Jika ada yang tidak tahu, jejaka dari Kelantan (Nik Muhammad Ryzal) dan Wanita dari Korea Selatan (YouNarae) ini sudah mendapat liputan media yang meluas beberapa bulan lalu apabila dua bangsa berbeza dan berlainan negara boleh bersatu.
Memetik BH Online, Nik Muhammad Ryzal telah selamat bernikah dengan YouNarae petang semalam di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan yang berusia 27 tahun ini bernikah secara ringkas dan kebetulan ada rombongan pelancong dari Kelantan yang datang ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat.
"Upacara akad nikah agak ringkas, namun apa yang menariknya, secara kebetulan ada satu rombongan pelancong dari Kelantan yang datang ke masjid berkenaan untuk solat. "Kumpulan rombongan itu bertanyakan kepada saya adakah kisah kami berdua yang pernah mendapat liputan dalam media massa sebelum ini dan sebaik mengiyakan, mereka sangat teruja. "Tanpa membuang masa, mereka terus mengambil peluang merakamkan gambar kenangan," kata Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia sehingga ke anak cucu. Tahniah buat mereka berdua, lepas ni bolehlah bagi isterinya makan budu. - CARI |
ajinomotonosuga replied at 21-8-2019 10:43 AM
Sapa yg mekap kan amoi korea tu...yg biasa mekapkan orang mati ke? Aku tgk cam mayat pompuan korea n ...
HannahMontana replied at 21-8-2019 09:49 PM
buh penampar ke muka pengantin perempuan mau jerebu satu Korea
ADVERTISEMENT