Bagi peminat haiwan, kes-kes kebajikan haiwan ini sangat menyentuh perasaan. Apa tidaknya, kita bela elok-elok, bila diserahkan kepada pihak tertentu untuk jaga, ada yang tidak buat kerja sampai mati haiwan kesayangan itu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter mendedahkan kes "scam" penjagaan kucing. Pemilik "Pusat Jagaan Kucing" ini adalah orang sama yang memiliki "Omiey Home". Bagi yang tidak tahu, Omiey Home ini pernah dihukum mahkamah kerana menganiaya 17 ekor kucing, 4 daripadanya mati. Si Omiey Home itu kini menjenamakan diri mereka sebagai "Pusat Jagaan Kucing". Mereka berjanji akan "rehome" atau mencari pemilik baru kepada kucing anda dengan bayaran antara RM50-RM 100 seekor. Tamaknya mereka sampai sanggup lancar kutipan dana konon-kononnya untuk vaksin dan rawatan kucing itu. Apa lagi memang kena kecam la! Kitafund, platform dana itu sudah membuat keputusan tidak menyerahkan kutipan kepada Omiey Home, sebaliknya terus kepada pusat rawatan veterinar. Jadi, sesiapa yang berhasrat menggunakan khidmat mereka ini hati-hati ya. Baik terus pergi ke pusat jagaan kucing yang lebih sah dan pemiliknya tiada rekod aniaya haiwan. - CARI |
sarah82 replied at 15-8-2019 03:47 PM
Hari tu aku tgk byk ig pencinta haiwan pakat bash ttg depa ni
Mfzg89 replied at 15-8-2019 03:55 PM
kasi hapus puak camni kurung dlm penjara jgn bagi makan pastu suntik vaksin merkuri..baru depa tau ...
clarizsa replied at 15-8-2019 08:02 PM
Mcm bodoh je bayar utk bagi meow kt org
Selalunya org byr utk amik meow
blue_glacia replied at 15-8-2019 04:24 PM
Boleh google je nama owner Norhazlin Ibrahim
ADVERTISEMENT