CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahniah Dik! Baru 15 Tahun Dah Berjaya Nikahkah Kakak

16-8-2019 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6914| Komen: 62

Siapa sangka, seorang remaja berusia 15 tahun berjaya menikahkan kakak keduanya dalam satu majlis. 

“Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak,” kata Ismaildaniel Ibrahim, 15.


Harian Metro melaporkan Ismaildaniel yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik selamat menikahkan kakaknya, Noriffa Akasha, 21 bersama pasangan, Ahmad Asyaf Syafik, 27.

"Ketika perkahwinan kakak sulung, Norintan Azlin, 24, dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.

Foto: Harian Metro

“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim@Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.


“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.

“Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, ibunya Salmiah berkata dia kagum dengan kematangan anak lelakinya itu menjadi wali. 

“Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.

“Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik,” katanya. - CARI 
5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 16-8-2019 06:04 PM
Tahniah dik. Kesian kecil lg ayah dh xada..
Quote LemakPetai 16-8-2019 07:09 PM
Alhamdulillah. Mesti berdebar tu. Ntah2 lg teruk debaran dr pengantin lelaki
Quote cikkittydiva 16-8-2019 07:56 PM
Tahniah dik.. sama dgn husband hakak dulu dah nikahkan akak dia masa umo husband 14 thn.  Al fatihah buat arwah pak mentua..
Quote gummiebear 16-8-2019 07:56 PM
Good job dik Mail!
Quote Nana_Man 16-8-2019 08:10 PM
Good job dik... semoga tuhan permudahkn setiap urusan adik pd masa akan datang.
Quote diggerr 16-8-2019 08:21 PM
Tahniah dikk
Quote Kurex 16-8-2019 08:39 PM
Comel adik ni...
Quote Lengkong 16-8-2019 09:06 PM
Tahniah adik..ayah dah tak de jadi harapan ibu


Quote LadyCarefree 16-8-2019 09:20 PM
15 kira dh baligh la?
Quote Asdan 16-8-2019 09:23 PM

wali = penjaga, bukan ke emak yg patut jadi wali ?
Quote rayray28 16-8-2019 09:28 PM
Mcm pernah tgk sebelum ni adik kecik gk yg walikan akaknya tu sbb ayah dh xde
Quote MarryPottet 16-8-2019 09:38 PM
Edited by MarryPottet at 16-8-2019 09:39 PM

Tahniah dek atas tggjwb yg berjaya dilaksana
Pasni bolehlah ambik job nikahkan orang lain pulak bila tok kadi ada emergency
Jadi tok kadi terjun gitewh
Quote M5 16-8-2019 10:05 PM
Syarat sah jadi wali kena ada punai. Kakak dah tua berotak tetap kena panggil adik lelaki berhingus duit belanja pergi sekolah menagih orang lain bagi green light boleh kahwin ke tak.

Kununnya isle memartabatkan wanita.

Prrrtghhh
Quote helicornia 17-8-2019 12:27 AM
ingat ko yg nikah dik
Quote ikanmasin 17-8-2019 12:53 AM
berani kuat semangat adik ni..
Quote -Suri- 17-8-2019 01:22 AM
Tahniah dik dan kakak awak tu. Moga berjaya dunia akhirat
Quote anastasia7 17-8-2019 04:51 AM
rayray28 replied at 16-8-2019 09:28 PM
Mcm pernah tgk sebelum ni adik kecik gk yg walikan akaknya tu sbb ayah dh xde

Ada juga 1 kes sebelum ni. 2 kakak juga tp selang masa tk sejauh ni rasanya
Quote anastasia7 17-8-2019 04:54 AM
Harap jadi wali bukat takat masa nikah saja. Kakak Dah kawin, kena ambil tahu juga. Terjaga ke dia dgn baik. Sama juga kalau wali tu pakcik. Ambil tahu hal anak2 saudara. Jangan terus lepas tangan kat suami depa.
Quote CatMiow 17-8-2019 06:53 AM
Asdan replied at 16-8-2019 09:23 PM
wali = penjaga, bukan ke emak yg patut jadi wali ?

Wali kena sebelah ayah.
Maaf nak tanya,  Adik asdan umur berapa? Bukan nak rasis, tapi nak tau islam ke tak?  Kalau islam,  subjek agama tak ajar ye bab munakahat?  Maksudnya tak de salam silibus ke?
  Kalau nak tahu susunan wali.
http://www.masjidwilayah.gov.my/index.php/41-jurunikah/164-susunan-wali

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034588 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top