CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berjiwa Rakyat, Raja Permaisuri Agong Nyanyi Lagu Tanya Sama Pokok Bersama Wanita Sindrom Down

19-8-2019 11:02 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4127| Komen: 10|Original author: Sang_Pencinta

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsi sebuah klip video pendek yang menunjukkan Baginda sedang menyanyi beberapa baris lagu Tanya Sama Pokok nyanyian Tan Sri P. Ramlee.



Kredit foto: Twitter


Dalam video yang dimuatnaikkan oleh Baginda di akaun Twitternya, Baginda kelihatan duduk di samping Syafirah Hanum Chik, 23, seorang wanita yang mengidap Sindrom Down.






Baginda menyanyikan beberapa bait lagu tersebut ketika melawat kediaman Syafirah di Taman Sri Keramat pada 16 Ogos lepas, selepas diberitahu bahawa lagu itu adalah lagu kegemaran wanita tersebut. Turut kelihatan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah yang kedengaran menyanyi bersama.

Kredit foto: Bernama



Menurut ibu Syafirah, Puan Salmah Ali, pasangan Diraja itu kelihatan tersenyum melihat reaksi anaknya. 'Baginda berdua turut memberitahu saya supaya banyakkan bersabar menjaga anak istimewa' tambahnya memberitahu Bernama. 


Raja Permaisuri Agong juga berjanji untuk menghadiahkan Syafirah buku mewarna selepas diberitahu bahawa gadis itu minat melukis dan mewarna.

Kredit foto: Twitter



Netizen yang menonton klip video itu di media social memuji tindakan dan layanan Baginda berdua kerana dikatakan sangat berjiwa rakyat.  'You are a gem and berjiwa rakyat, you are awesome' kata salah seorang netizen. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 19-8-2019 11:11 AM
Cute je RPA
Quote Kurex 19-8-2019 11:40 AM
Kan best kalau anaknya ikut sekali.. Bagus agong dgn rpa
Quote mizruncing 19-8-2019 12:20 PM
lawa RPA kita ni. sempoi pn sempoi
Quote Sang_Pencinta 19-8-2019 03:27 PM
Pasangan Diraja paling relax dari segi protokol
Quote diggerr 19-8-2019 08:31 PM
A good gesture
Quote salamon 19-8-2019 08:59 PM
bagusnya RPA ni
Quote shark_eow7 20-8-2019 09:32 AM
suka sangat tengok RPA.
Quote shernazz 20-8-2019 10:03 AM
Slim adek ni..pandai mak dia jaga
Biasa budak sd mmg agak gundu sikit
Sebab depa neh mmg suka makan taw
Terutama mi kuning
Quote CikB 20-8-2019 10:40 AM
RPA ni mmg ada aura tersendiri
Quote kookiechip 20-8-2019 05:52 PM
Love her character. Nampak ikhlas je.. {:shy

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.047246 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top