Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua merupakan satu peribahasa yang bermakna buat keluarga ini apabila salah seorang adik-beradik dijadikan anak angkat kepada kawan baik ibunya.
Mereka mempunyai jumlah empat orang adik-beradik dan salah seorang daripada mereka dijadikan anak angkat kepada sebuah keluarga di Singapura. Yang terpisah bernama Jemi dikatakan berusaha untuk mencari keluarganya di Malaysia dengan menggunakan platform media sosial. Dia mula tahu yang dia merupakan anak angkat ketika berumur 19 tahun dan terus berusaha untuk mencari keluarga asalnya.
Usahanya dengan bantuan rakan dari Malaysia membuahkan hasil apabila mereka berjaya ditemukan di halaman Twitter. Selepas berjaya berhubung dengan Jemi, mereka terus menambahnya ke dalam kumpulan WhatsApp adik-beradik mereka. Difahamkan, empat beradik itu sempat membuat panggilan video kumpulan dan Jemi dikatakan sedikit segan pada awalnya, tetapi adik-beradiknya membantu untuk menjadikan suasana ceria seperti adik-beradik lain. Akhirnya, mereka telah bertemu kembali dan dikhabarkan Jemi sudah membeli tiket pulang ke Malaysia pada 30 Ogos nanti untuk bertemu adik-beradiknya. - CARI |
LadyCarefree: Knape Jemi ada 3 orng kakak?
ADVERTISEMENT