CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Simen Tak Sedar Langgar, Seret Axia Beberapa Meter

15-8-2019 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10352| Komen: 52

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya diseret sebuah lori simen di Jalan Klang Lama, petang semalam.


Kredit foto: FB


Lapor Sinar Harian, rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan Perodua Axia berwarna hijau dilanggar dan diseret lori berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang di Jalan Klang Lama menghala Puchong.

Katanya, Axia berkenaan dipandu wanita berusia 56 tahun, manakala lori simen jenis Sinotruk Howo itu dipandu lelaki berusia 36 tahun.

Tambah Sarifudin, kejadian berlaku apabila pemandu Axia menukar lorong ke bahagian kanan laluan di persimpangan lampu isyarat Jalan Klang Lama.

"Pemandu lori simen berada di lorong kanan di bahagian belakang tidak perasan dia melanggar bahagian sisi belakang kanan kereta terbabit menyebabkan ia berpusing dan terseret beberapa meter," katanya.


Bagaimanapun, pemandu lori itu dikatakan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kerana hujan lebat sehinggalah pengguna jalan raya lain di sebelah kiri membunyikan hon.

"Pemandu lori beritahu dia ada terasa sedikit gegaran pada lori namun meneruskan perjalanan kerana menyangka hanya terlanggar lubang jalan dan dia hanya memperlahankan lorinya," katanya yang menambah tiada kecederaan dilaporkan selain kerosakan pada Axia terbabit.  - CARI



Loading FB Post...
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • yeos2

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diya_az 15-8-2019 04:35 PM
Edited by diya_az at 15-8-2019 11:04 PM

Pembetulan: ini lori bancuhan konkrit ya. Lain simen dan konkrit
Quote Cpkay 15-8-2019 04:39 PM
mcm mana boleh tak sedar ? aduhai .kesian pada pemandu axia tu.. sure trauma
Quote jue10 15-8-2019 04:44 PM
ohmai sgt scary, sb tu sila jauhkn diri dari kederaan bsar ni nk2 hujan pulak tu. tp xckp pemandu kereta tu ok ke x.
Quote duri_durians 15-8-2019 04:47 PM
kejadian berlaku apabila pemandu Axia menukar lorong ke bahagian kanan laluan di persimpangan lampu isyarat Jalan Klang Lama.


kalau terlalu dekat di depan lori, kemungkinan besar pemandu lori tak nampak.

tambah pula hujan..
Quote whadda 15-8-2019 04:51 PM
ni lah salah satu sebab takut nak masuk depan atau belakang lori besar.. diorang bukannye nampak sangat kite kat bawah
Quote Asdan 15-8-2019 04:51 PM

hijau hitam kelabu patut diharamkan warna kenderaan
Quote sukacactus 15-8-2019 04:55 PM
Edited by sukacactus at 15-8-2019 05:55 PM

Wahhh! Ni betul2 kena tunda
Hati2 la memandu
Lori mmg byk blind spots ya
Axia tu ibarat mentimun je dgn diaorang
Quote CatMiow 15-8-2019 04:58 PM
Asdan replied at 15-8-2019 04:51 PM
hijau hitam kelabu patut diharamkan warna kenderaan

Maroon gelap pun.

Tapi ni rasanya bukan tak perasan sebab warna,  mungkin tak nampak sebab kereta mungkin berada dalam titik buta cermin lori.
Quote Modngengade 15-8-2019 05:01 PM
lori siput babi ke sis?  biasanya pariah yg bawak lori ni....entah2 mabuk todi
Quote LemakPetai 15-8-2019 05:07 PM
Trauma betul mcm ni
Quote moonbug 15-8-2019 05:07 PM
Driver Axia ok ke tak?
Quote chicozinn 15-8-2019 05:08 PM
sukacactus replied at 15-8-2019 04:55 PM
Wahhh! Ni betul2 kena tunda
Hari2 la memandu
Lori mmg byk blind spots ya

hamboihh..habis rega keta baru2 sume mahal melangit..axia je la jadi pojaan hati..

Quote matchstick 15-8-2019 05:17 PM
pantang betol aku dgn org suka2 tukar lorong dkt traffic light pun nk tukar lorong x menyempat..tu naseb baik hidup
Quote awanysss 15-8-2019 05:17 PM
trauma nyee lahai.. bahaya
Quote namieamuro 15-8-2019 05:19 PM
seramnye la..sbb tu kalau ade lori besa mane pun kalau bole elak jejauh..
Quote shernazz 15-8-2019 05:21 PM
Kalau last minit axia tu tukar..
Mmg salah dia la..lori tu mana nak nampak
Lori ni.kalau kat hiway..dia hon kalau depan dia kete kecik..soh tukar lane sebab takut nnt dia x pasan kete tu dekat dgn dia..
Kalau lori besar sebegini kan ada habaq kat kiri dia...tu blindspot dia..
Quote Artemesiaa 15-8-2019 05:23 PM
Nampak lori dah dekat jangan ler cuba nak lintas mereka bukan nampak kadang boleh membahayakam
Quote palmolive 15-8-2019 05:29 PM
pompuan ni segala2 menda tak perasan ker?
mujur baru kt trafik light...kalo tengah2 hiway tetiba dia masuk depan lori..aishhh
Quote Foxey 15-8-2019 05:37 PM
Kesian pemandu axia tu. Mau tak kecut perut dia dalam kete tu. Sebab tu fox pun tak berani nak berhenti dekat2 lori2 ni kat traffic light. Depa ni salu tak prihatin dengan blind spot

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.037926 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top