CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Bayar RM33,000 Tapi Dapat Visa Palsu, Jemaah Malaysia Terkilan Tak Dapat Tunai Haji

7-8-2019 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16911| Komen: 155

“Bila imbas pasport keluar di skrin muka orang lain,” kata Sabariah Osman.

Wanita ini merupakan seorang daripada 26 jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah sejak Isnin lalu kerana memiliki visa Furada haji palsu.


Bernama melaporkan, Sabariah, 60 yang ditemui ketika tiba di KLIA berkata beliau berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan haji dek kerana memiliki visa palsu. 

Kredit foto: Bernama

“Saya membayar pakej ini dengan harga RM33,000 namun masih tidak dapat menunaikan haji pada kali ini, tetapi saya anggap semua ini ketentuan dari Allah,” katanya.


Menurutnya, ketika berada di kaunter imigresen di Jeddah, wajah yang diaparkan berbeza menerusi visanya. 

“Pegawai itu turut bertanya tarikh lahir saya memandang ia tidak sama dengan maklumat yang dipaparkan pada visa yang saya miliki itu.

“Bila tanya jemaah lain juga kata ada muka bertukar jadi milik orang Indonesia, Nigeria dan warganegara lain,” katanya.

Sabariah turut tidak menyalahkan pihak syarikat Hajar Sazrul Travel & Tours kerana menganggap kesilapan berlaku oleh pihak Arab Saudi.

“Saya tidak salahkan pihak syarikat tapi rasakan perkara ini berlaku kerana silap di pihak sana (Arab Saudi),” katanya yang sangat berterima kasih dengan layanan pihak kedutaan Malaysia di sana dan Tabung Haji. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 7-8-2019 05:32 PM
Maaf tanya,  tak adekah  wakil syarikat travel yg mengiringi pemergian mereka ke sana atau menyambut ketibaan mereka di Jeddah tu?
Quote M5 7-8-2019 05:35 PM
Kawan M tadi ada wasap dia laki bini dlm group ni, kesian pulak mengenang nasib depa
Quote lil_sparky 7-8-2019 05:41 PM
M5 replied at 7-8-2019 05:35 PM
Kawan M tadi ada wasap dia laki bini dlm group ni, kesian pulak mengenang nasib depa

M..dorg kena balik sini ke?
Rasanya ni group dr kedah kn
Quote EJALTI 7-8-2019 05:43 PM
lil_sparky replied at 7-8-2019 09:41 AM
M..dorg kena balik sini ke?
Rasanya ni group dr kedah kn

Dorang kena balik dari Jeddah ke KLIA....dah sampai kat KLIA.  Nanti iols tepek artikel dari Harian Metro.
Quote EJALTI 7-8-2019 05:47 PM
Nama sendiri, muka orang lain

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... iri-muka-orang-lain

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 3:44 PM

Siti A’isyah Sukaimi
[email protected]


Sabariah antara Jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah ketika ditemui di KLIA.  FOTO Mohd Fadli Hamzah.

VISA tertulis nama sendiri tetapi apabila melalui imbasan, keluar nama dan gambar orang lain.

Itu yang dihadapi 26 rakyat Malaysia kononnya menerima visa Furada sebelum terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah Isnin lalu.

Susulan kejadian itu, hasrat mereka untuk menunaikan ibadat haji yang juga Rukun Islam kelima tidak kesampaian selepas tidak boleh keluar dari lapangan terbang berkenaan.

Seorang daripada rakyat Malaysia terbabit, Sabariah Osman, 60-an berkata, dia tidak mengetahui muka individu yang keluar selepas visa berkenaan diimbas dan mendakwa, ia di bawah nama pemilik dari pelbagai negara.

“Muka siapa pun saya tidak tahu. Imigresen di sana turut bertanyakan mengenai tarikh lahir untuk diperiksa.

“Apabila berlaku kejadian ini, kami tercengang dan hairan, tak tahu nak cakap macam mana kerana tak sangka, siapa pun tak dapat menduga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hari ini.


Siti Esah Hussain, 65, dan Rosmah Osman, 60, (kiri) antara jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah selepas tiba di KLIA hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Semalam Harian Metro melaporkan, 26 rakyat Malaysia yang kononnya menerima visa Furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz selepas imigresen Arab Saudi mendapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji.

Menerusi laporan itu, mereka datang dalam satu kumpulan menaiki penerbangan komersil dari KLIA sebelum tiba di Jeddah, 7 malam kelmarin.

Semua rakyat Malaysia itu tiba di tanah air 11.03 pagi hari ini menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH151.

Dalam pada itu, Sabariah berkata, ini kali pertama dia mahu menunaikan haji serta membayar pakej berjumlah RM33,000 kepada syarikat itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan syarikat kerana menyifatkan agensi itu tidak menipu dan menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya tak salahkan syarikat tapi rasakan perkara ini berlaku kerana silap di pihak sana (Arab Saudi),” katanya.

Mengulas lajut, Sabariah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kedutaan Malaysia di Jeddah dan Lembaga Tabung Haji (TH) yang turut bertemu mereka ketika terkandas.

Selain itu, tinjauan mendapati, wakil daripada syarikat berkenaan turut berada di KLIA dan bertemu dengan mereka yang pulang hari ini.

Usaha untuk mendapatkan lagi rakyat Malaysia yang terkandas tidak berhasil kerana ada mengelakkan diri selain tidak mahu ditemuramah.

Quote arasham 7-8-2019 05:51 PM
Seorang daripada rakyat Malaysia terbabit, Sabariah Osman, 60-an berkata, dia tidak mengetahui muka individu yang keluar selepas visa berkenaan diimbas dan mendakwa, ia di bawah nama pemilik dari pelbagai negara.

