CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenal Menerusi PUBG, Lelaki Kahwini Gadis Lumpuh Kaki

19-8-2019 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7134| Komen: 48

Satu dalam seribu, mungkin itu yang boleh dikatakan terhadap lelaki ini yang membuktikan cintanya kepada gadis pilihan meskipun lumpuh kedua-dua kakinya. 

Sinar Harian melaporkan, Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25 menikahi Siti Aisyah Zaid, 22 dalam satu majlis di Batu Pahat semalam.

“Kedua-dua kaki saya ini lumpuh selepas motosikal yang saya tunggang terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu dan ketika itu saya masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun kami masing-masing tinggal di daerah ini,” kata Siti Aisyah.  

“Kami hanya berkenalan pada tahun lalu secara tidak sengaja melalui permainan video atas talian, Player Unknown’s Battleground (PUBG) pada tahun lalu dan bermula dari situ, hubungan kami bertambah akrab sehingga membuahkan rasa cinta,” kata Siti Aishah. 

Kredit foto: ProjekMM


Meskipun berkerusi roda, pasangan itu bersama 17 lagi pasangan pengantin dapat menyambut majlis pernikahan beramai-ramai dengan meriah sekali.

Majlis tersebut berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn, dan dianjurkan Kelab Kebajikan pejabat kadi daerah Batu Pahat.- CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-8-2019 11:28 AM
Susah nak dapat org yg boleh terima kekurangan kita.. Hargailah...
Quote fliphair8 19-8-2019 11:48 AM
harap yang baik2 lah ye dek, sebab kat kg mak aku ade kes cenggini gak, wife lumpuh pinggang ke bawah after accident, dikahwinkan dengan lelaki belajar kat al-azhar, since hadek ni duit banyak (insurance) plus she is still working with a wheelchair, dia sponsor laki dia belajar sampai grad.  dah grad laki balik sini,  laki jaga dlm setahun camtu, pastu laki MIA. pengajarannya, nafkah batin ni mmg satu kesinambungan idup bagi org lelaki laa aku rasa.  

semoga yg baik-baik untuk kalian.
Quote shi_jewel 19-8-2019 11:54 AM
a positive side of pubg , so takde la orang pandang negatif bila i main pubg

tapi kan, sekarang kan ramai yg main secara professional secara online, semoga dapat menjadi player yang membawa income lumayan nanti..
Quote manehnya 19-8-2019 12:00 PM
murninya laki ni, rare
Quote chicozinn 19-8-2019 12:00 PM
fliphair8 replied at 19-8-2019 11:48 AM
harap yang baik2 lah ye dek, sebab kat kg mak aku ade kes cenggini gak, wife lumpuh pinggang ke bawa ...

ouch, truth hurts yachhh..

Quote Catpaw 19-8-2019 12:32 PM
ramai temu jodoh kat pubg ni
Quote BedahBedul 19-8-2019 12:58 PM
Lumpuh kaki dgn lumpuh pinggang ke bwh tu sama ke chuols? Adakah org yg lumpuh kaki ni maka saraf2 ngesek dia pun lumpuh ke? Sorry iols tanya direct sbb mmg tak tahu & nak tahu @fliphair8
Quote Artemesiaa 19-8-2019 12:58 PM
Tahniah moga jodoh berpanjangan
Quote fliphair8 19-8-2019 01:45 PM
BedahBedul replied at 19-8-2019 12:58 PM
Lumpuh kaki dgn lumpuh pinggang ke bwh tu sama ke chuols? Adakah org yg lumpuh kaki ni maka saraf2 n ...

mengikut kate mak aku, adek tu lumpuh dr pinggang ke bawah ie no sensation at all, kalau tgk fizikal pun nampak kaki tu dah mengecut, so aku rasa tak berfungsi la bawah tu, wallahualam.
Quote BedahBedul 19-8-2019 01:59 PM
fliphair8 replied at 19-8-2019 01:45 PM
mengikut kate mak aku, adek tu lumpuh dr pinggang ke bawah ie no sensation at all, kalau tgk fizik ...

Ooo mcm tu ek, kesian ye, hilang nikmat kawen kalu x dpt ngesek hmmm
Quote fushimi 19-8-2019 02:00 PM
fliphair8 replied at 19-8-2019 11:48 AM
harap yang baik2 lah ye dek, sebab kat kg mak aku ade kes cenggini gak, wife lumpuh pinggang ke bawa ...

iols pun tak boleh nak husnozun kalau cite begini

kalau lelaki serba kekurangan aku percaya gak perempuan boleh terima

tapi kalau pempuan yang tak sempurna tapi ada laki yang sanggup jadi pasangan hidup iols mesti terpikir something,maafkan iols berfikiran kurang baik






Quote nono86 19-8-2019 02:04 PM
Alhamdulillah. Moga bahagia ke akhir hayat
Quote Pink_Purple 19-8-2019 02:05 PM
moga pengantin pompuan sembuh
Quote Dewa19XKangen 19-8-2019 02:16 PM
bagus bro..
Quote becir 19-8-2019 02:26 PM
If he turned out to be those man yg satu Dalam sejuta, harapnya takde la Babi Yang nak menyondol di kendian Hari.
Quote supernaturalee 19-8-2019 02:35 PM
fliphair8 replied at 19-8-2019 11:48 AM
harap yang baik2 lah ye dek, sebab kat kg mak aku ade kes cenggini gak, wife lumpuh pinggang ke bawa ...


belajar agama tinggi2 buat gitu plk kt anak org

sistem reproduktif die pun lumpuh ke mcmn
klu ye, tau sblm ke slps


Quote supernaturalee 19-8-2019 02:40 PM
BedahBedul replied at 19-8-2019 12:58 PM
Lumpuh kaki dgn lumpuh pinggang ke bwh tu sama ke chuols? Adakah org yg lumpuh kaki ni maka saraf2 n ...

tp mendiang stephen hawking tu lumpuh tp helok je bhgn reproduktif die berfungsi
buktinya dpt anak tau



Quote Foxey 19-8-2019 02:45 PM
Tahniah Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat. Memang rare lelaki betul2 ikhlas dan menerima kekurangan pasangan.
Quote fliphair8 19-8-2019 02:47 PM
supernaturalee replied at 19-8-2019 02:35 PM
belajar agama tinggi2 buat gitu plk kt anak org

sistem reproduktif die pun lumpuh ke mcmn

belajar tinggi tak menjamin adab dek non, pasal reproduktif system tu hakak tak tahu ler dek, hakak husnuzon dia nak berlaki sebab dia ingat laki dia soci morni cinta tanpa ngesek, tanpa zuriat dan sayang kerana Allah. gituh hakak husnuzon, walopun dihati hakak di opposite yeah.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050038 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top