CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Drama LGBT - Fadzil Zahari Sekeluarga Didoakan Masuk Neraka

7-8-2019 04:58 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6499| Komen: 25|Original author: Oleh: natrahn

Kredit Foto - Instagram Fadzil Zahari

Pelakon dan penerbit drama yang diberi judul Demi Tuhan Aku Bersaksi, Fadzil Zahari yang bakal disiarkan oleh stesen televisyen RTM sekitar bulan September nanti tampil mengulas mengenai kontroversi telefilem terbitannya itu. Fadzil berkata drama itu diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan. 
 
"Orang ramai yang mengecam telefilem itu terlalu mengikut emosi dan cepat menjatuhkan hukum tanpa menonton dan mengetahui pengisian sebenar naskah itu" ujar Fadzil lagi. 


Beliau mengakui kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cepat menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Dalam pada itu, Fadzil tidak bimbang dengan jalan cerita yang ditampilkan dalam telefilem itu kerana ia menepati syarat dan sudah pun mendapat 'lampu hijau' daripada pihak stesen tv RTM. 
 
Fadzil berharap agar orang ramai dapat memberi masa kepadanya untuk mencapai kata sepakat dalam menyiarkan sebuah drama berkisarkan golongan LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual), menerusi entri di Instagram (IG)nya. 
 
 
"Alhamdulillah. Malam semalam sampai lewat pukul 1.00am kami bincang dengan Ustaz @Pu_Hafiz, abang sangat respek sebab dia memang gentleman. Inilah Ketua yang kita harapkan, seorang Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS).
 
"Saat hampir kesemua netizen hentam abang, @yanasamsudin & @prokuyastudios & pengarah kami @eyrahman22 bahkan pelakon pun kena pasai Telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi ni ada yang laknat kami, doakan kami sekeluarga masuk neraka, agen Yahudi la, ajak boikot sedangkan depa sendiri pun tak pernah tonton cerita ni lagi.
 
"Maka mai la Ustaz Hafiz bertanya & ajak bincang perkara ni. (tak ada icon tabik kat sini).
 
"Jadi, abang harap semua boleh tunggu sat, kita akan capai kata sepakat bersama RTM & semua pihak terlibat untuk pencerahan pada semua Insya Allah," tulisnya.
 
 
Rata-rata warganet berharap agar Fadzil bersabar dengan dugaan yang dilaluinya ini dan mereka mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan buatnya.


Semoga ada berita baik untuk Fadzil dan team beliau. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-8-2019 05:00 PM
Berapa banyak nak buat berita pasal drama ni?
Quote miminn 7-8-2019 05:01 PM
pasal tu susah nak buat cerita pasal realiti kehidupan dekat malaysia ni. semua suka cerita dato' tan sri bisnes billion billion je. maybe kena tengok dulu baru nak komen apa-apa.
Quote Lalalili66778 7-8-2019 07:20 PM
Pulak dah... sedangkn realitimmg camty
Quote FY08 7-8-2019 07:26 PM
Otak letak kt lutut... hero rogol heroin..lps tu konon kwin paksa pakcik mkck bwg restu ja.. bodohnya
Quote GegarVaganja 7-8-2019 07:28 PM
FY08 replied at 7-8-2019 07:26 PM
Otak letak kt lutut... hero rogol heroin..lps tu konon kwin paksa pakcik mkck bwg restu ja.. bodohny ...

Itu takpe sis. Selagi jantina beromen lelaki dan perempuan, acik2 rasa sweet.

