CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlukah Berpantang? Debat Pakar Perubatan Moden Dan Tradisi Pasti Hangat Dalam 'Analisis' Malam Ini

16-8-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 18819| Komen: 160|Original author: Sang_Pencinta

Dunia perubatan tradisi sememangnya banyak pantang larang. Apa lagi berpantang selepas bersalin. Bagi wanita zaman dahulu, terdapat banyak pantang larang yang mereka ikuti, antaranya pantang pemakanan, pergerakan, penjagaan diri dan banyak lagi.



Persoalannya, adakah berpantang ini masih relevan dalam dunia moden?


Rancangan TV Alhijrah yang popular, 'Analisis' bakal membicarakan topik panas tersebut malam ini Jumaat, 9.00pm. Perdebatan pasti hangat apabila dua orang yang pakar dalam bidang masing-masing akan bertembung.


Kredit foto: Instagram



Panel yang pertama ialah Dr. Sakinah Sulong, seorang Pakar Perubatan Keluarga berkelulusan Master dalam Perubatan Keluarga (UKM). Beliau dijangka akan ditemani oleh Datin Syarifah Anisah Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, seorang perunding perubatan perbidanan Melayu.



Umum mengetahui, ramai pengamal perubatan menentang amalan pantang larang perbidanan tradisi yang dikatakan tidak lagi relevan. Antaranya larangan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun, pucuk ubu, pucuk paku, bayam, jering, petai dan makanan laut, amalan berbengkung, berurut dan bertungku, larangan menjahit dan membaca dan banyak lagi.


Kredit foto: Instagram



Walaupun sudah banyak rancangan TV sebelumnya dan beberapa pakar perubatan seperti Dr. Imelda Balchin giat mengupas pantang seperti ini di media social, tetapi amalannya masih lagi menebal di kalangan masyarakat. Jadi, debat ini pasti menarik untuk ditonton.

Kredit foto: Carian google


Persoalannya, bagi anda sejauh manakah amalan ini berguna? Apakah pantang bersalin tradisi yang masih relevan untuk diamalkan? - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 16-8-2019 11:58 AM
selalu nampak doc zaman moden cakap pantang ikut kesuaian tubuh badan

tapi aku tengok yang pantang versi moden umur 35 badan dah macam nenek kebayan

senior opis aku ikut pantang cara tradisional  umur 40 pun body masih kuat

Quote Sang_Pencinta 16-8-2019 12:01 PM
Ada banyak pantang zaman dulu yg dah tak boleh pakai

Terutama pasal makanan makanan tu
Quote pia250110 16-8-2019 12:06 PM
pantang betul2 nok..x kene mmg kite bole ckp mcm2..dah kena ko baru rase mcm mane..huhuhu
Quote Lolalala 16-8-2019 12:13 PM
perlu berpantang...tp x de la mcm zaman dulu. dulu org beranak ni x de ubat kecut rahim, tak de supplement tambah darah, cair darah. cuma jaga luka, bg badan segar bertenaga dengan pemakanan yg sihat dan betul.
Quote Sang_Pencinta 16-8-2019 12:18 PM

Pantang bersalin dahulu, banyak yang dah tak boleh pakai. Setakat berehat tu OK kot boleh dikuti.

https://my.theasianparent.com/pantang-larang-selepas-bersalin


Pantang larang selepas bersalin dari pelbagai sudut.

1 - Kesihatan
Jangan melakukan hubungan seks dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin kerana ibu memerlukan masa untuk kembali pulih.
Dalam tempoh ini juga, biarkan luka koyakan di bahagian vagina sembuh sepenuhnya. Ia turut dipanggil luka episiotomi di mana koyakan yang dilakukan di bahagian perineum apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar.

2 - Pemakanan ketika berpantang: Sumber protein dan makanan laut
Dilarang makan ikan masin dan kering kerana ia menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
Juga elak makan ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari dan sembilang. Jenis ikan yang macam ini menyebabkan bisa dan bentan.
Elakkan juga makanan laut yang menyebabkan kegatalan pada sekitar luka jahitan.

3 - Ulaman dan sayuran
Dilarang makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun, pucuk ubu, pucuk paku, bayam, jering, petai dan labu.
Elakkan minum bergas dan sejuk.
Buah-buahan seperti nangka, cempedak, pisang, ubu dan manggis. Juga dilarang!

4 - Penjagaan diri dan emosi
Jaga emosi sebaiknya. Jangan terlalu mengikut perasaan marah atau sedih. Sekiranya anak menangis tak henti-henti, cuba kawal perasaan dan beristigfar. Minta pertolongan dari suami atau emak jagakan bayi.
Jangan mengelak dari berbengkung dan mengurut. Ini penting untuk melancarkan peredaran darah dan pengeluaran angin menjadi lancar.
Dilarang menekan, menolak atau memaksa Peranakan dalam tempoh dua minggu pertama. Jika mengurut, ingatkan tukang urut tidak menyentuh di bahagian peranakan. Hanya boleh urut dibahu, leher, dada dan payudara.

5 - Pantang larang selepas bersalin yang anda tak tahu!
Dilarang tidur tidak bebantal kerana menyebabkan ibu sakit kepala.
Jangan menjahit dan membaca. Ia boleh menyebabkan ibu rabun sebelum tua.
Jangan duduk bercangkung ketika mandi. Jika boleh duduk atas kerusi.
Rapatkan kaki semasa tidur bagi peranakan sembuh cepat.
Jangan terlalu aktif. Duduk diam selama seminggu. Biarkan emak atau suami uruskan bayi.

