CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Isu Tulisan Khat: Bront Palarae Kecam Dong Zong Kerana Ancam Keharmonian Negara

13-8-2019 10:38 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6167| Komen: 21|Original author: Oleh: Hafiz Ahmad

Baru-baru ini, tular apabila Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) membuat petisyen untuk membatalkan sukatan pelajaran seni khat di sekolah-sekolah vernakular. 

Isu ini mendapat reaksi seluruh rakyat Malaysia dan turut tidak terlepas, Bront Palarae.





Semuanya bermula apabila Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperkenalkan enam muka surat baharu pelajaran khat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 bermula tahun hadapan. 

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan dan mengekalkan seni khat kepada generasi muda agar tidak lupus dimamah zaman.

Namun, usul Kementerian Pendidikan ini mendapat tentangan keras daripada Dong Zong yang beranggapan pengenalan pelajaran seni khat ini adalah tidak patut diterima dan melanggar Artikel 12(3) Perlembagaan Persekutuan. 


Tambah Dong Zong lagi, tiada siapa patut terlibat atau mengambil bahagian dalam acara atau pelajaran yang melibatkan agama lain.


Sumber Gambar: Malaysian Insight

Tindakan kontroversi Dong Zong mendapat perhatian Bront Palarae yang tidak bersetuju dengan tindakan persatuan ini yang mampu untuk mengancam perpaduan negara Malaysia.


Sumber Gambar: IG Bront Palarae

"Takde siapa nak buat petisyen 'Haramkan Dong Zong: Organisasi Yang Mengancam Keharmonian Negara' ke?"



Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa rancangan ini akan dikaji semula dan buat masa sekarang, kementerian itu telah mengurangkan pelajaran khat kepada tiga muka surat dan menjadikan pelajaran ini sebagai satu pilihan buat pelajar.

Setuju dengan Bront? - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kopiah 13-8-2019 11:12 AM
setakat jawi ...khat...leh buat org keluar hindu..budha ke...adoi...baik ko tukar terus nm msia ni senang...berebutkan sgt
Quote idea77 13-8-2019 11:24 AM
Ramai yang keliru antara budaya dan agama. Khat dan jawi bukan nak meng’arab’kan orang melayu. Jawi dah berkurun2 dalam kehidupan orang tanah melayu...buku dulu2 pun tulisanya dalam jawi.

Orang malaysia skg ni baca jawi pun dah tak pandai. Apa lagi nak tulis. Duk sibuk nak meng’korea’kan diri...

Yg sedih..suratkhabar jawi langsung dah takda skg ni. Apala susah sgt..belajar seni khat 3 muka surat pun nak bising..duk tengok cerita korea ribu2 episod takda kecoh pula. Restaurant korea pun bersepah dah di malaysia. Belum masuk fashion lagi..

Ingat jawi tu budaya kita. Seni melayu kita.

    ...     ...   ..
Quote shahreen 13-8-2019 11:29 AM
Bront tak takut kena kecam or banned ke
Quote biozipstar 13-8-2019 11:49 AM
patutnya kite boleh belajar jugak seni tulisan cina di sekolah
Quote rosannazmia 13-8-2019 01:43 PM
Ok je belaja khat, adooiiii tu pon kecoh.. Sikit2 lah kenal kan khat kat sjkc n t dulu, pehtu sk lak bljar seni tulisan cina.. Meols stuju sebab itu SENI.. N baru lah betul2 Multicultural.. Tupon nak jd isu. Lepas tu politik kan tambah kan kebencian.. Hopefully setel kan cpt2 sblm jd membuak2.. Pepepun meols #teambront
Quote mohdcrow 13-8-2019 02:04 PM
La..ingatkan bijak...lupa rupanya pelakon jer, tak perlu bijak nak jadi pelakon
Quote pakderis 13-8-2019 02:04 PM
sebab mereka tidak pun belajar dan mengambil sejarah tanah melayu ni as a basic utk kenal siapa mereka asalnya....pergi sekolah jenis belajar ke sejarah???? bahasa malaysia pun tak boleh di tuturkan, lepas tu claim MALAYSIAN...dan sekarang situasi kaduk nak naik junjung sangat jelas.
Quote Esel768 13-8-2019 03:19 PM
Aduhhhhh.. Tak trpesong la akidah korg tu kalau setakat belajar khat tu je
Quote ReginaGeorge 13-8-2019 03:41 PM
Ada dalami sejarah mesia ke dik ke tak at form 5 jer?
Quote fliphair8 13-8-2019 03:47 PM
#teambront jua. hantar balik puak prc dan tamil nadu ni kalau tak mahu berasimilasi.
Quote cascutes 13-8-2019 04:53 PM
Khat tu seni... Bukan blaja khat tu terus jd Islam... Zaman dlu Ada je cina fasih baca jawi, xde plak masuk Islam ... Bila takut mende yg ko tak tahu...  khat je bukan Minta ko khatan  hawauuu & ramai jugak org melayu yg sinonimnye beragama Islam yg X tahu jawi.... tp tetap Islam
Quote Victorioussss 13-8-2019 06:52 PM
Asdan: khat seni arab, identiti arab, kita bukan arab, cakap arab pun tak tahu, jika jadikan identiti arab sebagai idenditi kita, tak original, fake, betul t ...


So kau identiti mana?
Quote msdummy.2018 13-8-2019 11:22 PM
Makin lama makin ke laut mazlee ni.. Tulisan khat pun nak kena kaji gak?
Quote annadonna 13-8-2019 11:40 PM
Apa bendalah
     
Quote beatgirlX 13-8-2019 11:43 PM
#teambront
Quote awanearisu 14-8-2019 12:35 AM
#brontforpm
Quote katibism 14-8-2019 05:24 PM
Nape ek.. tak kira sape/warna kulit dsb.. bila jadi opposition ataupun skong opposition je nampa "cool"??

Pembangkang yg dulu cool nmpk bagus tapi bila jadi Menteri/dlm kabinet nmpk mcm tak perform pun..
Quote luluaurora 15-8-2019 11:11 AM
Sekadar tulisan khat & jawi
Triggered sgt depa niii haihhh
Quote namieamuro 15-8-2019 11:15 AM
khat je..untong2 nti deme bole wat niage kan ape yg seram sgt dgn khat..


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041697 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top