Orang kata, cinta boleh datang dalam situasi paling tidak diduga. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini.
Says.com melaporkan kisah cinta penuh emosi mereka. Pada 2018, Azira Baharum atau nama gelarannya Egy disahkan menghidap Hodgkins Lymphoma Cancer. Dia meluahkan perasaannya melawan penyakit maut itu di Twitter. Maka, ramailah yang menghantar mesej, mendoakan semuanya baik-baik dan menghulurkan bantuan.
Antara banyak-banyak mesej diterimanya, ada satu mesej yang mahu memperkenalkan Egy kepada Izham yang juga menghidap kanser yang ketika itu berada pada tahap "full remission"- maksudnya semua petanda dan simptom kanser sudah tidak dapat dikesan lagi. Jadi, Egy pun berhubunganlah dengan Izham. Mahu minta pendapat dan tip kesihatan. Biasalah bila kita sakit, usaha dan tip daripada orang yang pernah lalui perkara sama sangat membantu. Rupa-rupanya, mereka ada temu janji dengan doktor pada hari yang sama. Maka, Izham pun menunjukkan kawasan sekitar hospital dan memberi tip apa yang patut. Dari lawatan ke hospital, lama-lama bertukar menjadi hubungan cinta dan sayang. "Bila Izham teman saya, dia sentiasa berani dan kerana dia, saya berjaya akan menjalani semua sesi kemoterapi saya. "Ada waktu dia susah juga. Rasa pening dan muntah-muntah, tapi dia tak pernah ke mana-mana. Saya sedar di situ yang Izham adalah orang yang bersedia mengorbankan masa, tenaga malah kesihatannya hanya untuk memastikan saya berjaya lalui kesusahan saya," kata Egy. Selepas 12 sesi kemoterapi, Egy bersedia untuk diisytiharkan bebas kanser. Tapi, rupa-rupanya perjalanan tidak semudah itu. Pada Mac 2019, ketumbuhan dikesan di dada Izham. Dan sebulan selepas itu, ketumbuhan sama dikesan pada Egy. Mereka sekali lagi sama-sama berjuang melawan penyakit itu. Kerana jodoh tak ke mana, mereka berkahwin pada 3 Ogos lepas. Dan sehingga sekarang, mereka masih berulang-alik ke hospital untuk rawatan. Bagi membantu kos rawatan, mereka membuka kedai dalam talian menjual pelbagai barangan, Senjalawa. Orang kata, perjalanan hidup susah nak dijangka dan dalam waktu susah sebenarnya kita memang memerlukan peneman, kan? Egy dan Izham memilih untuk terus positif melawan penyakit mereka dan mahu terus bahagia. Semoga semuanya selamat dan baik-baik sahaja buat pasangan ini! - CARI |
aminsaniah replied at 7-8-2019 11:45 AM
al fatihah untuk anak sedara saya yang mengidap leukimia,berjuang selama 2 tahun akhirnya Allah jemp ...
ADVERTISEMENT