|
Merujuk perkongsian di Facebook, Dr Rosli Abdul Jalil menasihati semua agar tidak menggunakan plastik sampah hitam untuk membungkus daging korban. Memandangkan musim korban bakal tiba tidak lama lagi, perkongsian ini dihebahkan melalui aplikasi Facebook dan Whatsapp agar semua pihak mengambil berat tentang perkara ini. Hal ini demikian kerana plastik sampah hitam diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik buangan dan boleh membahayakan kesihatan.
Sumber bahan kimia yang terdapat pada plastik sampah hitam tersebut boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan manusia. Sebaliknya, gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban. Islam menggalakkan kebersihan. Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan peringatan baik buat kita semua. - CARI |
Artemesiaa replied at 8-8-2019 12:06 PM
Bagus ada yang peringatkan lebih baik lagi kalau bawak je bekas sendiri kurangkan pengunaan plastik
Asdan replied at 8-8-2019 01:19 PM
daging itu sendiri penyebab kanser, manusia hervivor, daging susah hadam,
Asdan replied at 8-8-2019 01:19 PM
daging itu sendiri penyebab kanser, manusia hervivor, daging susah hadam,
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.103113 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.