CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Zarina Anjoulie Buat Hal Lagi, Promosi Rawatan Kecantikan Berbahaya Di IG

15-8-2019 10:34 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 36673| Komen: 178|Original author: Oleh: HakirRahman

Pelakon yang tidak pernah lekang kontroversi, Zarina Anjoulie di Instagramnya gigih mempromosi beberapa rawatan kecantikan yang tidak diketahui keselamatannya. 

Dia mempromosikan akaun IG "Sulam Bedak" yang menawarkan khidmat rawatan kecantikan seperti sulam bedak, sulam bibir dan mencantikkan payu dara. 


Zarina Anjoulie gigih promosi
Foto: Instagram

Beberapa warganet mengecam tindakannya itu yang disifatkan mereka berbahaya kepada wanita lain. 


Selain tidak tahu asal usul rawatan dan bahan yang digunakan, khidmat yang ditawarkan juga tidak dilakukan di klinik berdaftar, sebaliknya hanya rawatan rumah ke rumah. 


Apa benda ni? Foto: Twitter

Bagi yang tidak tahu, sulam bedak adalah rawatan menyuntik "ubat" ke dalam kulit untuk memutihkan. Malah, ada juga khidmat yang menawarkan "sulam blusher" yang membolehkan wanita siap bermekap "merah-merah pipi" dalam masa 10 minit sahaja. 


Sulam bedak. Foto: Twitter

Manakala, sulam bibir pula adalah dengan menyuntik "filler" ke bibir untuk sentiasa kelihatan merah menawan, tidak ada lagi bibir kusam dan lagi memerlukan gincu. Masalahnya, selamat ke? 



Malah, ada juga rawatan menawarkan untuk menegangkan kembali payu dara. Sapu-sapu je, tulis Zarina. Amboi mudahnya, nanti bengkak tak pasal-pasal! 



Kita faham semua wanita mahu cantik, untuk diri sendiri atau untuk suami supaya tak cari lain. Tetapi, bila seorang personaliti seperti Zarina yang promosikan rawatan meragukan begini, bermasalah betul! 

Pergilah ke klinik kesihatan kerajaan, ada yang menawarkan khidmat percuma. Kalau tak nak, pergilah ke klinik swasta yang bertauliah, janganlah memandai-mandai buat dengan pihak yang tidak tahu kelulusan dan kandungan bahan yang digunakan. 

Ada sesiapa nak tolong melaporkan perkara ini? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 15-8-2019 10:43 AM
sulam bedak dan blusher ni boleh bawak solat ke ek ? kalau boleh ai nak try lah
Quote nenekglamer 15-8-2019 10:43 AM
Klu ada rawatan sulam IQ dlm otak lg bagus. Bagi cerdik sikit pengguna2 ni. Haihh..
Quote pumpkinpatch 15-8-2019 10:44 AM
ni yg Uqasha buat jugak kan. pipi merah jembu gitu. LOL!
Quote adila39 15-8-2019 10:48 AM
sulam ur brain ada x? kasi inject boost vitamin ke mendee bijak sikit nak buat benda benda pelik ni
Quote pumpkinpatch 15-8-2019 10:50 AM
dia berani promote sebab dia pun guna breast filler. Dia tak der side effect YET. nanti esok lusa ada lah tu. Banyak duit kan, pegi jer private hospital buat treatment.
Quote luluaurora 15-8-2019 10:52 AM
mmg dia setiap hari promote sulam bedak.. If x silap dia pnh post di ig dia akan promo sulm bedak shaja, evn dia sndiri p ccuk boobs dia n syok tayang smbil pgg2 n tnjuk boobs dia tuu..

Asa mcm pnah nmpk cha cha maembong pn join dia di sulam bedak tp buat bleaching kot.. Dia mmg promote sgguh2 sulam bedak ni.. Dpt payment mahal la kot..

