Model, jutawan kosmetik dan bintang realiti, Kylie Jenner bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 22 bulan ini, di atas kapal mewah Equanimity yang pernah dimiliki ahli perniagaan Jho Low.
Menurut portal berita TMZ, pengasas Kylie Cosmetics itu telah menyewa kapal mewah berkenaan yang kini dinamakan Tranquility untuk sambutan hari jadinya pada 10 Ogos ini. "Kapal itu disewa dengan bayaran ASD1.2 juta (RM5 juta) seminggu!" kata sumber TMZ.
Sementara itu, Forbes menganggarkan kekayaan Kylie Jenner kini bernilai ASD1 billion (RM4.21 billion) menjadikannya jutawan termuda dunia. Belum dipastikan siapakah tetamu jemputan Kylie di atas kapal yang boleh memuatkan 22 tatamu dan 29 kakitangan itu. "Kami diberitahu, kapal itu akan berlabuh di Lautan Mediterranean dan Kendal serta Kourtney sudah pun berada di sana," lapor TMZ. Kapal Equanimity sememangnya sinonim dengan kerajaan Malaysia yang dirampas daripada Jho Low semasa siasatan skandal 1MDB. April tahun ini, kapal mewah itu dibeli oleh Genting Malaysia Berhad dengan harga ASD126 juta (RM530 juta) dan ditukar nama kepada Tranquility. Yang pasti, jika Paris Hilton salah seorang jemputan Kylie, pasti dia tidak kekok kerana pernah menjadi teman berfoya-foya Jho Low beberapa kali di atas kapal itu. - CARI
|
kasibiman replied at 8-8-2019 10:37 AM
Harap Kylie jgn lupa jemput jho low sekali
grouper replied at 8-8-2019 10:39 AM
Dah byk org berzina atas kapal ni...mmg suwei
grouper: Dah byk org berzina atas kapal ni...mmg suwei
Mfzg89 replied at 8-8-2019 11:20 AM
Japgi Vida tiru la tu..
Sang_Pencinta replied at 8-8-2019 11:37 AM
Sesuailah DSV buat bday atas kapal, kasi classy sikit
diggerr replied at 8-8-2019 02:52 PM
Duit sewa dapat kat siapa?
diggerr replied at 8-8-2019 02:52 PM
Duit sewa dapat kat siapa?
ADVERTISEMENT