CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sering Dikeji Mat Rempit, Golongan Rider Lah Yang Banyak Bantu Petugas Kecemasan"

7-8-2019 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3271| Komen: 14

Seringkali menjadi teguran dan buah mulut, sikap pengguna jalan raya yang keras kepala terus menggunakan lorong kecemasan ketika laluan trafik sedang sesak. 

Namun, dalam pada itu rupanya golongan yang bermotosikal yang sering dipandang serong telah banyak membantu dalam menangani masalah ini.

Kredit foto: Awani

Difahamkan, menurut satu posting di Twitter, golongan rider inilah yang harus dipuji kerana mereka sering membantu mengusir kenderaan degil yang melalui laluan kecemasan ini. 


“Golongan rider (penunggang motosikal) inilah yang terlalu banyak membantu kami selaku petugas kecemasan ketika dalam perjalanan.

“Untuk rider (penunggang motosikal) sekalian, jasamu dikenang, budimu disanjung,” kata seorang paramedik yang tidak dinamakan menerusi Twiiter Malaysia Most Virall.


Katanya lagi, pemandu yang biadap dan mementingkan diri dengan melalui lorong kecemasan ini akan menyukarkan pihak ambulans memberi bantuan kecemasan kepada mangsa nahas. 

Dalam pada itu, ada di kalangan warganet yang mencadangkan agar kerajaan menarik semula lesen pemandu yang degil ini. 

Apa pula pendapat anda? - CARI  
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Chairman 7-8-2019 03:27 PM
mat rempit hanyalah sebahagian daripada rider2 yg ada...

mat rempit la yg besenye buat perangai bukan2..habis terpalit sume rider2 pn dianggap sbg mat rempit.

rider2 kt msia ni mmg ramai yang suke membantu!
Quote Artemesiaa 7-8-2019 03:32 PM
Rider senang park moto kat tepi sebab tu mereka lebih pantas hulurkan bantuan.  Kalau pemandu kereta buat benda yang sama boleh menghalang kelancaran lalu lintas tambah sesak keadaaan je bila ada kemalangan.
Quote mikasa 7-8-2019 03:36 PM
Jalan tak jem boleh laa pemandu kereta van berhenti tolong apa yg patut. Kalau ramai berhenti setakat nak ambik gmbr post kat wasap group baik tak payah
Quote diggerr 7-8-2019 03:52 PM
Thanks rider
Quote bbbebeh 7-8-2019 03:52 PM
salute!!!!!
Quote Kurex 7-8-2019 03:58 PM
Nak2 rider yg hensem..
Quote jofizo 7-8-2019 04:01 PM
kena bezakan la mat rempit dgn mat motor.....hehehe
Quote azimodin 7-8-2019 04:24 PM
rider dengan mat rempit golongan yang berbeza yach. mat rempit kalau hujung minggu berleluasa kat highway melaka - seremban buat aksi superman atau menonggeng atas seat tunjuk lurah bontot berkerak. Aku mmg suka kalau motor tolong halau kereta yang dok menyemak kat lorong kecemasan.   kereta2 ni degil, bila dah nampak abam polis baru la terhimpit2 nak masuk lane kiri.
Quote Mfzg89 7-8-2019 04:56 PM
kita dah biasa kena pandang hina time ngeride... tapi kita cool je..pernah kena brader naik kete mahai tegur kita minta tolong g beli minyak bagi RM5 je nok...takut nau kita bawak lari duit dia..
Quote Dwdrum 7-8-2019 05:12 PM
i pernah tolak kepala mat rempit di traffic light awal pagi....geram sangat kurang ajar ...bergoyang motor beliau...kemudian i kena kejar .....
Quote fff_cat 7-8-2019 05:50 PM
Terima kasih pada mat motor. Kawan aku pernah kehabisan minyak kat tengah jalan n dah tak berapa jauh dah dari stesyen minyak. Ingatkan dan nak sampai situ. Taknak isi dekat dgn opis takut lambat balik.

Rider2 la tolong kepungkan n tolong tolak ke tepi
n pastu tumpangkan ke shell. Nasib baik dia n laki keje tempat sama. Kalau dia sorang tak tau camne gelabah.
Quote Perawankota 8-8-2019 01:34 AM
Bg aku dorg lah yg selalu tlg org. Aku ingat LG satu malam keta kawan aku rosak dkt St rosyam. Nak x nak aku kena tolak sebab aku x reti bwk keta. Masa tu dh kul 1lebih..  kereta tu rosak kt area parking kereta. Padahal waktu tu Ada jer 3,4 org lelaki lalu lalang kt situ, betul2 lalu tepi aku, tp sorg pon x nk tlg aku tolak wlupon aku perempuan.. Mungkin sbb aku ni gemok x cantik.. Pas 4,5 kali Cuba tolak Last2 lalu dua budak motor.. Dorg lah yg tlg tolak dlm ujan wlupon x lebat.. Terima kasih sgt2 kt dorg..
Quote shark_eow7 8-8-2019 10:16 AM
waktu mula2 kawen memang kami laki bini ada motor je. selalu la jumpa kawan2 yg ada motor & buat la kelab. bila konvoi mana2 org pandang serong. ada budak jerit2 mama tu mat rempit kannn.. mak dia pon iyeakan. nak je aku bahasakan.. dik, 90% kt sini semua degree holder tau.. semua org ada kerja tetap & ada life yg elok. naik motor ni sebab minat.. ada yg dah buat motor lebih dari harga sebijik motor. tapi aku x cakap la.. sebab cakap pon rasa x guna dengan org mcm tu
Quote chinta89 8-8-2019 12:09 PM
x kisah la naik motor ke naik kereta ke, ada je yg baik ade je yg buruk.


semua ni berbalik kpd sikap kita sendiri, bukan sb naik kenderaan ape.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.208675 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top