Jemaah haji yang pergi menunaikan haji tidak melalui kuota Tabung Haji lazimnya menggunakan Visa Furada untuk ke Tanah Suci tanpa menunggu giliran. Penggunaan Visa Furada yang dikeluarkan terus oleh pihak kedutaan Arab Saudi kepada agensi pengurusan haji menyebabkan masalah pengesahan visa timbul akibat terdapat agensi pengurusan haji yang tidak bertanggungjawab mungkin telah membawa jemaah melebihi kuota visa yang dibenarkan pihak kedutaan Arab Saudi. Masalah visa tidak sah dan tidak boleh digunakan ini sekali gus memaksa jemaah untuk pulang semula ke tanah air walaupun telah membayar puluhan ribu ringgit untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.
Seorang pengguna di twitter, saudara Faisal Rahim telah berkongsikan mengenai Visa Furada yang sering digunakan ramai untuk pergi menunaikan haji setiap tahun. Ramai yang berjaya pergi tanpa sebarang masalah dan ada jua yang kandas. Tetapi, masalah yang berlaku lazimnya berpunca akibat penggunaan Visa Furada dan setakat ini tiada lagi masalah yang datang dari visa Tabung Haji. Menurut Faisal lagi, penggunaan Visa Furada ini adalah satu risiko. Menurut Faisal lagi sebaik tiba di Mekah, jemaah lazimnya ditipu lagi. Visa Furada - apa yang perlu anda tahu...
Penulis kongsikan tips dari pengguna twitter flymeaway @ejatayub - Tips untuk pergi Haji dengan Kuota Tabung Haji tanpa perlu menunggu giliran.
Tip ini berkesan untuk mereka yang -
1. Daftar tabung haji sebelum tahun 2014
2. Dalam akaun TH ada duit paling kurang rm15k (atau bayaran haji tahun semasa)
Caranya -
1. Buat rayuan dengan pihak TH untuk tunaikan haji pada tahun tersebut.
2. Cari Travel Agencies yang mendapat lesen PJH (Pengelola Jemaah Haji).
3. Sertakan surat rayuan/surat respon dari TH tersebut kepada PJH pilihan anda.
4. Pilih pakej yang telah ditawarkan.
Semoga bermanfaat. - CARI |
kualibesi replied at 9-8-2019 11:32 AM
tu lah, wany hasrita tu kte dpt invitation raja salman, entah betul ke tidak. maybe bawah visa furad ...
natrahn replied at 9-8-2019 11:36 AM
Visa furada ni kuota raja salman.. tapi still ada kuota..yang kena tipu ni pihak sebelah sana la p ...
kualibesi replied at 9-8-2019 11:44 AM
duit byk kn, ap de hal. hehehehe. rmi je artis p bawah kuota tu
natrahn replied at 9-8-2019 11:57 AM
kan..mmg visa furada ni utk orang have have..cuma bila ada tahee yang ambil kesempatan satu pengan ...
annehuda replied at 9-8-2019 01:22 PM
sbnrnye pd pendpt aku bukannye taknak ikut giliran tabung haji, tp giliran tabung haji ni pun merapu ...
natrahn replied at 9-8-2019 04:08 PM
tu la kalau tak silap saya TH sekarang dah tak bagi dah orang yang dah pernah pergi menunaikan haj ...
annehuda replied at 9-8-2019 04:46 PM
mmg paham yg part taknak kasik visa 2 kali, tp yg aku tekankan mcm mane giliran tu diberi. ape TH ...
ADVERTISEMENT