CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Jumpa Mayat Perempuan Kulit Putih, Keluarga Sah Ia Milik Nora Anne

14-8-2019 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3427| Komen: 31

Dikemaskini:

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort didiami keluarga gadis Ireland yang hilang pada 4 Ogos lalu, adalah milik Nora Anne Quoirin.


Beliau bercakap di sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban  pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital itu malam tadi, petik laporan Astro Awani. 

...................

Foto: Sinar Harian

Susulan kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin di Seremban, satu mayat ditemui dalam hutan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. 

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat itu. 


“Saya boleh sahkan penemuan satu mayat berdekatan Gunung Berembum. Lokasi itu sukar untuk dimasuki,” 
katanya. 

Terbaharu, pihak polis mengesahkan mayat yang ditemui merupakan perempuan berkulit putih dalam keadaan sempurna, hanya dua kilometer dari lokasi keluarga gadis tersebut menginap. 

Kredit foto: carian internet

"Ketika ini pasukan Forensik dan Jabatan Patologi sedang membuat pengesahan mayat itu milik Nora Anne Quoirin ataupun sebaliknya," katanya lagi. - CARI 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Cekla 15-8-2019 10:05 AM
ada baca ss dr fb kawan...ada bbrp kemusykilan..pertama, dah hampir 2 minggu hilang, tup2 jumpa mayat masih sempurna. 2) org syak ada penglibatan ahli keluarga sendiri atas kehilangan budak ni 3) dikaitkan dgn molest
Quote lily_downey 14-8-2019 08:11 PM
rosli_nurizzati: kalau baca twitter acik bawang kokesen, byk dok salahkan parents dia, sbb depa heran, pi bercuti, tapi masuk malaysia, asing2, pastu family dia kata a ...
Terpikir benda yg sama dr awal.Keluarga dia something fishy.
Quote kaklong32 14-8-2019 02:02 PM
takziah buat keluarga mangsa
Quote buapakperut 14-8-2019 11:54 AM
Tak berbaju mayatnya?
Quote Nuyak 14-8-2019 10:40 AM
Adakah dia terjatuh..ada kata dia excited nak pergi mandi air terjun..
Quote slipar_jepon 14-8-2019 10:36 AM
kesiannya... tp macam boleh jangka pengakhiran dia..
kejam sangat tu..i cannot brain
Quote cewekbopot 14-8-2019 10:17 AM
simpati pada keluarga mangsa..
Quote rosli_nurizzati 14-8-2019 09:44 AM
kalau baca twitter acik bawang kokesen, byk dok salahkan parents dia, sbb depa heran, pi bercuti, tapi masuk malaysia, asing2, pastu family dia kata anak depa kena culik, tapi depa share la gambaq dalam villa tu, tangga yang connect tgkat atas dan bawah jenis spiral dan kecik, mustahil orang boleh drag budak besar tu turun, dan tingkap buka dari dalam, takdak kesan pecah masuk.. pastu, depa la kata parents mary ni, tak bagi siblings mary ni bagi keterangan.. tu tak pasti mana depa dpt story tu.. ...
Quote kakmerah 14-8-2019 09:11 AM
kesian nyaa. tapi mayat nya masih sempurna. mungkin baru meninggal agak nya.
Quote kualibesi 14-8-2019 09:07 AM
xtahu knp guts rse ad pelaku nya, and die pun completely naked. polis pun ckp dorg pun xthu macam mne terlepas pandang kawasan tersebut, rse team sar da cari. we will see post mortem result. xsabar
Quote Cpkay 14-8-2019 08:54 AM
Takziah buat keluarga mangsa.
Quote msdummy.2018 13-8-2019 10:25 PM
Hrp2 pelaku cepat ditangkap...memalukan jer{:dot
Quote msdummy.2018 13-8-2019 10:12 PM
Hrp2 pelaku cepat ditangkap...memalukan jer{:dot
Quote Reyes187 13-8-2019 09:50 PM
Polis kata mayat ditemui tidak berpakaian dan kawasan ditemui tu dah dicover oleh pasukan sar sebelum ni.
Quote KakPahJ 13-8-2019 09:48 PM
Aku pun syak besar kemungkinan dia ni kena rogol dan bunuh. Then lepas beberapa hari baru kena campak dekat situ. Sebab kawan jumpa tu kawasan pencarian jugak sebelum penemuan
Quote potpetpotpet 13-8-2019 09:42 PM
Resort mana family ni stay actually?
Quote safriehalim 13-8-2019 09:19 PM
#AWANInews #AWANI745 [TERKINI] Ketua Polis N.S. sahkan mayat wanita berkulit putih ditemui adalah Nora Anne Quiorin, hasil pengecaman keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban https://t.co/ThQrLTZ31b
Quote DeNespha 13-8-2019 08:47 PM
Aku rase budak ni mangsa rogol dan bunuh.. Tapi tu lah.. Kene tgu post moterm..
Quote armin 13-8-2019 08:41 PM
Macam mana boleh sampai situ mayat dia? Susah nak masuk kawasan tu
Quote armin 13-8-2019 08:40 PM
Macam mana boleh sampai situ mayat dia? Susah nak masuk kawasan tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.168824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top