“Muka siapa pun saya tidak tahu. Imigresen di sana turut bertanyakan mengenai tarikh lahir untuk diperiksa.

Mcm mana boleh jadi cam tu???
Quote Remyda 7-8-2019 05:54 PM
Visa depa memang tulis nama sendiri. Tapi bila imbasan tu keluaq gambar & nama orang lain. Polis pun la ni tengah buat siasatan pada ejen yang menguruskan visa tu.

Semoga diberi kesabaran & ketabahan kepada yang terlibat.
Quote mbhcsf 7-8-2019 06:01 PM
lain kali  kalau kali pertamam seboleh bolehnya pi dengan tabung haji dalam apa apa skim pakej pun daripada muassasah sampai pakej like scheme.

Inallillah. kesian aaa
Quote aurorayasmeen 7-8-2019 06:10 PM
Mahal ok pakej..mmg nges wey kalau kna patah balik..
Quote edoraixora 7-8-2019 06:18 PM
Mohamad Sazrul Iqram mendakwa permohonan visa furada itu diuruskan oleh pegawai Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.


jadi yang buat taik ni adalah pegawai dari kedutaan Arab Saudi??
Quote edoraixora 7-8-2019 06:21 PM
sedih & kemurungan kalau kena macam ni...

itulah, kalau mampu biarlah pergi dgn pakej under kuota TH
Quote azharfcsit 7-8-2019 06:22 PM
33k untuk Furada... murah nya... 33k ni level Pakej paling murah je...
So kena scam dengan travel agency la ni.. Travel Agency plak kena scam dengan org yang uruskan Visa Furada.. Last year cousin gi visa Furada 50k++ (flight ticket not included-kena beli sendiri) ada trip ke Madinah.. Ada lagi satu group Visa Furada plak 60k++ sampai terus duk hotel kt Aziziyah (4 hari sebelum wukuf). Total 12 hari je kt Mekah.. Tak gi Madinah.. pastu balik KL.. tiket flight masing-masing buat open ticket..
Quote harizs 7-8-2019 06:29 PM
Sepatutnya blh selesai melalui hubungan baik dua negara. Sbb ini bukan salah jemaah haji & travel ejen.  Kaji juga hubungan antara negara yg dah x berapa bagus.


"Ini kejadian kali pertama berlaku kepada syarikat kami yang terlibat dalam pengurusan jemaah haji sejak 12 tahun lepas," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.
Quote kemaruk 7-8-2019 06:29 PM
Bila ibadah dibuat bisnes.. ini mesti travel agent nak untung lebih.. katanya berurusan dengan pegawai kedutaan arab saudi, padahal suruh third party yang buat..

Patutnya haramkan aja mana2 syarikat travel agency dari menguruskan haji

Sedangkan umrah pon ramai yang kena tipu

Urusan haji ni better tabung haji je yang buat..
Quote mrseller 7-8-2019 06:34 PM
Visa furada ni memang ikut nasib. Cousin aku menunggu 2 tahun utk furada, paling penting kena pegang satu, anda belum di jemput oleh Allah utk menjadi tetamu Nya
Quote UMMI_MAI 7-8-2019 06:37 PM
kemaruk replied at 7-8-2019 06:29 PM
Bila ibadah dibuat bisnes.. ini mesti travel agent nak untung lebih.. katanya berurusan dengan pegaw ...

saya tak rasa agen bersalah dalam hal ni , knowing how hard dealing with kedutaan arab saudi. sombongnya pak2 arab tak kira dengan siapa dia berurusan . Ini rasanya dalam kedutaan tersebut yg dah buat silap/ caca merba saat2 akhir

Quote kemaruk 7-8-2019 06:50 PM
UMMI_MAI replied at 7-8-2019 06:37 PM
saya tak rasa agen bersalah dalam hal ni , knowing how hard dealing with kedutaan arab saudi. somb ...

Ko pernah berurusan dengan kedutaan saudi dekat malaysia ke tak?

Travel agency lain elok je berurusan dengan kedutaan arab malaysia.. kedutaan arab malaysia sopan santun.. yang kurang hajar dan berlagak tu imigresen dan pegawai arab dekat negeri arab nun..

Nampak sangat.. jalan mudah, guna third party untuk apply visa.. kunun2 boleh dapat murah lettew..
Quote kelana36 7-8-2019 07:05 PM
Edited by kelana36 at 7-8-2019 03:06 PM

bukan ker tahun lepas lagi suadi dah tak bagi guna visa furada ni..



TH dilarang urus jemaah guna visa Furada
Oleh Nadia Hamid
[email protected]
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melarang Tabung Haji (TH) menguruskan jemaah haji Malaysia yang menggunakan visa Furada (persendirian) berkuat kuasa serta-merta.


Tahun ni..

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata beliau amat kesal perkara sedemikian terjadi kepada rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan haji, namun menjelaskan visa Furada bukan dalam bidang kuasa kerajaan Malaysia.

“Harus diketahui kuota (haji) Malaysia adalah melalui (Lembaga) Tabung Haji, kuota khas dan tambahan semuanya melalui Tabung Haji. Pesanan saya semoga jemaah haji terkandas itu dipermudahkan urusan mereka, sampai atau balik semula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Quote Lalalili66778 7-8-2019 07:24 PM
Ya Allah sedihnya... tak boleh bayangkn kalau kena kat mak ayah sendiri atau diri sendiri kena... sedih weiii!!! Tolonglah jgan aniaya jemaah nak g haji wehhh.. bukn sikit nk kumpul tu oiii.. beratus ribu! ALLAH..... neelofa pun kena juga tapi alhamdulillah dah settle

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055227 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top