CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikiri Akhirnya Direhatkan Dari Festival Selepas Gambar Kurus Keringnya Viral

19-8-2019 10:20 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4831| Komen: 39|Original author: natrahn

Gajah kurus kering berusia 70 tahun bernama Tikiri yang dipaksa berjalan jarak jauh setiap malam agar orang ramai dapat merasa 'diberkati' dalam satu upacara keagamaan di Festival  Buddha di Kandy, Sri Lanka akhirnya direhatkan daripada menyertai festival itu .


Ia selepas hantaran menerusi laman Facebook Save Elephant Foundation yang dimuat naik Lek Chailert menjadi viral.

Kredit foto: Save Elephant Foundation


Haiwan itu dipakaikan kostum berwarna-warni menyembunyikan keadaannya yang terlalu kurus sehingga boleh menampakkan tulang-temulang di sebalik kulitnya yang dimamah usia tanpa diketahui orang ramai keadaan sebenarnya yang terseksa selama ini.


Salah seorang jurucakap kuil yang menganjurkan festival itu memaklumkan beliau turut mengesahkan Tikiri telah dibawa berjumpa doktor haiwan dan  kebajikannya sentiasa dijaga. Tikiri dikhabarkan mengalami masalah perut sejak enam bulan yang lalu. 

Beliau turut memaklumkan penyakit tersebut tidak menghalang gajah itu untuk turut serta dalam festival tersebut.

Kredit Foto - Google - Esala Perahera diadakan setiap tahun pada musim panas pada bulan Julai dan Ogos merupakan perayaan bersejarah dan besar di Sri Lanka

Tikiri merupakan salah seekor daripada 60 ekor gajah yang berarak  selama 10 malam di jalanan bagi sambutan Esala Perahera atau Festival of the Tooth dan layanan terhadapnya menimbulkan kemarahan penyokong kumpulan hak asasi haiwan.

Kredit Foto - Google - Lek Chailert Bersama Gajah di Taman Alam Semulajadi Gajah Thai

"Tiada sesiapa yang dapat melihat badannya yang kurus dan kerdil serta lemah itu dan tiada sesiapa yang melihat air matanya yang cedera oleh lampu terang yang menghiasi topengnya. 
Tiada sesiapa yang melihat kesukaran untuk dia melangkah di mana kakinya diletak sesuatu agar dia bergerak perlahan. 

Bagaimana kita boleh katakan perbuatan ini sebagai memberi kerahmatan kepada mereka yang lain jika kita menyeksa haiwan ini", ujar Lek Chailert, yang juga merupakan pengasas Save Elephant Foundation, organisasi yang menyelamatkan gajah di Thailand yang dipetik dari laporan The Reporter.

Terkini, gajah tersebut dilaporkan telah pengsan kerana terlalu letih dan lemah untuk berjalan dan bekerja.


Eksploitasi dan penderaan terhadap gajah untuk hiburan atau upacara keagamaan adalah tidak wajar dan harus dihentikan. Haiwan juga ada hati dan perasaan. Haiwan juga berhak disayangi. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 19-8-2019 10:32 AM
Celaka ya sampai kering tinggal tulang je. Spesies menunggang agama jgk la ni.
Quote natrahn 19-8-2019 10:48 AM
riyadhK replied at 19-8-2019 10:32 AM
Celaka ya sampai kering tinggal tulang je. Spesies menunggang agama jgk la ni.

tepat sekali
Quote sapeka 19-8-2019 10:58 AM
kejam
menyiksa haiwan lantas mengharapkan pengampunan tuhan?
irony ok
Quote girlfridayz 19-8-2019 11:05 AM
sedihnyaaaaaaaaa T_T jahat giler la dorang niiiiiiiii!!!
Quote seri_mawr 19-8-2019 11:13 AM
kesiannya...sampai pengsan di kerjakan gajah tu...

kejamnya la manusia....

otak korang mana..??
takde sisi baik kah manusia yg amik kesempatan pada gajah tu...??

aku nak naik atas gajah tu pun x sampai hati..walaupun gajah tu beratus2 kali ganda berat dari aku....kesian tgk alat2 derang letak atas gajah tu...

Quote babyLON. 19-8-2019 11:40 AM
layak gempa bumi ja sri lanka ni. ritual bongok menyeksa haiwan.
Quote leylapple 19-8-2019 12:06 PM
riyadhK replied at 19-8-2019 10:32 AM
Celaka ya sampai kering tinggal tulang je. Spesies menunggang agama jgk la ni.

business jual agama lah paling untung..
Quote olezzeli17 19-8-2019 12:10 PM
Nasib la ko dh tua.. Kalau tak, maunya mati kena pijak manusia2 ni kalau gajah ni naik minyak..
Quote Artemesiaa 19-8-2019 12:14 PM
Sedih kebajikannya tak dijaga demi sebuah pertunjukan.
Quote shamsadis 19-8-2019 12:16 PM


golongan itu lah diberi taraf warganegara dekat negara kita
Quote riyadhK 19-8-2019 12:20 PM
leylapple replied at 19-8-2019 12:06 PM
business jual agama lah paling untung..

Merentas dunia, agama Dan warna kulit konsepnya. Hahahahaha
Quote OsHiN_hOnEy 19-8-2019 12:24 PM
dah bertahun kot kempen save the elephant ni

Thai yg terkenal dgn gajah as their mascot pun terpaksa tunduk pada paksaan NGO to take off the elephants from the road, 10 years ago kalo sesapa pergi Dannok/Hatyai ada jer kan nmpk gajah tu malam2 buta jln slow2, for 20baht dia jual sugarcane yg nanti kita boleh suap dia

he looks soooo tired, tak bermaya nak melangkah, kalo ada kuasa dulu nak jer suruh gajah tu pijak mati penjaga dia yg tersengih2 kat sebelah tu, do you know that the hot surface during the scorching heat will cause blisters on their paws?

tu sebab hanya tourist bodoh jakun bongkok bodoh jer, yg masih go on elephant rides konon nak rasa majestic

sesungguhnya harap di akhirat kelak korg yg seksa haiwan ni jadi yg terakhir masuk syurga. Padan muka korg dok lama2 dlm nuraka
Quote slavehunter 19-8-2019 12:28 PM
Dah 70 tahun pun still dipaksa kerja. Jahat betul.
Quote kuewTiau 19-8-2019 12:31 PM

kesiannya
aneroxia jadi nya
Quote laksmanabentan 19-8-2019 12:33 PM
bodoh giler....
kesian gajah tu...
Quote eqatiqah 19-8-2019 12:39 PM
Sedihnya tengok gajah tu.. Hope lepas nie byk la kes2 eksploitasi haiwan diberhentikan.
Quote natrahn 19-8-2019 12:52 PM
rasa menyesal pula sebab pernah naik gajah kat Kuala Gandah dulu ...
Quote ell768 19-8-2019 12:58 PM
kesian giler tgk gajah ni...mesti merana tu..
Quote ashk4nn 19-8-2019 01:02 PM
sedihnyaaa {:cryrun

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.373660 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top