Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan ramai responden mencuci pakaian dalam mereka dengan cara yang salah. Bagaimanapun, kajian terbaru lebih membimbangkan kerana ramai responden yang kerap memakai seluar dalam kotor dan jarang menggantikannya setiap hari.
Menurut satu kajian terkini yang dibuat pengeluar pakaian dalam, Tommy John, hampir 45 peratus responden tidak menukar seluar dalam mereka setiap hari! Lebih menjijikkan, 13 peratus mengaku memakai seluar dalam sama selama seminggu! Majoriti daripada mereka yang melakukan amalan ini adalah golongan lelaki, menjadikan bilangan mereka lebih 2.5 kali ganda berbanding perempuan. Kajian yang menganalisis 1,000 responden ini turut mendapati bahawa ramai yang setia dengan pakaian dalam sama di mana 46 peratus responden mengatakan mereka tidak akan membeli pakaian dalam baru sehingga lebih setahun. Malahan, 38 peratus daripadanya berkata, mereka ada pakaian dalam kegemaran yang sudah dipakai sekian lama sehingga lupa bila ianya dibeli. Bagaimanapun, menurut pakar pakaian dalam, tabiat seperti ini tidak baik. Mereka menasihati pengguna supaya menukar pakaian dalam yang lama setiap enam bulan. 'Pakaian dalam adalah pakaian yang bersentuhan secara langsung dengan kulit oleh itu mereka mudah tercemar dan perlu diganti selalu, malahan ada pakaian dalam yang mempunyai fungsi menyokong badan,' kata Julia Mercer, penasihat Mark & Spencer kepada Mirror Online. Katanya, tempoh hayat bra paling lama adalah setahun. Berapa kerap anda menukar pakaian dalam? Kalau ada seluar dalam berlubang yang dah mirip roti canai, mungkin sudah sampai masanya untuk menggantikan dengan yang baru. - CARI
|
KIM.K replied at 22-8-2019 10:53 AM
Nurse bersara pesan beli suar elok sikit. Kalau eksiden tak malu dengan nurse comel2, muka hensem ta ...
KIM.K replied at 22-8-2019 10:53 AM
Nurse bersara pesan beli suar elok sikit. Kalau eksiden tak malu dengan nurse comel2, muka hensem ta ...
Boomibulat replied at 22-8-2019 11:22 AM
Haha..Kejadian ni berlaku kat i..pgi klinik x pakai underwear..sblm sampai klinik eksiden motor..a ...
Sang_Pencinta replied at 22-8-2019 11:26 AM
Hahaha... Nampak bontot
Boomibulat replied at 22-8-2019 11:22 AM
Haha..Kejadian ni berlaku kat i..pgi klinik x pakai underwear..sblm sampai klinik eksiden motor..a ...
yuki812 replied at 22-8-2019 12:25 PM
citer ko ni..time skrg ke..masa ko kecik2..
Kurex replied at 22-8-2019 12:43 PM
Iukkkkkk!!!
Ikut cerita, photoshoot utk tegap tv, budak gym, razzgrapher, spenda yg disponsor oleh ...
KIM.K replied at 22-8-2019 10:53 AM
Nurse bersara pesan beli suar elok sikit. Kalau eksiden tak malu dengan nurse comel2, muka hensem ta ...
ADVERTISEMENT