“Kita tidak buat janji melainkan janji itu boleh ditunaikan." Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan enggan dirinya dianggap munafik kerana berjanji perkara yang jelas tidak mampu dilaksanakan semata-mata demi kuasa.
Memetik UMNO Online, Najib menjelaskan Barisan Nasional (BN) tidak menawarkan janji manis sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kerana berpaksikan kepada apa yang boleh dilaksanakan sepenuhnya oleh parti itu. "Saya tidak sanggup dituduh sebagai munafik. Kalau kita berjanji dan tidak menunaikannya, cakap bohong dan kalau buat kerja dengan tidak amanah itu orang munafik.
“Kalau saya tahu, saya boleh janji lebih daripada mereka. Saya boleh janji harga minyak RM1.00. Ada orang cakap ‘bodoh,’ Datuk Najib. Patut buat macam-macam janji dulu. "Tetapi saya berbalik kepada prinsip saya tidak sanggup orang kata saya munafik. Saya tidak sanggup menanggung dosa nanti. "Sebab itu kalau kita buat janji kita kena pastikan 100 peratus kita boleh tunaikan. Kalau kita buat janji orang muda, misalnya penyediaan dua juta peluang pekerjaan memang dalam tempoh masa tertentu kita akan wujudkan dua juta pekerjaan,” ujarnya. Najib berkata demikian pada program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Hard Truth: Cash Is King’ pada Rabu. “Apa yang mereka kutuk selama ini hakikatnya BN jauh lebih baik dasar-dasarnya berbanding kerajaan skarang. Sekarang ini semua mengeluh dan sekarang terkesan,” katanya. - CARI
|
silencekiller replied at 9-8-2019 10:19 AM
Salah satu tanda-tanda orang munafik = Apabila berjanji mereka mungkir .. simple jaa nak paham tak ...
Buritan replied at 9-8-2019 11:10 AM
Kann.. masa aku tengok janji ph nii.. aku rasa mcm mustahil bin mushkil jah.. tp dah org caye aku ...
silencekiller replied at 9-8-2019 01:06 PM
Aku pun tak paham... cakap orang2 Malaysia terutama dok bandar2 ni bijak pandai.. tapi buleh senan ...
silencekiller replied at 9-8-2019 02:19 AM
Salah satu tanda-tanda orang munafik = Apabila berjanji mereka mungkir .. simple jaa nak paham tak ...
gigahertz replied at 10-8-2019 12:05 AM
aku masih teringat kata abang man dulu . Ucapan ni di ucap tahun 2014 masa tu aku x paham sangat p ...
natrahn replied at 10-8-2019 01:34 PM
jadi Najib pun boleh kata apa saja sebab dia dah tak memerintah kan... Rakyat marhaen macam kita n ...
gigahertz replied at 10-8-2019 09:50 PM
Atleast zaman najib ada la brim.ke apa ke diaa beri.
walaupun i anti najib dan i tak amik brim ta ...
cik_chili replied at 9-8-2019 02:18 PM
PM online ni ..... x abih2 lg....dok dendiam dah ler....jumpa dkt brg dlm rumah beratus juta pun ada ...
dodolgemok replied at 9-8-2019 02:22 PM
Babi ke apa najib ni? Lupa ke janji Pru13 dulu? Dh tunai ke sial? Dasar penyangak sial.
ADVERTISEMENT