Igtkn sulam bedk ni clnic aesthetic yg berdaftar upanya dri umah ke umah jela ye.. Huhuuuu

P/s: follow dia sbb kdng dia bg nasihat utk para wanita utk move on n be strong tu ada betulnya.. Tpi bla dia promote product mcm ni mmg xsupport la..
Quote bellaamsar 15-8-2019 11:18 AM
Macam ngeri je sebab buat rawatan dr rumah ke rumah. Peralatan yg dia guna pun tak sure sterilize ke x. Buatnya kena infection naya je
Quote aurorayasmeen 15-8-2019 11:19 AM
Hm..scary gile

Ladies, nape uols sanggup bhykn diri buat semua bnde alah ni? Xsayang nyawa ke? Merepek je bnde2 ni semua..
Quote pumpkinpatch 15-8-2019 11:28 AM
aku ada baca kat FB page Khairol Yoi tu, ada satu screenshot watsapp , this girl buat breast filler dgn Izzuebella tu.  Infection teruk siap Izzuebella cakap, dekat bekas injection cuba picit picit keluarkan filler tu. hahahhahhahahahahhaha....

dah tu warning the girl, dia tak paksa that girl buat filler injection, ni semua atas rela diri sendiri. Dia lepas tangan.


Setau aku, filler ni harga dia sampai $6K basic je. Bila dia kata murah cos buat katt rumah bagai, seram doh mana dia ada medical training, bahan filler tu pun dari mana. Tak de lesen.
Quote stania83 15-8-2019 11:34 AM
Sulam kening muka bibir butik cina lama dah buat.
Quote estrelle 15-8-2019 11:46 AM
Sulam fefek bagi kemut lebih takde ka.mcm2 hal donia skg ni.
Quote mieymiey 15-8-2019 11:51 AM
Bodohnya filler ni semua. Berani giler nak masukkan segala benda asing dalam badan
Quote namieamuro 15-8-2019 12:46 PM
brani nye cucuk2..nk impresskan sape sbenanye ni? puas sementara je kot..kendian dpt side effect, meraung la memasing yg gigih cucuk tahpape ni..
Quote Beribear 15-8-2019 01:06 PM
Uiii, sesiaa yg nak cuba rawatan2 ni iolsss harap hentikan lah.. Maksud iolsss sulam bedak, cucuk filler ke. Tak payah. Nti dah tua kesan dia mesti tak elok.. Iolss pelik lah.. Korg semua takde tv hd ke tengok kulit muka retis2 kat dlm tv tu cemana? Yg uqasha tu yaRabbi.. Iolss tgok STA bedak dia gila banyak lepastu blusher sampai ke hidung. Tebal betul dia punya makeup. Iolsss mmg suka perati betul2 muka retis sbb nak tengok kulit muka dorg ni betul ke cantik, tp kebanyakan kulit muka dorg tak halus mulus ye sbb bnyak jerawat kecik2 tu. Btw, kalau nak halus kulit muka tu rajin2 guna toner dgn cotton
Quote azimodin 15-8-2019 01:07 PM
menakutkan. peralatan x bersih, filler ntah buat dapat dari mana, handling pon kelaut. mengundang maut je. bila ada masalah berderet gi spital kerajaan. bila nurse or doctor perli, amuk tulis kat FB. geng2 rempit perasan lawa.
Quote ItisDD 15-8-2019 01:11 PM
X ada penyakit cri penyakit namanya

Quote kualibesi 15-8-2019 01:23 PM
skrg mmg laaa santikkk uolls, tunggu jap g bila ad effect, asyik tadahh muka dkt hospital. hermmmm
Quote fushimi 15-8-2019 02:00 PM
sapa berani ambik risiko silakan buat

Quote RatuDunia94 15-8-2019 02:06 PM
End up promote produk timbang kilo.. katanya kulit putih hasil telan berbotol2 produk timbang kilo.. padahal.. thats y la retis2 ug dulu berkerak nowadays boleh putih melepak..

Lihat semua komen(178)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062594 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top