CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kritik Drama LGBT, Tak Sedar Diri Mereka Sendiri Tengok Tumblr Malam-Malam"- Azhan Rani

7-8-2019 11:40 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11075| Komen: 46|Original author: Oleh: Shimmer Shine





"Belum pun cerita keluar panggung, menggelabah cipan mufti filem ni jatuhkan
hukum walaupun pihak berwajib dah bagi kelulusan."

Wah! Marah betul Azhan Rani.

Segala luahan kekecewaanya diluahkan di medium Instagram berkenaan kontroversi drama Demi Tuhan Aku Bersaksi yang sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu. Pemegang watak Ustaz Hamadi ini menyatakan sikap golongan beginilah yang sebenarnya menjatuhkan agama, bukannya mereka.


Sudahlah karya belum pun ditayangkan lagi, tetapi ramai pihak seolah-olah membela agama dalam kepanasan. Ada yang bersuara kerana inginkan perhatian, kononnya acah-acah kafir dan sesedap mulut melabelkan orang lain kafir. Tapi dalam masa sama sebenarnya munafik!

Kredit foto: IG

Menurut Azhan lagi, golongan yang mengecam sebegini seolah-olah mempunyai agenda sendiri seperti kononnya membela agama tetapi pada waktu senggangnya melayan IG artis atau pun Tumblr.

"Sibuk marah orang tak takut tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut setan.
Sudahlah, karya tu pun belum bercerita lagi."

Kredit foto: IG

Tambah Azhan lagi, persepsi negatif inilah yang menyebabkan pengkarya tempatan takut mahu berkarya yang keluar dari kepompong. Ini kerana sikap warganet yang belum menontonnya lagi, tetapi sudah berbahas seolah-olah tahu segala inti cerita tersebut. Sampai bila mahu menyembunyikan sisi gelap segelintir penunggang agama ini?

Pendapat itu turut dipersetujui oleh pengarah drama Nur, Sharulezad yang meluahkan kekesalannya sikap segelintir orang Malaysia yang bagaikan api dalam sekam.

Kredit foto: IG

Sikap menghakimi sesuatu perkara terutamanya yang melibatkan agama sangat berleluasa dalam kehidupan masyarakat kita. Mungkin ia baik kerana membela agama tetapi sepatutnya perlu berlaku adil dengan menyiasatnya terlebih dahulu adakah benar dakwaan tersebut atau sekadar kata nista yang tidak berfakta?

Mesti ramai yang tidak sabar untuk menantikan penayangan drama ini kan? Harap pihak RTM tidak gentar dengan kecaman sebegini. Kita perlu lebih banyak filem yang membuka mata dengan realiti dan bukan sekadar cinta korporat. - CARI 
4

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 7-8-2019 11:49 AM
tumblr tu memang sarang gayah ke? iols suka sangat masa tahun 2010 sebab suka kpop dan tengok gambar makanan. tengah scroll2 tumblr kat tempat opis tengok gambar puppy tetiba kluar jepun tengah wat helikopter.
Quote natrahn 7-8-2019 11:55 AM
Negara kita ni takut pulak nak terima cerita macam ni yang diinspirasi dari kisah benar. Tengok negara luar macam Amerika, India rileks je buat kisah benar apa-apa genre sekalipun.. Kisah rasuah, rogol, nuklear dll ok je...

Macam citer polis evo tu terus kata hina ulamak..padahal tak sentuh pun... Open minded la sikit..
Quote masdiana-ana 7-8-2019 11:58 AM
iols baca sinopsip drama nie bukan pasal gayah pun lebih kepada mak nyah yg nk berubah ke arah kebaikan joinlah tahfiz untuk belajar agama ..tapi dia tak diterima olah puak2 agama kt situ..lebih kurang mcm tuelah kot sinopsip dia..  tapi betul apa azhan nie cakap netizen sekarang suka komen hentam kt ig artis pasal agama ..tak pakai tudunglah tapi bila tgk ig yg komen tue sama jer ..
Quote Y-Nots! 7-8-2019 12:03 PM
kan dah kena!!
Quote Makcik2 7-8-2019 12:15 PM
Aku ni kerja deal dengan kes budak2 tahfiz kes ni jelah. Samada liwat, kena dera tak pun kena buli. Apa kau ingat budak2 tahfiz ni manusia manusia holy yang terpilih ke? Excuse me. Anak liar, kena buang sekolah, kes polis, kena kekah banyak yg masuk tahfiz. Sebab apa? Mak bapak taknak malu dengan kaum kerabat. Kes kes ni masuk hospital under kes OSCC. mak bapak hari hari tanya bila boleh discharge, nanti family tau, malu. Taknak anak masuk Pusat pemulihan akhlak. Nak hantar tahfiz katanya. Lepastu hantar tahfiz jenguk nya sekali setahun.
Quote tulanglampai 7-8-2019 12:20 PM
Makcik2 replied at 7-8-2019 12:15 PM
Aku ni kerja deal dengan kes budak2 tahfiz kes ni jelah. Samada liwat, kena dera tak pun kena buli.  ...

