Polis menyiasat seorang remaja perempuan yang didakwa memasukkan anjing peliharaannya ke dalam mesin pengering pakaian sebelum menghidupkan mesin itu. Menurut Forbes, insiden berkenaan dirakam menerusi video live Instagram gadis dari Texas itu.
Video tular itu mencetuskan kemarahan warganet seluruh dunia yang menggesa pihak polis supaya menyiasat kekejaman terhadap haiwan dilakukan remaja terbabit. Menerusi video berkenaan, kelihatan remaja terbabit menjerit sambil bertepuk tangan kerana teruja dengan gurauannya itu. Walaupun hanya seketika, anjing berkenaan jelas kelihatan ketakutan ketika dikeluarkan dari mesin itu. Bagaimanapun, Dallas Morning News melaporkan akaun Instagram remaja berkenaan sudah dipadam. - CARI
|
ADVERTISEMENT