CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jauhi Dunia Hollywood, Anak Angelina Jolie Dan Brad Pitt Pilih Universiti Di Korea Selatan

14-8-2019 10:38 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9616| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Maddox Jolie-Pitt, anak angkat sulung kepada pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt memutuskan untuk memilih sebuah universiti di Korea Selatan bagi menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda.



Kredit foto: People

Maddox yang baru menyambut ulan gtahun ke-18 bakal mendaftar di Universiti Yonsei bulan ini dalam bidang biokimia. 

Menurut sumber portal majalah People, Maddox mendapat beberapa tawaran daripada universiti lain, tetapi memutuskan untuk memilih Yonsei. 

'Maddox sudah lama membuat persediaan termasuk mengambil kelas bahasa Korea beberapa kali seminggu,' kata sumber.


Kredit foto: Getty Images

Universiti Yonsei yang terletak di Seoul adalah sebuah universiti swasta yang dibuka pada tahun 1885 dan antara tiga universiti elit terbaik di negara itu dengan 19 ribu pelajar ijazah pertama, 8,000 pelajar sarjana dan 3,200 pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD).


Kredit foto: koreandailyus

Sumber itu turut berkata, Angelina merestui pilihan Maddox dan akan mengiringinya mendaftar nanti.

Ramai membuat spekulasi pilihan Maddox untuk menyambung pengajian di Korea Selatan disebabkan ingin menjauhkan diri daripada dunia glamor Hollywood. 

Bagaimanapun, sumber itu berkata lokasi pilihan Maddox mungkin bersangkut paut dengan negara kelahirannya iaitu Kemboja, di mana keluarga Angelina turut mempunyai sebuah rumah.


Kredit foto: E!Online

Pilihan Maddox juga tidak mengejutkan ramai kerana beliau pernah dilihat melawat beberapa buah universiti di negara itu dengan ibunya tahun lalu.


Kredit foto: People

Bagaimanapun, selama ini Maddox dan adik-beradiknya Pax, 15, Zahara, 14, Shiloh, 13, dan kembar Knox dan Vivienne, 11, sentiasa dimanjakan dan dikawal rapat oleh pengawal ibunya.

Jadi, pilihan Maddox mengundang persoalan; adakah beliau mampu hidup berdikari dan tinggal jauh daripada lima lagi adik-baradik rapatnya? - CARI
5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 14-8-2019 10:49 AM
Yeke nk g belajor..ntah2 nak g jadi retis kpop...
Quote Cpkay 14-8-2019 10:51 AM
Maddox ni anak dari vietnam kan ? besar dah.. yg shiloh tu dah kenapa macam tomboy
Quote Sang_Pencinta 14-8-2019 10:56 AM
Cpkay replied at 14-8-2019 10:51 AM
Maddox ni anak dari vietnam kan ? besar dah.. yg shiloh tu dah kenapa macam tomboy

Maddox Cambodia bukan  Vietnam

Shiloh sekarang nak kena panggil 'John' baru menyahut katanya
Quote helicornia 14-8-2019 11:10 AM
Cpkay: Maddox ni anak dari vietnam kan ? besar dah.. yg shiloh tu dah kenapa macam tomboy

mmg dia dr dulu tomboy kan.mak dia melayan je siap belikan baju boy.nenek dia mak brat pitt marah tp angelina ckp jgn sibuk urusan anak2 dia
Quote diggerr 14-8-2019 11:14 AM
Elok laa tu berpelajaran
Quote mizruncing 14-8-2019 11:30 AM
bagus dia uruskan anak2 dia
Quote kechikchomel 14-8-2019 02:11 PM
Anak2 angkat dia ni pernah jumpa tak family kandung dorg? Melawat tempat asal?
Quote Sazida 14-8-2019 02:41 PM
kechikchomel: Anak2 angkat dia ni pernah jumpa tak family kandung dorg? Melawat tempat asal?


Rasanya pernah baca yg angie ni ada bawak jumpa parents kandung dorang.
Quote natrahn 14-8-2019 04:09 PM
minat kpop kot hehehe
Quote gideoncross 14-8-2019 04:51 PM
Mfzg89 replied at 14-8-2019 10:49 AM
Yeke nk g belajor..ntah2 nak g jadi retis kpop...

Iols pun trfikirkn psl bnda yg sma, xsngka uol pun sma gak.

Quote gideoncross 14-8-2019 04:52 PM

I'm also thinking bout' same thing.
Quote Queenmastani 14-8-2019 05:05 PM
Kakak angie restu je maddox nk blajar kt mana pon. Maddox byk ubah cara lifestyle kakak angie . Maddox nnt jgn tetibe lak muka mcm jong ki.
Quote mangkukhayun 14-8-2019 05:54 PM
madox nk join boyband...hehe
Quote lily_downey 14-8-2019 08:00 PM
Cantiknya Zahara
Quote aleesyasofia 15-8-2019 12:45 AM
sheolss bgus jg bab2 anak nie kan.. slamat maju jaya maddox..
Quote kucingitam 15-8-2019 10:45 AM
tua lak rasanya bila baca anak angie nak masuk uni dah..
Quote mieymiey 15-8-2019 11:39 AM
Zahara tu dah besar panjang. Rasa macam baru jer tengok gambar sheols dikendong Angie masa kecik.
Quote kisahkeaku 15-8-2019 01:10 PM
ada terbaca kat mana ntah yg dorg ckp anak2 angie-pitt ni semua jenis behave,good manners gitu.
tp tu laa sexual orientation tu mak dia jenis x kisah,dah dia pun bisex.
Quote Sang_Pencinta 15-8-2019 06:43 PM
Demgan connection dia, pasti senang nak jadi bintang KPop sana. Tapi pandai ke menari menyanyi??

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040671 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top