Menyamar sebagai doktor sakit puan bagi melakukan gangguan seksual, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu.
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Mohd Fauzi Abd Ghani, 39 yang bekerja sebagai pembantu operasi di Jabatan Veterinar Kuala Terengganu didakwa atas empat pertuduhan yang melibatkan dua mangsa. Difahamkan tertuduh mengaku bersalah untuk kesemua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa sengaja melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan dua wanita menerusi panggilan telefon. Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa memperkenalkan diri sebagai doktor sakit puan terhadap mangsa yang sama.
Bagi kejadian pada 13 Jun, tertuduh memaklumkan mangsa mengalami kanser payudara sebelum meminta mangsa membuka baju bagi memeriksa payu dara. Seterusnya pada 25 Jun, mangsa diarah menanggalkan pakaian sambil penepuk buah dada selain menggosok kemaluan dengan alasan melancarkan hubungan intim. Tertuduh ditangkap pada 9 Julai lalu di sebuah hotel di Klang.- CARI
|
Sementara dalam kejadian 25 Jun pula mangsa diarah menanggalkan pakaian sambil menepuk buah dada dan menyuruh mangsa menggosok kemaluan kononnya bagi melancarkan hubungan intim antara mangsa dan bakal suami.
ifanonline replied at 6-8-2019 04:35 PM
dier nak berlakon jadi fake doctor ni...
jgn kata fake doctor...doctor yg betul pun gila sex... ...
yuki812 replied at 6-8-2019 05:34 PM
wahhhh...untong lah tepok2..gosok2..
cuma 2 bln jer jel..
apadehal..lg lps 2 bln kuar..
nenekglamer replied at 6-8-2019 07:25 PM
Aku sakit ati btol dgn pesalah seks yg minta hukuman ringan dgn alasan jaga mak sakit la.. nenek sak ...
ADVERTISEMENT