Najis dadah jika dibiarkan melarat sudah tentu akan membuatkan seseorang ketagihan. Seorang penagih dadah selalunya sukar benar hendak pulih, kebanyakan mereka akan terus menagih sampai akhir hayat.
Tetapi, seorang lelaki menceritakan pengalamannya sembuh daripada ketagihan dadah paling berbahaya, heroin, dengan menggantikannya dengan meminum air ketum. The Malaysian Insight melaporkan kisah Mohd Saad, 65, yang mesra dikenali sebagai Pak Lang yang ketagihan heroin selama 40 tahun akhirnya sembuh selepas mengamalkan minum air ketum. "Malu nak cerita, tapi itulah hakikatnya. Selama 40 tahun saya terlibat dengan dadah jenis heroin. "Keluar masuk pusat serenti dan penjara itu biasa bagi saya. Kalau nak kira, hampir 20 kali saya sudah keluar masuk penjara dan pusat serenti," katanya. Seriusnya ketagihan dihadapinya menyebabkan pusat serenti tidak lagi menerimanya kerana faktor usia. Disebabkan itu, dia mula meminum air ketum untuk "mengubati" ketagihannya dan akhirnya selepas 10 tahun dia kini tidak lagi ketagih heroin. "Bila kena (minum air) ketum, dadah tak ingat lagi dah. Ketum ini untuk perubatan. Bila berhenti ambil dadah, sakit sana, sakit sini, rasa gian. Tetapi apabila ambil ketum tidak ada masalah," katanya. Pak Lang kini bekerja sebagai bilal di kampungnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan bergiat aktif dalam Persatuan Pecinta Herba Pulau Pinang yang giat menjalankan kajian ke atas ketum sebagai ubat ketagihan dadah. Persatuan itu juga menjalankan kajian dengan Universiti Sains Malaysia untuk mengesahkan keberkesanan ketum menjadi ubat ketagihan dadah. Menurut Pengerusi Persatuan Abdul Halim Iberahim yang terlibat dalam proses merawat Pak Lang sejak enam tahun lalu, ketum diberikan mengikut dos tertentu dalam proses pemulihan. Persatuan itu juga menjalankan kerjasama dengan USM untuk membuktikan ketum berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Menurut Abdul Halim lagi, ketum yang digunakan mereka tidak dicampur bahan kimia lain sebaliknya hanyalah daun ketum dan air panas sahaja. "Kita tak galakkan ketum dicampur sebarang bahan lain, kecuali ketum dan air panas sahaja. "Nama ketum tercemar akibat salah guna. Kerajaan patut kawal penggunaan ketum, dan cara penanaman, jadi itu satu langkah yang baik," katanya. Akhirnya, ada jalan untuk penagih dadah sembuh. Yerlah, ketagihan dadah ini kalau sudah bermula memang sukar dikawal. Sekurang-kurangnya mereka ada alternatif lain untuk sembuh. - CARI |
Kurex replied at 4-9-2019 04:15 PM
Kalau dekat fb, ramai yg sokong penggunaan ketum..
sarah82: Kat siam sana nun.. Depa dah import ekstrak daun ketum utk rawatan alternatif kanser.
Kurex replied at 4-9-2019 05:24 PM
Tapi orang kita ni, terlalu kreatif sampai kadikan ketum tu bahaya la @sarah82
sarah82 replied at 4-9-2019 04:43 PM
Kat siam sana nun.. Depa dah import ekstrak daun ketum utk rawatan alternatif kanser.
najib888 replied at 4-9-2019 06:39 PM
Tapi, kalau kantoi ketum kat sana teruk wei.. lagu kantoi dadah, ganja or syabu kot
sarah82 replied at 4-9-2019 06:56 PM
Yg tu tak pasti.. Tapi pakcik siam aku pernah tunjuk gambar produk dari ketum.. Depa jual ke usa d ...
Eric.n9 replied at 4-9-2019 09:44 PM
Mmg ada. dia buat dlm bentuk capsul... klu nama botol tu ada kratom, mmg ketum la jawabnya.
sarah82 replied at 4-9-2019 09:58 PM
Yg aku tgk dlm botol mcm cecair.. Ala2 minyak pati weed.
Eric.n9 replied at 4-9-2019 09:41 PM
Klu tak silap lah dulu2 mmg mcm tu diaorg minum ketum/biak ni(air panas+2 3 lai daun ketum) secawan ...
ADVERTISEMENT