Desas-desus tentang perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan nampaknya semakin menampakkan sinar. Presiden Indonesia, Joko Widowo atau Jokowi hari ini secara rasminya mencadangkan kepada Parlimen rancangan memindahkan ibu kota negara itu ke pulau Borneo.
“Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” katanya memetik laporan Kompas. Terdahulu, kerajaan negara itu sudah mengumumkan rancangan pemindahan ibu negara dari Jakarta, bandar raya sesak yang mempunyai populasi lebih 10 juta penduduk. Dikatakan juga rancangan itu pernah disuarakan pertama kali pada 1940-an lagi.
Selain itu, difahamkan Jakarta merupakan kawasan berdataran rendah yang terdedah kepada banjir dan berisiko tenggelam. Pun begitu, Jokowi masih tidak menyatakan lokasi sebenar ibu negara baharu yang bakal dibawa ke Kalimantan itu. - CARI |
chacon replied at 16-8-2019 04:06 PM
jakarta nak tenggelam ke
mbhcsf: can someone from any geotechnical or civil engineer background explain this - if this also a risk for KL?ade ke air bawah tannah kita guna?????ade ke? ...
ADVERTISEMENT