-2019 11:16 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 11934| Komen: 53|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Detik mencemaskan kemalangan melibatkan kereta perisai Gempita dan Proton Wira. Kredit foto: YouTube / abufirzan


Insiden kemalangan melibatkan sebuah kereta perisai tentera dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai berlaku di sekitar Seremban pada petang 3 Ogos lalu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Video insiden berkenaan yang dirakamkan oleh Abu Firzan Fadzil menjadi tular selepas disiarkan dalam saluran YouTube dan akaun Instagram miliknya.

Kereta perisai Gempita pada mulanya berada di lorong kiri dan Proton Wira di lorong kanan. Kredit foto: YouTube / abufirzan

Berdasarkan rakaman video berkenaan, kemalangan berlaku setelah kereta perisai Gempita memasuki lorong kanan jalan berkenaan sebelum merempuh Proton Wira.


Kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut mengalami kerosakan pada sebelah kiri dan bamparnya tercabut.

Pemandu dan dua penumpang yang keluar dari kenderaan berkenaan dilihat tidak mengalami kecederaan serius.

Seorang anggota tentera membantu mengawal lalu lintas selepas kemalangan. Kredit foto: YouTube / abufirzan
Netizen pula mempunyai pelbagai pandangan berbeza terhadap insiden berkenaan berdasarkan pemahaman masing-masing terhadap prosedur operasi standard (SOP) konvoi kenderaan tentera serta undang-undang jalan raya.

Seorang netizen yang mendakwa pernah memandu Gempita mendakwa, SOP menetapkan bahawa kenderaan tentera akan menggunakan laluan kanan semasa berkonvoi di jalan raya atau lebuh raya.

Dia juga menjelaskan, kenderaan-kenderaan lain di belakang sepatutnya mengikut arahan jurupandu yang berada di atas kereta perisai.

Kredit foto: Facebook / MalDef - Malaysian Defense


Sementara itu, beberapa netizen lain menyuarakan rasa simpati terhadap pemandu dan penumpang kereta Proton Wira tersebut.

Pada pandangan mereka, tidak semua pengguna jalan raya mengetahui SOP berkaitan konvoi kenderaan tentera.

Kredit foto: Facebook / Maldef - Malaysian Defense
Kredit foto: Facebook / MalDef - Malaysian Defense

Mujurlah kemalangan itu tidak meragut nyawa. Namun, pihak yang bertanggungjawab wajar mendidik pengguna jalan raya tentang SOP berkaitan kenderaan pasukan keselamatan dan pada masa yang sama, pemandu kenderaan tentera wajar bersikap lebih bertimbang rasa terhadap kenderaan-kenderaan yang lebih kecil. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 7-8-2019 11:33 AM
Dh lama x tgk benda alah ni lalu dpn rumah. Masa kecik dulu peghok nye bila konvoi ni lalu dpn rumah kt kampung
Quote kasibiman 7-8-2019 11:41 AM
Beruk Mana tetapkan SOP berkonvoi di lebuhraya diloromg Kanan tu?

Quote harisbee 7-8-2019 11:47 AM
pertama sekali...ada polis ke mintak pemandu kenderaan lain utk ke kiri bg  memberi laluan kpd  kete perisai itu?

nampak dr video  ni kerete perisai secara melulu masuk lane kanan..
Quote zacks 7-8-2019 11:54 AM
bullshit aa kenderaan konvoi tentera kena duduk lane kanan.

Kenderaan BERAT SILA BERADA DI LANE KIRI

takdak SOP tentera atau kenderaan bagai.

Sila patuhi arahan kalau tak kena saman dgn JPJ & polis trafik nanti!
Quote kucingitam 7-8-2019 11:55 AM
kau klau belajar memandu pun di ajar lorong memotong di sebelah kanan, jangan memotong di sebelah kiri. kenderaan berat ikut kiri.  tiber kat dia, suruh motong ikut kiri..jadahnya.

