"Lepas kahwin, murah rezeki, percayalah." Betul ke? Ramai yang menyangka orang ketiga adalah masalah utama yang menyebabkan penceraian. Namun statistik dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan sebaliknya. Ini kerana masalah kewangan adalah punca utama berpisahnya suami isteri muda dengan mencatatkan 17,000 kes bermula tahun 2013 hingga Mei 2019. Bagaimanapun hal ini tidak begitu mengejutkan kerana ramai memahami tuntutan ekonomi sekarang yang begitu mendesak mungkin membuatkan banyak pasangan tidak panjang jodoh. Adalah menyedihkan apabila faktor kewangan menjadi punca utama berlakunya penceraian, namun itulah hakikat yang harus ditempuhi. Hal ini membawa perdebatan dalam kalangan warganet bahawa wajarkah pernikahan pada usia muda dibenarkan jika mereka sendiri tidak mampu mengendalikan masalah sebegini? Bagi segelintir warganet, mereka percaya bahawa duit memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan, lebih-lebih lagi dalam rumah tangga. Namun, apabila tidak cukup duit, ini yang menyebabkan pergaduhan sehingga berlakunya penceraian. Jadi, tidaklah menghairankan jika masalah kewangan adalah punca utama tiadanya persefahaman antara suami isteri. Manakala gangguan orang ketiga berada di tempat kedua dan penderaan fizikal dan mental pula di tempat ketiga. Masalah-masalah ini bagaikan berterusan kerana kurangnya ilmu dalam kalangan suami isteri itu sendiri. Jadi, cerita mengenai gangguan orang ketiga yang sentiasa dimomokkan oleh media sosial adalah benar cuma tidaklah seberat masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan pasangan muda. Cuma, mungkin ia tidak diwar-warkan hingga perlu dibincangkan di akar umbi. Apabila penceraian berlaku, yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang kebanyakannya berusia di bawah 12 tahun, masih terlalu kecil untuk kehilangan peranan ayah atau ibu dalam sebuah institusi kekeluargaan Justeru itu, kita perlu bersama-sama memikirkan alternatif untuk mengelakkan dari berlakunya 'tragedi' ini. Nampaknya kursus perkahwinan tidak begitu cukup untuk memberi ilmu kepada mereka. Jadi, apa cadangan anda? - CARI |
white_musk: Bukan sebab tak solat ke
fliphair8 replied at 8-8-2019 02:21 PM
chaiyok oghang peghok, tak bercerai berai kome ye tahun 2017. non muslim tu mesti sebab toke2 amik m ...
Boomibulat replied at 8-8-2019 02:34 PM
Btl ke xde satu pasangan pn bercerai tu?
CiliPadiSedap replied at 8-8-2019 02:38 PM
Statistik is fact atau bahasa melayu fakta atau bahasa bugisa mak kau hijau
So yang cakap kahwin ...
ADVERTISEMENT