CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Shaheizy Sam Kini Makin Kurus Kerana 20 Days Challenge, Peminat Tuduh Upload Gambar Lama

14-8-2019 12:40 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7017| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Di negara barat, ramai pelakon sanggup menurunkan berat badan demi watak. Antara yang paling diingati adalah Tom Hanks untuk watak terdampar di pulau dalam filem Castaway, Christian Bale untuk watak pesakit insomnia dalam filem The Machinist, dan Matthew McConaughey sebagai pesakit HIV dalam Dallas Buyers Club. 


Kredit foto: pksbaseline



Yang perempuan pun tidak kurangnya. Natalie Portman terpaksa turunkan 10 kg untuk watak penari ballet dalam filem Black Swan, Lily Collins sebagai pesakit anoreksia dalam To The Bone, dan Anne Hathaway  kurus mencengkung demi watak pelacur dalam Les Miserables.

Kredit foto: reddit


Di Malaysia, antara artis yang pernah menurunkan berat badan untuk filem ialah Afdlin Shauki. Bagaimanapun, beliau mengakui tujuan utama beliau menurunkan berat badan ialah demi kesihatan. Bagaimanapun, berat beliau kembali naik beberapa tahun kemudian. 

Ramai di antara mereka yang berjaya mengekalkan berat badan ideal seperti penyanyi Aizat Amdan dan Chef Zam. Ada pula yang masih berjuang seperti penyanyi Aisyah (dengan bantuan pembedahan) dan pelawak Harith Iskander (dengan bantuan gym). 


Kredit foto: mStar


Pelakon sasa, Shaheizy Sam mengejutkan ramai peminat apabila beliau mengalami kenaikan berat badan yang mendadak pada awal tahun ini. Badannya yang dahulunya padat dengan otot berketak-ketak dalam siri Polis Evo 1 dan 2 kini sudah boroi dan sendat. Ramai membuat spekulasi bahawa kenaikan berat badan beliau disebabkan sibuk menjadi bapa dengan melayan karenah anak-anaknya.



Kredit foto: Instagram



Bagaimanapun, oleh kerana sekual Polis Evo 3 bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi, bulan Julai lalu, Shaheizy Sam telah memulakan 20 Days Challenge untuk mendapatkan semula berat badannya dah turun berat badan. Dalam gambar terkini, beliau dikatakan sudah muat memakai seluar lamanya tidak sampai sebulan melakukan cabaran!


Kredit foto: Instagram


Bagaimanapun, ada juga yang sangsi dengan gambar tersebut dan membuat spekulasi beliau memuatnaik gambar lama. Malahan ada yang menuduh beliau mengamalkan diet bahaya dan menggunakan suplemen haram secara sembunyi kerana terdesak kurus demi watak.


Kredit foto: Instagram

kredit foto: Instagram


Persoalannya, perlukah artis tempatan menyeksa diri untuk watak? Sejauh manakah penurunan berat badan yang drastik akan bertahan? Adakah 20 Days Challenge membahayakan kesihatan? Perlukah menurunkan berat badan dengan bantuan pembedahan atau cukup dengan diet dan senaman? - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wordlife 14-8-2019 12:43 PM
ya ampun perangai masing2
Quote mieymiey 14-8-2019 01:02 PM
Esok lusa ada la tu dia promote ubat kurus.
Quote Kurex 14-8-2019 01:20 PM
Untuk promote kot.. Semoga dapat............... Sam.. Hahahaha
Quote biozipstar 14-8-2019 01:25 PM
jangan kata jual ubat kurus tau... x purcaya
Quote Sang_Pencinta 14-8-2019 01:29 PM
mieymiey replied at 14-8-2019 01:02 PM
Esok lusa ada la tu dia promote ubat kurus.

Mesti adalah tu
Ada sorang dengan nama Atkins Diet juga rajin bersoal jawap di sana
Quote Mfzg89 14-8-2019 01:30 PM
get ready semua.. produk timbang terbaru zat terbaik dari sejagat raya akan muncul...
Quote Sang_Pencinta 14-8-2019 01:32 PM
Lepas ni jadi tauke produk timbang kilo??
Quote ainashiqa 14-8-2019 01:37 PM
aku rasa lepas ni dia jadi tokey ubat kurus..haha
Quote Sang_Pencinta 14-8-2019 02:02 PM
Dia pakai ubat apa kurus cepat macam ni?
Quote fliphair8 14-8-2019 03:20 PM
tetap katek! next
Quote lifeline 14-8-2019 03:45 PM
aku pon baru je tgk2 dua tiga hari lepas
apa cepat sgt dia kurus eh?
tp yela dia gemok tang perut je
tu pon dlm gmbar semua gmbar boncit tu dia kembongkan lagi perut bagi nmpak lgi efek buncit tu

kalo dia kluar  kan product kurus pastu yg beli tu tak tau la ckp apa..bebal la kot..starlight ke muka tu
dah sah2 sam ni duk promote eat clean kt ig tu

tak pon spekuan aku dia nak buat program diet lak pasni
so sapa nak join prgoram bwh di bayar la 1k gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote diggerr 14-8-2019 03:53 PM
Nak release produk kee
Quote chinta89 14-8-2019 03:58 PM
korang ni bukan produk kurus la diorang akan keluarkan.

produk utk badan six pax.
Quote Sang_Pencinta 14-8-2019 04:03 PM
Dia gemuk tang perut je kan?

Also selama ni aku tengok dia ambil gambar selalu kembungkan perut dengan sengaja
Quote Sang_Pencinta 15-8-2019 06:42 PM
lifeline replied at 14-8-2019 03:45 PM
aku pon baru je tgk2 dua tiga hari lepas
apa cepat sgt dia kurus eh?
tp yela dia gemok tang perut  ...

Adakah gemuk dirancang sebab nak keluar produk??

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.235686 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top