Sakitnya hati bila orang main tuduh mengenai hubungan rumah tangga, kan? Lebih sakit hati apabila tuduhani tu disertai kata-kata sindiran. Itulah yang dialami pelakon Nina Iskandar apabila seorang individu menggunakan nama akaun Azrul Pejuang Allah menghantar kiriman menjengkelkan mengenai statusnya. "Kalau orang tak kongsi gambar pasangan, tidak bermakna mereka sudah bercerai. "Mereka cuma menjaga privasi daripada penyakit Ain, fitnah dan mulut macam korang ni," tulisnya. Katanya, kalau pernikahannya pun dirahsiakan daripada pengetahun umum, apatah lagi perihal rumah tangganya. Nina atau Nur Akmalina Iskandar, 28, dan mendirikan rumah tangga dengan Azlan Adzanan atau Lan Lebah pada April lalu.
|
ADVERTISEMENT