“Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebakaran.” Kematian tiga beranak dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu dekat Slim River begitu meninggalkan kesan kepada jiran mangsa, Robaayah Yunus, 58.
Harian Metro melaporkan, ketika kejadian 3.30 pagi itu Robaayah baru bangun tidur disebabkan anak dan menantunya mahu pulang selepas bercuti di kampung. Ketika itulah dia terdengar bunyi letupan kecil agak kuat lalu ternampak api marah di rumah mangsa. “Makcik terus kejutkan suami dan anak yang sedang tidur untuk keluar rumah bantu mangsa dan anaknya yang berada dalam rumah itu.
“Ketika sampai di depan rumah, terdengar suara isteri mangsa yang dikenali Idah menjerit minta pertolongan tetapi saya dan suami serta anak tidak mampu berbuat apa-apa kerana api ketika itu marak. “Api terlalu marak menyebabkan saya bersama suami dan anak berlari ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan,” katanya. Manakala suaminya, Mohamad Arif, 60 berkata dia bersama anaknya cuba memadamkan api dengan paip yang terdapat di luar rumah namun tidak berjaya kerana api terlalu kuat. Dalam pada itu, pihak polis sudah mengenal pasti identiti tiga beranak yang rentung dalam kebakaran tersebut. Mangsa, Mohd Sharidan Abdul Aziz dan isterinya, Siti Rafina Mohd Rafiee masing-masing berusia 30-an serta anak mereka, Rafiq Mohd Sharidan berusia satu tahun. Punca kebakaran buat masa ini masih belum dikenalpasti. Difahamkan juga mangsa tiga beranak baru sahaja menyewa rumah berkenaan pada Januari lalu. - CARI |
kelbros replied at 19-8-2019 01:42 PM
takziah...sedih
kemalangan xleh dijangka...
kelbros replied at 19-8-2019 01:42 PM
takziah...sedih
kemalangan xleh dijangka...
anilas85 replied at 19-8-2019 02:13 PM
betui, tats y time raye kmlangan mningkat.. br blk keje tergesa2 blk kg, bajet nk de mlm rye kt kg ...
ADVERTISEMENT