"Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah." Bagai tidak berkesudahan, 2019 mungkin menjadi musim pasangan selebriti berpisah. Terbaru, dunia hiburan gempar apabila pelakon dan usahawan Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman berkongsi perkhabaran menyedihkan. Menurut perkongsiannya di Instagram, dia sudah lama berpisah dengan isterinya, Ida Anas. "Saya dah berpisah dengan isteri pada 20 April 2018, cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sangat menyedihkan," tulisnya.
Tindakannya berdiam diri itu adalah disebabkan tidak mahu mengguris hati anak-anak. Dalam masa sama, Boy Iman berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenainya. Tertanya-tanya juga apa puncanya bercerai? Apapun, bertabahlah Boy Iman. - CARI
|
Mfzg89 replied at 15-8-2019 12:12 PM
sebaik anak lawo..
ADVERTISEMENT