Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menafikan beliau memberi kenyataan kepada Malaysiakini berhubung pendirian tidak bersetuju dengan pengajaran tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Memetik laporan Malaysiakini pada 12 Ogos, perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Alan Kirupakaran berikutan penyiaran artikel dalam bahasa Inggeris bertajuk 'Waytha disagrees with khat lessons in Tamil Schools.' Alan mendakwa, laporan itu palsu dan berniat jahat serta meminta Malaysiakini memohon maaf secara terbuka serta menarik balik artikel tersebut kerana Waytha Moorthy tidak memberi kenyataan sedemikian dan tidak bercakap dengan Malaysiakini atau wartawannya. "Sekiranya gagal berbuat demikian dalam masa 24 jam, menteri berhak untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang ada," katanya.
Namun, Malaysiakini menjelaskan, kenyataan akhbar Waytha Moorthy dihantar melalui e-mel oleh pembantunya kepada portal berkenaan pada pukul 4.42 petang, 11 Ogos. Individu yang dikenali sebagai Nakkeeran itu dikatakan berkhidmat di pejabat Waytha Moorthy dan mengendalikan urusan komunikasi dengan akhbar berbahasa lain serta agensi-agensi media lain termasuk Malaysiakini. Malaysiakini menegaskan, semakan terhadap kenyataan Waytha Moorthy yang juga Presiden Malaysian Advancement Party (MAP) dengan wawancara yang disiarkan dalam program berita Bernama Tamil adalah sama dengan yang disiarkan oleh pihaknya. Malah, Malaysiakini turut menyiarkan kandungan e-mel tersebut serta terjemahannya dalam bahasa Melayu. Agaknya, memang sudah menjadi amalan dalam kalangan ahli politik pada masa ini untuk menuduh media tersalah lapor setiap kali mereka terlepas cakap ketika memberi kenyataan. - CARI
|
umm4amr replied at 15-8-2019 01:27 PM
tu lah... bijak sungguh nenek moyang kita dulu cipta peribahasa. Memang kena sungguh...
"kalau jump ...
Modngengade replied at 15-8-2019 01:29 PM
pariah dan putar alam, bagai aur dgn tebing kan
kopokleko replied at 15-8-2019 01:44 PM
Peribahasa Melayu " Kalau jumpa Pyropura & maideen dengan Ular, Katok mereka dulu"
Modngengade replied at 15-8-2019 03:35 PM
hahaha....dgr cerita @dodolgemok pun satu kapal
Modngengade replied at 15-8-2019 03:35 PM
hahaha....dgr cerita @dodolgemok pun satu kapal
ADVERTISEMENT