CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik! Remaja Perempuan Selamba Kencing Dalam Kedai Dobi, Dah Tak Tahan Ke Dik?

13-8-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 26393| Komen: 81|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang pengusaha kedai dobi, Mat Nasir Baba, 65, hairan melihat tompokan air bertakung di lantai kedainya. 

Tompokan itu berbau hancing seperti air kencing, jadi beliau memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedainya dan terkejut apabila melihat seorang remaja wanita selamba kencing di dalam kedainya.



Kredit foto: NST

Menurut laporan NST Online, kejadian berlaku pada 6 Ogos lepas. 

'Seperti biasa, saya ke kedai dobi awal pagi dan mendapati ada tompokan air di lantai. Saya terkejut apabila melihat di CCTV, seorang remaja perempuan membuang air kecil dalam kedai saya,' kata Mat Nasir Baba kepada wartawan.


Kredit foto: NST

Menurutnya, dia tidak menyangka remaja itu sanggup kencing dalam kedai sedangkan ada dua restoran yang mempunyai tandas terletak bersebelahan dengan kedai ini dobi.


Kredit foto: NST

Menurut Mat Nasir lagi, beliau kemudian terserempak dengan remaja perempuan itu merayau-rayau di dalam kedainya beberapa hari kemudian dengan seorang teman lelaki, lalu beliau memutuskan untuk memberikannya amaran.

'Remaja itu menafikan tetapi terus berdiam diri selepas saya tunjukkan bukti CCTV,' katanya lagi. 


Kredit foto: NST

Mat Nasir bagaimanapun, belum memutuskan untuk mengambil apa-apa tindakan perundangan terhadap remaja terbabit.




Kelakuan remaja itu mendapat kecaman ramai netizen. Ada yang mengatakannya tindakan biadab, ada pula yang tidak faham kenapa remaja itu sanggup melakukan perbuatan tersebut.


Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

Yang pastinya, kata netizen, ini adalah amaran untuk sentiasa menjaga adab, apa lagi di tempat awam kerana sentiasa ada mata-mata (CCTV) yang merakam kelakuan anda. - CARI
1

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 13-8-2019 10:48 AM
dh seluar x buka, confirm hancing
Quote Sang_Pencinta 13-8-2019 10:50 AM
Tak malu ke?
Quote Levespa 13-8-2019 10:50 AM
confirm ada something wrong ngan budak ni.. kalau org normal takkan la mcm ni
Quote jofizo 13-8-2019 10:51 AM
seluaq pun x buka ka........
Quote delsmomm 13-8-2019 10:51 AM
euwwww....
Quote nuryakmal 13-8-2019 11:01 AM
tapi pants tak bukak pun? ke kencing direct tak bukak pants?
Quote kualibesi 13-8-2019 11:06 AM
ad bf uolls. xkn la xbetul. xmalu bf nye
Quote azimodin 13-8-2019 11:13 AM
ada masalah mental agaknya. secara logik, kejadah gadis tu nak kencing merata at that age. malu kot.
Quote VirusDetected 13-8-2019 11:13 AM
bongok + pengotor
Quote awanysss 13-8-2019 11:14 AM
mental kot.. ke jenis suka bereksperimen
Quote ainashiqa 13-8-2019 11:16 AM
Aaku rasa something wrong somewhere.. Girl ni tak kan kencing x bukak seluar
Quote susukambingbest 13-8-2019 11:18 AM
Yg komen baju xsama tu. Itu hari lain. Tuan kedai nk tnjuk budk tu ada bf wlaupun kncing merata. Agknya jnis suar mndi kolam tu kot. Jnis cepat kering. Msti hncing. Renjis kaki da mcm anjing ko dik. Dak ni ada mntal prblem ni
Quote roti_banjir 13-8-2019 11:20 AM

https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D1


Bila Tun M kata jgn tumpukan ibadah jer, ajar nilai moral juga penting, ramai ler yg kaitkan kata Tun nyer family sendiri tak cukup Islamik bagai…..

ini adalah contoh nyata terang lagi bersuluh, pakai tudung, menutup aurat (katanya lar) tapi pi kencing kat kedai dobi tuh, dah kenapa??????

untuk yg masih tak purcaya sbb Budak nih tak bukak seluar masa kencing, sebabnya kawasan dobi tuh agak terbuka. setakat cangkung dan kencing, org yg lalu lang tak perasan sgt, tapi klu dia bukak seluar dan kencing, memang menarik perhatian org lar jawabnya…… takyah nak pertikaikan dan back up Budak tuh sangat, klu dia tak buat, kenapa tak leh nak jawab bila owner tunjuk rakaman CCTV???


adakah sebab dia menutup aurat, maka kencing bersepah tempat org dimaafkan????
Quote bellaa 13-8-2019 11:23 AM
hancing nyaa
Quote prettyuglybabe 13-8-2019 11:23 AM
seluar dia ada lobang ke kat tengah boleh kencing tak payah buka seluar?
Quote prettyuglybabe 13-8-2019 11:24 AM
roti_banjir replied at 13-8-2019 11:20 AM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1170014&extra=page%3D1

celah mananya dia tutup aurat?dia takat tutup kepala je kot
Quote Cpkay 13-8-2019 11:26 AM
napa tak buka seluar ? aduhai.. pelik lah budak ni
Quote awanearisu 13-8-2019 11:27 AM
Ada juga ya macam adik ni yang tak sedar kedai dobi memang ada cctv. Walhal dah berulang kali kes pelik-pelik berkaitan dobi viral.
Quote zehra2 13-8-2019 11:28 AM
Mendadih ke.. khayal tak hengat

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039206 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top