Quote natrahn 7-8-2019 12:01 PM
selain ada jurupandu saya rasa kena ada kenderaan pengiring lain... untuk elak insiden-insiden macam ni jadi lagi...
Quote Skuau 7-8-2019 12:17 PM
pakar2...dan pihak bertanggungjawab...sila dan tolong pejelaskan  perkara ini...benda ni rasanya tak diajar kat sekolah memandu...tolong yer....
Quote Kurex 7-8-2019 12:19 PM
Bestnya dapat dikerumi abg2 askar ramai2
Quote prettyuglybabe 7-8-2019 12:41 PM
i rasa sop dorang kena duduk kanan sebab kiri kan susur keluar..
kalau dorang berbaris kat kiri kena pulak exit kat situ, cam mana orang dari kanan nak pintas ke exit masing-masing?
kena berhenti tunggu sampai last kenderaan konvoi jalan ke?
kan tak pasal-pasal jadi jem tu..
lain la kalau exit semua belah kanan..
so sop tu dah tentu la ikut arah/keadaan jalan jugak..
tak boleh la samakan konvoi dorang dengan lori berat segala tu..
lori kenderaan berat tu dah tentu bukan konvoi seketul dia je..
ko nak pintas depan tepi depan belakang atas bawah dia pun takde hal..
ps: ni tak termasuk sop konvoi orang kawin or myvi or sek sek kito jange pecoh ye
apa pun, tengok jenis kereta dengan driver, hmmmm je la..
Quote batmana 7-8-2019 01:42 PM
salah  tentera la tu

dah tau blind spot , pi la letak kete escort dpn blkg

tu pun nk ajar ka?

camne nk pi berperang, kalu asik berlanggar ngn kete awam

baik pecat je semua yg terlibat tu..
Quote MariaClara 7-8-2019 02:02 PM
oh yeke mcm tu ya....ohh i x kisah laa yg penting pesal melulu masuk lane kanan tuuuuu
Quote jofizo 7-8-2019 02:12 PM
Betul la tuh, sbb kenderaan perisai nih tinggi dan pemanduan belah kiri. Utk keselamatan mmg kena duduk lane belah kanan. siapa yg pernah drive left hand drive atau bawa kenderaan kt negara2 tersebut mesti tau la feel dia mcm mana. Tambah lak kereta perisai nih tinggi, kompem x nampak kereta belah kanan
Quote Simunggu 7-8-2019 02:20 PM
nak claim insuran siapa agaknya??? kereta tentera ada insuran jalan tak???
Quote sarahmirza 7-8-2019 02:32 PM
jofizo replied at 7-8-2019 02:12 PM
Betul la tuh, sbb kenderaan perisai nih tinggi dan pemanduan belah kiri. Utk keselamatan mmg kena du ...


Feel nya cuma sedikit keliru masa kt roundabout dan masa nak masuk kereta...
Kalau drive jalan tegak, masuk simpang kanan kiri tu takde feel pelik sangat..

Tu yg i rasa ms mula2 nk drive balik kt msia lepas 3 years drive stering kiri.
Quote zorrro_03 7-8-2019 02:38 PM
kasibiman replied at 7-8-2019 11:41 AM
Beruk Mana tetapkan SOP berkonvoi di lebuhraya diloromg Kanan tu?

beruk kata kau?  bak sini alamat aku nak gi hantar hadiah depan rumah kau wak kasi.  kuangajo kau ni...  
Quote Ina8895 7-8-2019 02:59 PM
Kurex replied at 7-8-2019 12:19 PM
Bestnya dapat dikerumi abg2 askar ramai2

Mesti gagah perkasa abam2 sojar
Quote Nurul8001 7-8-2019 03:13 PM
Dah boleh masukkan silibus tambahan dlm kelas memandu. Orang awam mana la tau lane2 konvoi kereta askar ni.

Askar ni memang tersendiri betul. Deme je yg tau SOP deme. Kalau takde kaitan dgn org awam mcm menembak dan yang seumpama, memang tak perlu share. Tapi, bila berkongsi dgn org awam mcm penggunaan Jalan raya, memang org awam patut tau saya rasa.

Tapi, prinsip saya di jalan raya, jauhkan kereta anda dari sebarang kenderaan besar2. Kalau nak potong, buat cepat, terus lari. Kalau takmo potong, bawak slow2, biar ada jarak 5/6 tiang lampu dari kenderaan besar tu. Biar kira mengalah takpe.
Quote Kurex 7-8-2019 03:15 PM
Ina8895 replied at 7-8-2019 02:59 PM
Mesti gagah perkasa abam2 sojar

nak nak kulit gelap tu.. nala!!!
Quote awanearisu 7-8-2019 03:17 PM
Nurul8001 replied at 7-8-2019 03:13 PM
Dah boleh masukkan silibus tambahan dlm kelas memandu. Orang awam mana la tau lane2 konvoi kereta as ...

Iya. Setuju yang ini.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076106 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top