Quote sarah82 16-8-2019 12:23 PM
Aku tak nikah lagi aku x tau.. Tapi bagi aku, aku sokong pantang org tua..depa bagi mak2 baru bersalin betul2 badan sihat dan kuat
Quote diggerr 16-8-2019 12:49 PM
Yang gaji beso boleh le pantang memain. Hari esok kalau masuk spital ade suit nak bayo kos rawatan. Yang takde duit ni pantang je ler bebetul jaga badan takyah. Esok esok takde keluo masuk spital
Quote geenie 16-8-2019 12:54 PM
sarah82 replied at 16-8-2019 12:23 PM
Aku tak nikah lagi aku x tau.. Tapi bagi aku, aku sokong pantang org tua..depa bagi mak2 baru bersal ...

kalau ikut pantang org tua, makan sebeban. tak leh tambah. air segelas.
pastuh, hambik lah kau. sembelit. dah sembelit, dia suh kita minum kopi lak dgn telan buah oren berbakul

tu aku tgk mak mertua aku jaga anak buah dia berpantang. mak sedara aku pnye instruction berpantang tuh mmg pelik2. pastuh, dia juga yg stress apsal anak dia tak de susu.

some of pantang org dulu2 bagus. some of it, ko boleh ditch ke longkang saja.



Quote meisapoya 16-8-2019 01:04 PM
I sokong pantang tradisional. Cuba la bawak panelis berusia yang berpantang moden sikit. Nak tengok beza fizikal dengan datin ni. Bawak yang muda vs tua, susah la orang nak compare.
Quote sarah82 16-8-2019 01:06 PM
geenie replied at 16-8-2019 12:54 PM
kalau ikut pantang org tua, makan sebeban. tak leh tambah. air segelas.
pastuh, hambik lah kau. s ...

Aku punya arwah tok x melampau makan sebeban.. Minum ayaq mmg tak boleh byk sekaligus arwah tok aku ajar.. Dia kata berulang.

Tapi kalau ang tau pantang cara cina lagi menangis dan strict berbanding pantang cara melayu
Quote KIM.K 16-8-2019 01:08 PM
Doctors will endorse berpantang, lagikan gugur pun kena pantang elak sakit urat dan stress di umur lanjut
Quote arasham 16-8-2019 01:11 PM
geenie replied at 16-8-2019 12:54 PM
kalau ikut pantang org tua, makan sebeban. tak leh tambah. air segelas.
pastuh, hambik lah kau. s ...

Yg peliknya pantang tu berbeza beza setiap negeri. Org ns kata ikan A gatal tak leh mkn, org ganu kata ikan A elok sila mkn.  Sayur pun sama.  So utk ank kedua pantang sendiri, dpt disiplin baby. Mkn buah banyak tak de sembelit. Luka pun cpt baik. Dua minggu dah boleh solat sbb nigas dah berhenti. So pandai2lah pilih utk diri sendiri. Yg suka nak pantang tak yah doakanorg yg pilih tak pantang nanti dah tua mcm2 penyakit dtg.. sama juga sebaliknya ..
Quote yuki812 16-8-2019 01:12 PM
i prefer berpantang..tp jgn terlalu extreme.
masa muda tak nmpak kesan..
tp akan nmpk kesan bila dah stat 40.
kdg umur 35 pon dah stat nmpk tua.
mcm i..i tak suka nmpk tua dr usia..
so..jagalah bdn tu dari stat ank first lagi.
Quote cclina2 16-8-2019 01:30 PM
arasham replied at 16-8-2019 05:11 AM
Yg peliknya pantang tu berbeza beza setiap negeri. Org ns kata ikan A gatal tak leh mkn, org ganu  ...

ada doc cakap..sebenar nya ikut pada org, ada org kebal tak gatal. so jgn brainwash org lain utk tak makan ikan masa pantang, ikan bagus sumber protein.
Quote cclina2 16-8-2019 01:33 PM
arasham replied at 16-8-2019 05:11 AM
Yg peliknya pantang tu berbeza beza setiap negeri. Org ns kata ikan A gatal tak leh mkn, org ganu  ...

kann,  kalau kat hospital tu , dia org  bagi je tembikai la, telur la, takde suruh pantang..
Quote arasham 16-8-2019 01:37 PM
yuki812 replied at 16-8-2019 01:12 PM
i prefer berpantang..tp jgn terlalu extreme.
masa muda tak nmpak kesan..
tp akan nmpk kesan bila d ...

Kwn2 sekg saya pantang bagai nak rak. Bila jumpa depa nampak tua. Why? Depa keje kg, terik mentari, mkn apa ada, tgn kasar, make up tak mampu beli. Bkn pantang penyebab tua dan muda...
Quote geenie 16-8-2019 01:44 PM
arasham replied at 16-8-2019 01:11 PM
Yg peliknya pantang tu berbeza beza setiap negeri. Org ns kata ikan A gatal tak leh mkn, org ganu  ...

betui kak ara. pilih lah what is best utk badan sendiri. nak moden ka, nak tradisional ka, nak half2 ka. in the end, bdn sakit or badan sihat di kemudian hari, org lain tak rasa. diri sendiri yg rasa



Quote yuki812 16-8-2019 01:57 PM
arasham replied at 16-8-2019 01:37 PM
Kwn2 sekg saya pantang bagai nak rak. Bila jumpa depa nampak tua. Why? Depa keje kg, terik mentari ...

pantang tak semesti akan nmpk kesan difizikal sahaja. dalaman juga.
kalau kwn tu ppuan umur 40-50 still lagi buat keje kg..berkebun..cangkul mencangkul..panas terik..
wow..kira hebat lah tu..
kira kudrat dia mcm org muda..
kita ni kdg time..muda kadang nk dukung ank kcik pon dah tak larat dah.
Quote Nana_Man 16-8-2019 02:02 PM
Ikut jer mana2 yg tak memudaratkan.

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.073116 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top