CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Anjing Naik Tren LRT, Ini Penjelasan Rapid Rail

15-8-2019 11:13 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9402| Komen: 47|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Seekor anjing dikesan menaiki tren LRT. Kredit foto: YouTube & carian Google


Kemunculan seekor anjing dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) baru-baru ini mengejutkan ramai penumpang serta mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen selepas rakaman video tentang insiden tersebut tular melalui media sosial.

Ramai netizen memberi reaksi yang agak emosional kerana mereka menyangka anjing itu dibawa masuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Reaksi netizen. Kredit foto: Facebook

Namun, seperti yang dijelaskan oleh Rapid Rail Sdn Bhd melalui kenyataan media dalam laman Facebook Rapid KL pada 13 Ogos, anjing liar itu memasuki Stesen LRT Miharja dengan sendiri.


Difahamkan, Stesen LRT Miharja merupakan stesen 'at-grade' di mana ia mungkin boleh diceroboh masuk oleh haiwan liar.

Stesen LRT Miharja. Kredit foto: Wikipedia

Seorang anggota polis bantuan Rapid Rail mengesan anjing liar itu sebaik sahaja ia menceroboh masuk platform tetapi haiwan tersebut dapat menaiki tren yang tiba di stesen berkenaan pada pukul 8.24 pagi.

"Anggota polis bantuan itu mengekori anjing tersebut dan memantaunya secara senyap sepanjang masa ia berada di dalam tren bagi mengelakkan panik dan kekecohan dalam kalangan penumpang kami.

"Memandangkan ia tidak menunjukkan tanda-tanda agresif, anggota polis bantuan berkenaan memutuskan untuk mengeluarkan anjing itu di Stesen LRT Pandan Jaya, iaitu sebuah lagi stesen 'at-grade', pada pukul 8.29 pagi," jelas Rapid Rail.

Ia kemudian ditangkap secara berperikemanusiaan dan dilepaskan di lokasi yang berada di jarak selamat dari stesen-stesen LRT.


Rapid Rail turut memohon maaf di atas insiden yang menimbulkan keadaan kurang selesa terhadap para penumpang serta akan meningkatkan kawalan dan rondaan bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.

Bijak juga anjing itu kerana tahu menaiki LRT secara bersendirian tanpa bantuan manusia. - CARI

7

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 15-8-2019 11:25 AM
Haiwan pn ada hak atas bumi ni..apa salahnya berkongsi kemudahan yg disediakan...dia pn nk gak merasa merantau..
Quote duri_durians 15-8-2019 11:38 AM
Mfzg89 replied at 15-8-2019 11:25 AM
Haiwan pn ada hak atas bumi ni..apa salahnya berkongsi kemudahan yg disediakan...dia pn nk gak meras ...

hahahahha
Quote duri_durians 15-8-2019 11:40 AM
asal anjing je mula la manusia ni nak menyalak.

taktau pun anjing tu anjing liar ke mmg ada orang bawak naik

yg penting kecam dulu, tuduh orang lain tak sensitif agama dulu
Quote ellZack 15-8-2019 11:44 AM
Oh. Anjing liar. Ingatkan pet. Kemain menggelupur masing masing memaki.
Quote SWORKS27 15-8-2019 11:46 AM
ok je anjing ni termasuk dlm lrt..dari manusia perangai yang macam anjing gila masuk lrt buat bodo x bg org yg berhak duduk....
Quote iznanaziz 15-8-2019 11:52 AM
Anjing ni bayar tiket.
Quote iznanaziz 15-8-2019 11:54 AM
Mfzg89 replied at 15-8-2019 11:25 AM
Haiwan pn ada hak atas bumi ni..apa salahnya berkongsi kemudahan yg disediakan...dia pn nk gak meras ...


sebaik elok je dia duk situ.
Quote fushimi 15-8-2019 11:54 AM
anjing tu cam suka je duk dalam train

dalam train kat sejok ada aircond



Quote Kurex 15-8-2019 11:55 AM
Kalau main pubg ke atau ml, mesti yindon suka maki anjin loooo
Quote CiliPadiSedap 15-8-2019 11:55 AM
habis nak kena samak siapa? anjing atau lrt?
Quote ezacbee 15-8-2019 11:56 AM
Sbb anjing tu xbayar tiket, kena kecam.
Quote dess402 15-8-2019 12:00 PM
duri_durians replied at 15-8-2019 11:40 AM
asal anjing je mula la manusia ni nak menyalak.

taktau pun anjing tu anjing liar ke mmg ada orang ...

hahaha  ..  tapi si bebal hari tu kata cina dah naik kepala  .
Quote hatikudus 15-8-2019 12:01 PM
SWORKS27 replied at 15-8-2019 11:46 AM
ok je anjing ni termasuk dlm lrt..dari manusia perangai yang macam anjing gila masuk lrt buat bodo x ...

Betul2...walaupun dia curi2 masuk, takde pulak dia mengacau orang dlm tren tu. Manusia lebih hanjing yg buat muka bangang tak bg org yg lebih berhak duduk. Aku sumpah puak2 hanjing tu bila tua nnt masuk tren merangkak pun takde org bg duduk sbg balasan dia menghanjing
Quote Artemesiaa 15-8-2019 12:01 PM
Baguslah dah ada kenyataan dari pihak rapid tak adalah yang nak tersalah sangka lagi.
Quote Mfzg89 15-8-2019 12:06 PM
CiliPadiSedap replied at 15-8-2019 11:55 AM
habis nak kena samak siapa? anjing atau lrt?

yg tu kena tanya PU Abu..
Quote MsKathryn 15-8-2019 12:08 PM
Anjing tu nak pg bersiar2
Quote Mfzg89 15-8-2019 12:10 PM
SWORKS27 replied at 15-8-2019 11:46 AM
ok je anjing ni termasuk dlm lrt..dari manusia perangai yang macam anjing gila masuk lrt buat bodo x ...

dia masuk pn chill je dok dlm train tu x kacau org.. dari Myvi selalu bikin masalah atas jalan..
Quote prettyuglybabe 15-8-2019 12:11 PM
kesian dia tersesat..
risau tengok pakcik tongkat besi tu terlempar tongkat beliau
Quote VirusDetected 15-8-2019 12:24 PM
cian anjing tu...
lost dia... 1st time naik public transport

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044396 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top