Quote tuberoses 7-8-2019 07:35 PM
secara tak lgsg isu ni membuatkan ramai tak sabar nak tgk cite ni..termasuk iolss....jgn tibe2 kena ban sudah...da standby popcorn ni
Quote diggerr 7-8-2019 08:38 PM
Cuba laaa tonton dulu baru judge
Quote aechae 7-8-2019 09:18 PM
Cite x tayang pn lg tp yg menyalak lbih mcm dh khatam 14x tgk....
Nk tggu lps dh tayang apa bnda plak yg akn di twist konon2 puji ke apa ke...
Quote cikbun 7-8-2019 10:28 PM
kena tgk dulu bru boleh judge
Quote makneng 7-8-2019 10:31 PM
So netijen sentap ke nyehhh.. Kosser yach!
Quote ALDRIN 7-8-2019 10:43 PM
Ok nk tggu gilem nih..last time berkonsep LGBT nih iols tgk Anu dalam Botol..arahan Raja Azmi. Hopefully bagus laa..diharap diaorg buat study betul2 mcm best filem Oscar's Winner " Spotlight" child molestation by Catholic priest. Jgn ala2 sKRU motion picture...citer Karak..dan2 tulis disclaimer " cerita benar berdasarkan pengalaman pengarah". Ye citer psl car ada mahkluk makan husband yg pg carik minyak sbb their car stopped kat highway...then sekumpulan askar nampak...Sibat betul ko nk kencing iols...itu urban legend zaman berzaman diceritakan kat kem2 askar laa bangang..

Quote Perawankota 8-8-2019 01:13 AM
Tgk dulu baru komen.. Ini tgk x LG, dh komen Mcm2. Alahai netizen2 zaman ni
Quote LadyCarefree 8-8-2019 02:09 AM
Yana buat statement kemain siap petik konon quote imam xleh hujah dgn orng xde ilmu
Quote natrahn 8-8-2019 08:28 AM
Perawankota replied at 8-8-2019 01:13 AM
Tgk dulu baru komen.. Ini tgk x LG, dh komen Mcm2. Alahai netizen2 zaman ni

dah ada petition supaya telefilem ni tak disiarkan... katanya telefilem ni memburukkan institusi tahfiz.. masalahnya sebelum telefilem ni ada, macam-macam kes membabitkan institusi tahfiz dah dilaporkan dalam media arus perdana. Satu lagi kenapa sesetengah rakyat Malaysia tak nak membuka minda macam sesetengah negara lain buat movie lagi pasal kisah benar kes rasuah polis, kes rogol/liwat/pedo ( movie korea banyak buat movie macam ni).. pengajaran buat kita semua kan...ambil la yang positif tu
Quote natrahn 8-8-2019 08:29 AM
Kurex replied at 7-8-2019 05:00 PM
Berapa banyak nak buat berita pasal drama ni?

@Kurex selagi tak tayang kurex hehehe...
Quote natrahn 8-8-2019 08:31 AM
ALDRIN replied at 7-8-2019 10:43 PM
Ok nk tggu gilem nih..last time berkonsep LGBT nih iols tgk Anu dalam Botol..arahan Raja Azmi. Hopef ...

maknanya kisah tu betul ke lejen je??
Quote haryatie 8-8-2019 08:37 AM
kenpa pulak nak doakan org msuk neraka
diri sendiri confirm ke masuk syurga
benda2 mcam ni kdg2 betul berlaku pun
rmai jerk yg pndai ttg agama tp perangai disebalik nya lbih teruk dr setan
Quote piep 8-8-2019 09:05 AM
bagus nya doakan masuk neraka macam diri sendiri masuk syurga pulak... buat cerita perogol rogol perempuan, lepas tu Kawin happy ever after cmtu tak pe ye..
Quote namieamuro 8-8-2019 10:17 AM
so pasni sume buat jela chite terpakse kawen - jatuh cinta - ex dtg kacau - the end..or chite orka dpt projek 30billion ngalahkan Jack Ma..

reality nye dlm malaysia ni byk dah kes paedo, kes liwat rogol yg bkn je blaku kt dlm keluarge, kes dkt tahfiz pun saban tahun sll je kite dgr berlaku..lgbt pun makin lame makin tak segan silu nk sorok2 mcm dlu..jd ape mslhnye kalau chite mcm ni ditygkan?

yakin sgt ke org didoakan tu terjun ke neraka dan yg mendoakan otomatik dpt badge ke syurga?

iols tak suke pasangan kuat membawang ni..tp takkan la chite die pn nk kene boikot sblm tayang lg..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.168794 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top