CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gajah Bernama 'Tikiri' Kurus Kering Kerana Dipaksa Bekerja Setiap Malam

18-8-2019 09:19 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6355| Komen: 57|Original author: Hafiz Ahmad

Sering kali kita melihat kempen kesedaran tentang penyeksaan terhadap gajah yang diseksa semata-mata untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong. Hal seperti ini kita boleh lihat di Thailand, di mana gajah akan dilatih secara kejam dan dipaksa untuk membawa pelancong di atas belakang mereka. 


Sumber Gambar: DailyStar
Sumber Gambar: Daniel McBane
Walhal meskipun gajah bersaiz besar, namun stuktur badan gajah tidak kuat untuk menampung beban yang berat secara berterusan dan ini boleh memberikan masalah kesihatan kepada haiwan tersebut.


Baru-baru ini tular isu yang sama di Sri Lanka apabila gajah yang bernama Tikiri dipaksa untuk bekerja pada setiap malam di sebuah festival. Gajah betina ini berusia 70 tahun dan sedang sakit kerana tidak dijaga secara rapi oleh pihak festival. Dikatakan, terdapat hampir 60 gajah lain yang mempunyai nasib malang seperti Tikiri yang harus bekerja di Festival Parahera di Sri Lanka.

Sumber Gambar: BBC
Setiap malam, Tikiri akan berjalan berkilometer jaraknya untuk menghiburkan para tetamu yang hadir di festival itu. Badan Tikiri akan dihiasi dengan jubah dan hiasan lampu untuk melindungi badannya yang kurus dan tulang rusuk yang kelihatan daripada dilihat oleh orang ramai.

Sumber Gambar: BBC

Sumber Gambar: BBC
Kisah Tikiri ini mendapat perhatian Pendiri Save Elephant Foundation dan mereka sedang berusaha untuk membuat petisyen supaya Tikiri dan rakan-rakannya diselamatkan. Mereka juga akan menulis surat kepada pemerintah Sri Lanka agar memberi perhatian kepada isu ini.

Hentikan penyeksaan kepada haiwan, mereka bukanlah medium hiburan buat manusia. Banyak lagi cara untuk kita berhibur dan bergembira tanpa melibatkan penyeksaan terhadap haiwan. Semoga Tikiri dan rakan-rakannya diselamatkan oleh pihak berwajib. - CARI 

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 18-8-2019 09:35 AM
Sina nyer. Kejam betul manusia nie
Quote Padelpop 18-8-2019 09:57 AM
Ya Allah kesiannyee.. X pernah nmpak gajah sekurus ni..
Quote RatuDunia94 18-8-2019 10:01 AM
Kesiannyaaa. tp nampak mcm gajah ni buat bypass surgery lak.. hehe
Quote riyadhK 18-8-2019 10:19 AM
Celaka ya. Sampai kering macam tu sekali.
Quote nazzse 18-8-2019 10:22 AM
Sampai cenkung cik jah {:cryrun{:cryrun
Quote arsasa 18-8-2019 10:28 AM
Aduhai..kesian betul Tikiri nie..kurus kering jadinya. Kejam!
Quote matryoshka 18-8-2019 10:28 AM
Sianye Tikiri
Quote Msblackpepper 18-8-2019 10:32 AM
Kesiannyaaa. Tak sangka gajah boleh kurus macam ni
Quote tajmahal 18-8-2019 11:40 AM
susut teruk badan gajah tu
Quote gummiebear 18-8-2019 11:47 AM
Kesiannya

Sampai nampak tulang2. Kejam betul manusia ni
Quote ketambangkang 18-8-2019 12:30 PM
klu kite tgk show gajah macamane plak ye? contoh mcm gajah buat persembahan tu, bole support tak tgk benda2 gitu?
Quote Pink_Purple 18-8-2019 12:57 PM
kurus mcm lembu jer..siannya
Quote Beribear 18-8-2019 01:03 PM
YeAllah, 1st time tengok gajah kurus.. Sial*n punya manusia. Selama gajah2 ni duduk dlm hutan walaupon makan daun dan pokok tetap gemok berisi.  Tp bila di bela dgn manusia kejam jd kurus mcm tu. Eiii gila betul, semoga meringkuk dlm neraka selamanya
Quote aku_best 18-8-2019 01:11 PM
Umur tikiri pon dah 70 tahun..mau  terseksa juga nak berjalan....kejamnya wahai manusia....
Quote melati00 18-8-2019 04:00 PM
Kejamnya tak ada belas kesian langsung...kalau tak ada kulit yang menyalut tulang dah lama tulang tu luruh..
Quote rosasen 18-8-2019 04:55 PM
kan dah sinonim gemuk mcm gajah...sedihnya tgk kurus mcm ni
Quote bellaamsar 18-8-2019 04:57 PM
Sedihnya.. Nampak terseksa sangat gajah tu
Quote amyza 18-8-2019 05:01 PM
Kurus kering gajah buat show. Yang gemoj tokey dia. Kejam!
Quote sfrnna 18-8-2019 05:42 PM
first time jugak iols tgk gajah kurus kering macam ni. Tourist patutnya x support org buat binatang macam ni.  dah 70 tahun, kurus, pastu kena letak beban lg. siannya.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056894 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top