CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempat Pandu Kereta Lepas Ditembak, Ahli Perniagaan Maut Di Hospital

6-8-2019 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4425| Komen: 13

Ditembak ketika pulang dari pusat hiburan, seorang ahli perniagaan dilaporkan meninggal dunia dalam kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) di Jalan Air Putih di Kuantan.


Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa, 63 tahun baru sahaja tiba di sebuah rumah dan mahu keluar dari kenderaannya sebelum ditembak oleh individu menggunakan pistol.

Foto: Harian Metro
“Mangsa kemudian sempat memandu kenderaannya untuk mendapatkan rawatan di hospital sebelum tiba di hadapan sebuah farmasi dan tidak sedarkan diri,” kata  Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Katanya lagi, mangsa yang terkena tiga das tembakan kemudiannya dibawa oleh orang ramai ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum disahkan mati.


“Kita sedang siasat senjata digunakan suspek dan motif sebenar kejadian sama ada berkaitan gengsterisme, dendam atau apa sahaja,” katanya lagi. 

Difahamkan, rakan mangsa, 47 tahun yang turut sama dalam kenderaan ketika kejadian sempat menyelamatkan diri kini ditahan untuk membantu siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 6-8-2019 12:22 PM
Kuantan dah berapa kali dah ada kes gini.
Quote CiliPadiSedap 6-8-2019 01:14 PM
Hebat kereta estima kena tembak 3 kali masih boleh gerak
Quote aHoi83 6-8-2019 01:26 PM
Kenapa nama di rahsiakan?
Quote prettyuglybabe 6-8-2019 02:14 PM
aHoi83 replied at 6-8-2019 01:26 PM
Kenapa nama di rahsiakan?

sebab bukan melayu
Quote aHoi83 6-8-2019 04:36 PM
prettyuglybabe replied at 6-8-2019 02:14 PM
sebab bukan melayu

Make sense
Quote khoi01 6-8-2019 05:07 PM
tembak menembak ini... ada musim. dia..
Quote diggerr 6-8-2019 06:29 PM
Wahhh. Sempat drive sendiri tu
Quote kivio 6-8-2019 07:01 PM
CiliPadiSedap replied at 6-8-2019 01:14 PM
Hebat kereta estima kena tembak 3 kali masih boleh gerak

Haha apa kaitan?
Tembak cermin kene orangnya bkn tembak tank ke tayar ke enjin ke

Quote moonbug 6-8-2019 08:59 PM
Sempat kawan dia cabut lari
Quote Rob07 7-8-2019 12:59 AM
Selain musim durian.. musim tembak menembak pun nak mula femes kat Malaysia nih ..
Quote rhea85 7-8-2019 06:33 AM
Dah banyak kes macam ni ya
Quote NBM 7-8-2019 01:24 PM
63 thn masih pegi pusat hiburan
Quote Supersirap 7-8-2019 02:34 PM
Semoga si pelaku dapat ditangkap dan diadili seadil-adilnya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.215176 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top