Memalukan sahaja! Seorang pemandu bas mini di Kota Kinabalu didakwa mencabul pelancong wanita Jepun yang baru pulang dari mengunjungi sebuah masjid.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa, 40 tahun sebelum itu diminta duduk di bahagian depan penumpang. Suspek kemudiannya memegang bahagian sensitif dan memeluk wanita itu ketika melalui Bukit Bendera jam 2 petang. “Mangsa meronta-ronta cuba melepaskan diri, namun suspek terus mencabul mangsa,” kata ketua polis daerah Kota Kinabalu. Menurut ACP Habibi Majinji, suspek sekali lagi mencabul mangsa ketika dia memberhentikan bas di tepi jalan.
Mangsa kemudiannya ditinggalkan di Jalan Dewan di Kota Kinabalu. “Suspek kemudian meninggalkan mangsa sebelum mangsa meminta pertolongan orang awam untuk membuat laporan polis," katanya lagi. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. - CARI
|
ADVERTISEMENT