Kaya tidak semestinya mampu miliki segala-galanya. Apatah lagi jika ia membabitkan soal ketentuan Yang Maha Esa. Jadi, bertanyakan soal anak kepada pasangan yang sudah lama berkahwin, dianggap tidak relevan masa kini. Sibuk campur tangan hal orang lain dengan anggapan orang itu tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata bukan sahaja melukakan penerimanya. Malahan menunjukkan sisi penyoal yang berasa dirinya terlalu baik dengan alasan 'menolong'. Ia terjadi kepada seorang pengusaha produk rambut yang menggunakan nama Datin Inaz di Instagram ketika menerima soalan berbunyi "Kenapa Inaz mandul, duit banyak usahalah sikit."
Soalan tersebut membuatkan Inaz mengalirkan air mata dan tidak mampu berkata apa-apa. Hal ini membuatkan ramai warganet berasa berang dengan pertanyaan sensitif itu. Apa perlunya bertanya soalan yang hanya tuhan sahaja mampu menjawabnya? Kenapa perlu berlagak seperti tahu segala-galanya? Kenapa soalan itu ditanyakan oleh orang asing? Jika dari orang yang dikenali sekalipun, perlukah ia ditanyakan? Apakah tiada langsung rasa untuk berhusnuzon tentang usaha yang telah dilakukan oleh pasangan sebegini untuk mendapatkan anak? Jika mereka kaya sekalipun, apakah hak makcik bawang untuk mempersoalkan ke mana duit itu pergi? Itu antara pertanyaan daripada warganet kepada pemberi soalan tersebut. Akhirnya Inaz menjawab di status terbaharunya bahawa soal mandul bukan boleh dibuat main lalu memberikan sedikit nasihat kepada wanita tersebut. Antara tulisannya ialah jangan lukakan hati orang lain walaupun sekadar menulis di media sosial sahaja. Apabila dibuat pencarian terhadap nama wanita tersebut, tidak pula ditemui, mungkin sudah menukar namanya atau hilang dari radar. Rata-rata warganet meluahkan kekecewan terhadap sikap wanita itu yang dianggap mentaliti kelas ketiga. Apakah perlu setiap pasangan yang belum mempunyai anak mewar-warkan usaha mereka kepada khalayak semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak ini? Tidak semua orang nasibnya serupa. Jadi, sebagai insan yang dikurniakan kelebihan dan rezeki anak, usahlah memandai-mandai memberi nasihat jika tidak diminta. Setiap orang mempunyai sempadannya sendiri. Manakala bagi mereka yang sedang berusaha mendapatkan anak, tawakal lah, mungkin tidak lama rezeki anda pula. - CARI |
LadyCarefree replied at 9-8-2019 04:45 PM
Dah dia yng buka peluang malah jemput orng tanya apa saja. Lg pon dia xperlu layan. Apatah lg siap n ...
dess402 replied at 9-8-2019 04:59 PM
cer try isap ganja . ikut kajian ia dapat meningkatkan lesuburan . memang la rezeki tu ketentua ...
ADVERTISEMENT