Selepas keluar berita mengenai Utusan Malaysia dan Kosmo akan menghentikan penerbitan pada minggu ini, ramai netizen menyuarakan rasa kasihan kepada pekerjanya yang kini hilang pekerjaan.
Antara selebriti yang meluahkan rasa simpati itu ialah Neelofa. Di Twitternya, dia menulis yang Utusan dan Kosmo banyak membantu menaikkan namanya ketika dia mula menceburi dunia hiburan. Dan untuk membalas jasa dengan menggunakan pengaruh medianya, dia menyeru semua pengikutnya untuk meletak alamat email syarikat mereka sekiranya ada yang memerlukan khidmat pekerja Utusan dan Kosmo ini.
Dia sangat berharap, mereka yang hilang kerja dapat mencari pekerjaan baharu secepat mungkin. Tindakannya itu mendapat pujian akaun Utusan dan Kosmo yang menghargai usahanya itu. Ramai juga netizen yang bersimpati dengan nasib pekerja Utusan dan Kosmo itu menyokong usaha Neelofa. Ada pembaca Cari yang sedang mencari pekerja yang pandai menulis, tangkap gambar, buat video dan segala rencam penerbitan? Bolehlah pergi ke akaun Twitter Neelofa dan meletakkan alamat emel syarikat anda di sana. Hari ini hari mereka, mana tahu selepas ini nasib kita pula kan? Marilah sama-sama membantu! - CARI |
crazybeach replied at 20-8-2019 02:55 PM
iols je ke rasa lopak ni bukannya nak nolong sangat pun. lebih kepada nak ambik kesempatan create pu ...
ADVERTISEMENT