|
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap pelajar lelaki di sebuah sekolah madrasah di Putatan, Penampang. Harian Metro melaporkan, polis menahan suspek berusia lingkungan 20-an itu susulan laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 1.48 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan penangkapan itu berkata, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat mendakwa suspek yang juga bekas guru agama menyentuh bahagian kemaluannya pada 1.30 pagi, Ahad lalu. “Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam rumah ibadat sebelum suspek tiba-tiba meraba bahagian kemaluan mangsa. “Mangsa yang terjaga terus melarikan diri dan hanya membuat laporan polis pagi tadi kerana berasa malu serta takut,” katanya.
Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.636097 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.