CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Nak Ditahan Imigresen Australia? Backpacker 'Otai' Kongsi Persediaan Dokumen

19-8-2019 10:37 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6277| Komen: 35|Original author: Sang_Pencinta

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Demikianlah perumpamaan yang layak diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa pelancong mereka ke Australia dan sebaliknya mencari pekerjaan di sana. 



Menurut laporan  Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia yang dipetik dari laman SBS News, rakyat Malaysia kini mendahului carta penyalahgunaan visa dengan jumlah 10,000 pada tahun 2016 dan 2017, mengatasi China (6,500) dan Amerika Syarikat (5,000). Jika diambil kira tahun-tahun sebelumnya, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang tinggal secara haram si negara itu sudah mencecah 62,000! Wow, ramainya!

Kredit foto: backpackersdiaustralia


Tidak hairanlah rakyat negara kita kini sudah menjadi sasaran utama pihak imegresen Australia di pintu ketibaan lapangan terbang menyebabkan pelancong yang mahu datang secara sah turut mendapat tempias ditolak kerana disyaki mempunyai niat untuk bekerja secara haram.



Kredit foto: Ertikehidupan


Berikutan ramai kejadian backpackers sah kena reject oleh pihak Australia, seorang backpacker 'otai' di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) bernama Firdaus A, telah berkongsi persediaan dokumen sebelum keberangkatan. Menurutnya, ketua boleh menyediakan salinan dokumen atau fail yang disimpan oleh setiap ahli rombongan. Ahli rombongan pula perlu mengetahui intipati dokumen itu dan tidak mengharapkan ketua sebagai 'kaunter pertanyaan'.


Kredit foto: Facebook BBM


Antara kandungan dokumen itu termasuklah;

1. Senarai Nama Peserta
2. Tujuan perjalanan

Kredit foto: Facebook BBM



3. Fotokopi tiket pergi-balik
4. Salinan pengesahan tempat menginap


Kredit foto: Facebook BBM


5. Salinan pengesahan kereta sewa
6. Draft itinerari


Kredit foto: Facebook BBM


7. Surat pengesahan bekerja dari majikan
8. Surat pengesahan bercuti dari majikan

Kredit foto: Facebook BBM

Kredit foto: Facebook BBM


9. Penyata bank setiap individu menunjukkan anda ada duit yang cukup untuk melancong
10. Kad perniagaan atau bukti menunjukkan anda mempunyai kerja yang bagus

Kredit foto: Facebook BBM


Menurut beliau lagi, dokumen itu pernah dipuji oleh seorang pegawai imigresen Australia dengan penuh kekaguman kerana ianya serba lengkap. Firdaus A juga menasihati semua travellers supaya sentiasa bersedia walaupun sudah 'otai'.

Sekalung terima kasih untuk perkongsian beliau. Semoga bermanfaat untuk pelancong sah yang benar-benar berniat untuk menikmati keindahan negara kangaru itu. - CARI 

7

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • mata.kail

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 19-8-2019 10:42 AM
takyah la gi australia pasni..documentation pun dah bnyk mcm nak minta kerja..hihi...
Quote ezacbee 19-8-2019 11:01 AM
Bercuti negara lain jela
Quote kaseh80 19-8-2019 11:02 AM
Pergi ke negara lain byk lagi negara yg cantik dan tourist friendly
Quote Sang_Pencinta 19-8-2019 11:10 AM
Macam nak apply kerja dah semua dokumen kena lengkap ni. Nasip ijazah tak payah
Quote lebahberachun 19-8-2019 11:47 AM
travel jela negara lain. dah mcm bangla je klu kita pi sana.
Quote chicozinn 19-8-2019 12:20 PM
kalu da cmtu ropenye baik la gi negara lain..elakkan kita ni tak disenangi bila smpai kat sana je..cm srupa bangla da cmtu la kita dipandang kat oz
Quote mistified 19-8-2019 12:28 PM
Ayoo...macam buat tesis phd plak...jadi renyah.tujuan nak bercuti nak bertenang rilex, ni nk kena prepare mcm2 baik cancel je aussie dari list.







Quote kuewTiau 19-8-2019 12:28 PM
giler la ramai kot overstayed.
yang susah orang lain jugak
btw, dokumen dia tu lengkap dan tersusun.
Quote mirandanicky1 19-8-2019 02:19 PM
Dah pegi 2 kali aussie, last 2018 okay je immigration tk byk soal.. plan nk pegi other parts of oz pulak..tp lps dh baca mcm2 kerenah camni.. terus oz you're cancelled! Buat apa terhegeh sgt nk pegi ke negara yg kita tak dialukan pun dtg. Byk lg negara lain yg cantik2 kita blh pegi.
Quote domestobot 19-8-2019 02:43 PM
nasib baik diaorg tak minta salinan dokumen yang disahkan pastu ada setem hasil dimatikan.
Quote Artemesiaa 19-8-2019 03:23 PM
Sekarang ni dah list kan sebegini pun belum tentu lulus dapat visa.  Yang dah pernah masuk kesana sebelum ni pun tak boleh menjamin mereka senang dapat visa.  Sebab tu pihak immigresen mereka sendiri pun tak sarankan untuk beli tiket penerbangan dulu takut dah beli tapi kena reject lagi banyak rugi selain rugi caj mohon visa.  Kalau diikutkan tak ada yang menarik sangat pasal bandar2 mereka ni berbanding bandar2 besar dan modern di negara2 lain.  Banyak lagi bandar2 yang lebih modern dan menarik di Asia sendiri berbanding di sana.  Hanya pemandangan dan haiwan unik mereka je buat orang tertarik kesana selain negara omputih yang paling dekat dengan Asia.
Quote fushimi 19-8-2019 03:49 PM
kaseh80 replied at 19-8-2019 11:02 AM
Pergi ke negara lain byk lagi negara yg cantik dan tourist friendly

buat kempen boikot travel to ostolia je
tak payah hadap sangat pegi sana

padahal aku dah beli tiket nak gi sana pulek nanti hiks
Quote abadi84 19-8-2019 05:12 PM
Artemesiaa replied at 19-8-2019 03:23 PM
Sekarang ni dah list kan sebegini pun belum tentu lulus dapat visa.  Yang dah pernah masuk kesana se ...

Gitu hujung thn ni punya vacation aku gi tioman jer lahh..
Quote kivio 19-8-2019 07:30 PM
Yang korang terhegeh2 hadap sangat nak p ostolia tu ada apa?
Quote freesia71 19-8-2019 08:19 PM
kivio replied at 19-8-2019 07:30 PM
Yang korang terhegeh2 hadap sangat nak p ostolia tu ada apa?

Ada kangaroo....


Quote diggerr 19-8-2019 08:29 PM
Cari negara lain
Quote kivio 19-8-2019 08:44 PM

Ergh magashh
Quote Foxey 19-8-2019 10:10 PM
Err... Ni dah macam documents yang my officer prepared for me whenever we travelled abroad for meetings je.
Quote bungarose 19-8-2019 10:24 PM
I pun dh cancel my trip to sydney. Not worth if sangkut ker atau oz officer banyak sangat songeh sampai stress lak kite

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048746 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top