result untuk budk2 liar gini masuk tahfiz, jdi ok atau makin teruk?
Quote aemon 7-8-2019 12:25 PM
hebatnya kamuuuu..yakinnya kamu- ustaz madi.
Quote Lolalala 7-8-2019 12:28 PM
tulanglampai replied at 7-8-2019 12:20 PM
result untuk budk2 liar gini masuk tahfiz, jdi ok atau makin teruk?

rasanya budak liar masuk tahfiz sebab nak cover malu or "cuci dosa" bg mak bapak sekarang ni, resultnya anak tu jd lagi memberontak. di kolej ada kawan2 lepasan tahfiz lagi soSial perangai dari org kolumpo sendiri.
Quote Fazzbulous 7-8-2019 12:34 PM
Makcik2 replied at 7-8-2019 12:15 PM
Aku ni kerja deal dengan kes budak2 tahfiz kes ni jelah. Samada liwat, kena dera tak pun kena buli.  ...

I caya je cite u..sbb pkcik i hntr anak dia 4 org ank lki dia..yg btol2 jd hafiz sorang je..3 lagi lari dr thfiz...pakcik hntr balik gi thfiz..bape kali lari dah...bdk2 ni tk tahan...kena sebat..pressure..diorg sbnrnya xnk tp kne pksa..end up duk umah je skang..tp i plik,nape x anta anak dia gi skolah biasa..huhuhu.
Quote adelea 7-8-2019 12:38 PM
alahai netizen malaysia
macamla dia tu baik sgt

Quote fliphair8 7-8-2019 12:55 PM
hairan org mesia ni, kalo kat netflix tu segala mala lgbt show dilayannya. bila malaysian produce just a hint of any taboo or sensitive issue of reality in malaysia sume automatic jadik setad setazah, walhal cam setad madi cakap malam2 layan tumbler, porn n such.  org melayu sebenarnya mmg susah nak accept kehanjingan bangsa sendiri. rogol anak, paedophile meliwat tu mostly melayu, tapi sistem politik dan agama kita bukan membendung/mengajar tapi sebaliknya MENUTUP isu itu sendiri dengan alasan aib, memaafkan walhal zina, liwat tu secara hudud bole disula.

motip harini hakak mode politician plak! haishhhh
Quote Suchi 7-8-2019 12:58 PM
Sapa yg kritik pilem Lelaki Harapan Dunia pastu buat pilem hantu tu ye
Quote kakakko 7-8-2019 01:01 PM
Makcik2 replied at 7-8-2019 12:15 PM
Aku ni kerja deal dengan kes budak2 tahfiz kes ni jelah. Samada liwat, kena dera tak pun kena buli.  ...

Makpak zaman la ni gitulah. Heboh nak hantar ke tahfiz. Konon nak mengajar jadi baik. Padahal budak tu tak rela pun.
Quote prettyuglybabe 7-8-2019 01:01 PM
Fazzbulous replied at 7-8-2019 12:34 PM
I caya je cite u..sbb pkcik i hntr anak dia 4 org ank lki dia..yg btol2 jd hafiz sorang je..3 lagi ...

jenis mak bapak yang sibuk anak syurga anak syurga ke?
sendiri malas nak beramalan kat dunia..
nanti mati anak-anak kena hantar mereka ke syurga
Quote kakakko 7-8-2019 01:02 PM
fliphair8 replied at 7-8-2019 12:55 PM
hairan org mesia ni, kalo kat netflix tu segala mala lgbt show dilayannya. bila malaysian produce ju ...

i seken diz.. Kalau omputeh buat fuhhh puji melambung. Bila orang sendiri buat cerita based on true story terus bangkang sehabis2nya. Menjatuhkan maruah orang sendiri katanya...
Quote ReginaBeauty 7-8-2019 01:06 PM
Malas nak komen, just looking forward nak tengok cerita ni. Hopefully best!
Quote nashnadnash 7-8-2019 01:27 PM
mak pak sekarang tak boleh terima kenyataan ke benda2 mcm ni terjadi. in denial sgt.
Quote ahlisihircute 7-8-2019 01:34 PM
X boleh ada naskah cite lain sikit...menggelupur nak hentam....
Quote diggerr 7-8-2019 01:44 PM
Setempek kene

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top