Populariti penulis blog suka bergaya Cik Epal rupa-rupanya turut tempias kepada peguamnya, Abdul Hakeem Aiman.
Ia bermula apabila Hakeem memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia memberikan hadiah sebuah kereta mewah baharu kepada isterinya, Aiynaa Zainal. Di Instagramnya, Hakeem menulis: "Hadiah ini untuk awak. Untuk sokongan awak, untuk semua malam yang tinggalkan awak bersendirian, untuk masa saya habiskan bersama pelanggan di luar, untuk semua makan malam dan cuti yang tak jadi, dan yang paling penting untuk cinta tidak berbelah bahagi awak. I hope you like your new ride, baby," tulisnya. Amboi, romantik sangat ni!
Malangnya, seperti biasa ada netizen yang menyelar momen romantis itu, menganggap patutlah Hakeem sanggup mengambil Cik Epal sebagai pelanggannya, rupa-rupanya hendak beri kereta baharu kepada isteri. Mungkin disebabkan panas hati suaminya diserang, Aiynaa menulis "anak guam suami saya bukan Cik Epal sorang ya! Jangan nak membenci sangat!" Dia turut menulis lagi: "Menghina orang lain sebab nak dapat perhatian, pengiktirafan, kebahagian menunjukkan awak insecure dengan apa yang dimiliki orang lain." Ramai juga netizen yang mempertahankan Aiynaa ni, menyifatkan netizen hanya cemburu dan tidak ada kehidupan. Kuat juga penangan populariti Cik Epal ya, sampai kehidupan peguam pun terkena sekali. Jangan dapat surat saman sudah la ya. - CARI |
NazRysha replied at 20-8-2019 02:38 PM
kenapa mcm budak tak sihat pakaian si peguam ni?
lifeline replied at 20-8-2019 03:01 PM
masa i tgk gmbar ni memula i mcm uih singkatnya hipster sgt
pastu bila baca komen uols ni iols te ...
NazRysha replied at 20-8-2019 02:38 PM
kenapa mcm budak tak sihat pakaian si peguam ni?
ADVERTISEMENT